This page is also available in: enEnglish (English)

Format Bahasa Pelaporan Perniagaan eXtensible (XBRL) bagi Sistem Pelaporan Perniagaan Malaysia

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) baru-baru ini mengumumkan bahawa “Sistem Pelaporan Perniagaan Malaysia”, satu platform penghantaran berasaskan format Bahasa Pelaporan Perniagaan atau eXtensible Business Reporting Language (XBRL) akan digunakan dalam memfailkan pulangan tahunan termasuk

  • Penyata Kewangan(FS) dan Laporan Kewangan;
  • Pulangan Tahunan (AR); dan
  • Permohonan Pengecualian (EA) berkaitan permohonan bagi Penyata Kewangan dan Pulangan Tahunan .

 

Penjelasan berhubung eXtensible Business Reporting Language (XBRL)

Apakah Bahasa Pelaporan Perniagaan eXtensible (XBRL)? Bayangkan anda mengunjungi satu laman sesawang dan meninjau penyata kewangan syarikat. Kita sering melihat bahawa penyata ini merupakan teks ringkas. Ini bermakna kita perlu sama ada menaip secara manual atau menyalin dan menampal (copy and paste) setiap nombor akaun dan nombor seterusnya ke dalam spreadsheet jika kita mahu melakukan analisa terhadap penyata tersebut. Bagaimanapun, data dalam bentuk XBRL akan menjimatkan masa kerana kita hanya perlu mengubah data daripada laman sesawang ke program spreadsheet (selalunya dengan segera) yang sepadan dengan XBRL.

Secara tepat, XBRL adalah standard yang direka untuk memudahkan kaedah data kewangan dihubungkan. XBRL ialah satu jenis XML (extensible markup language) yang menggunakan tag bagi mengenal setiap jenis data kewangan – ianya spesifikasi yang digunakan bagi menyusun dan mentakrif data, yang membolehkannya digunakan secara programatik oleh program yang sepadan dengan XBRL.

 

Apakah Sistem Pelaporan Perniagaan Malaysia (MBRS)?

Garis panduan utama MBRS adalah berasaskan skop kewangan dan bukan kewangan yang berikut:

a) Akta Syarikat 2016;;

b) Applicable approved accounting standards for financial statements which are:

i. Malaysian Private Entities Reporting Standards (MPERS) for a private company that:

  • is not itself required to prepare or lodge any financial statements under any law administered by the Securities Commission Malaysia or Bank Negara Malaysia; and
  • is not a subsidiary or associate of, or jointly controlled by, an entity which is required to prepare or lodge any financial statements under any law administered by the Securities Commission Malaysia or Bank Negara Malaysia or

ii. Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) for public company.

 

Pengeluaran dan Pelancaran MBRS

Pengumuman terbaru telah menjelaskan bahawa sistem MBRS akan dikeluarkan dalam dua peringkat.

a) MBRS Keluaran 1

Pada peringkat ini, pemegang saham boleh memuat turun mTool secara percuma dengan tujuan berikut:

iii. Untuk menguji elemen terkandung dalam mTool bagi memaparkan butiran laporan AR, FS atau EA;

iv. Untuk menguji dan membiasakan diri dengan fungsi dan keupayaan mTool percuma yang bekalkan SSM; dan

v. Untuk mendapatkan masa secukupnya bagi menghadiri program latihan yang dianjur SSM.

Anda boleh memuat turun mTool Installer (berdasarkan kemampuan komputer anda) menggunakan pautan yang diberi di laman sesawang SSM untuk meninjau mTool secara terperinci:

  • mTool Installer versi 32 bit; atau
  • mTool Installer versi 64 bit.

Anda juga boleh merujuk Panduan Pemasangan alat persediaan MBRS Preparation Tool Keluaran 1 untuk mengetahui panduan terperinci pemasangan sementara Panduan Pengguna MBRS Preparation Tool Keluaran 1 akan menjelaskan fungsi asas dan keupayaan sistem tersebut .

b) Pelancaran MBRS

SSM akan melancarkan Portal MBRS pada suku kedua 2018. Syarikat boleh menghantar, melakukan pra-pengisian data AR dan mengurus papan antaramuka syarikat menggunakan portal tersebut sebaik sahaja portal MBRS dilancar secara rasmi.

 

Skop Penghantaran

Para pengguna mampu mendapatkan idea jelas berhubung jenis pemfailan yang dibenarkan di bawah platform penghantaran MBRS daripada “Ringkasan MBRS – Skop Penghantaran”. Para pengguna boleh memilih untuk meninjau Pulangan Tahunan, Penyata Kewangan atau Permohonan Pengecualian dalam tetingkap pelancaran MBRS Preparation Tool sebaik sahaja MBRS Preparation Tool tersebut telah dipasang.