This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))
Bagaimana Mengesahkan Syarikat Di Malaysia? – Panduan Terperinci
Ketahui Sejarah Syarikat Dan Statusnya Melalui Semakan Pengesahan SSM
Setiap syarikat memiliki sejarahnya, dan mengesahkan syarikat di Malaysia merupakan proses yang amat mudah, ringkas dan pantas yang boleh dilakukan dalam beberapa minit sahaja. Panduan ini memberikan anda langkah demi langkah Bagaimana Mengesahkan Syarikat di Malaysia?
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan yang mengawal selia semua perniagaan di Malaysia. Maka, proses pengesahan perlu dilaksanakan melalui mereka kerana mereka memantau semua perkara berasaskan perniagaan. Mengesahkan syarikat adalah cara anda mendapatkan informasi berkenaan status syarikat serta sejarahnya dari segi undang-undang, sejarah kredit dan lain-lain.
Adalah tidak janggal bagi para pelanggan mengesahkan kesahihan sesuatu perniagaan bagi ketenangan fikiran mereka. Terutamanya jika ianya berkaitan urus niaga yang memakan tempoh yang panjang. Pengesahan syarikat di Malaysia boleh dilakukan dalam 3 langkah mudah. Anda dapat membacanya di sini:
Langkah 1
Langkah pertama dalam pengesahan syarikat di Malaysia ialah melalui laman sesawang SSM. Bahagian utama bagi pengesahan syarikat dimuatkan dalam halaman e-Carian.
Langkah 2
Seterusnya, anda perlu mengisi nombor pendaftaran syarikat yang anda ketahui. Sebagai contoh, jika nombor anda ialah 201901000501, isikan butiran yang diperlukan dan kemudian ketik “Cari Sekarang”.
Langkah 3
Hasil carian akan menunjukkan jika syarikat anda wujud dan berstatus aktif atau sebaliknya.
Sekiranya nombor pendaftaran syarikat anda adalah nombor lama, pilih “Nombor Pendaftaran Lama” daripada menu pilihan.
Sekiranya syarikat anda telah dibubarkan, status tersebut juga akan dipaparkan di sini.
Sekiranya boleh, adalah amat disyorkan agar anda melakukan carian terperinci bagi latar belakang syarikat sebelum anda meneruskan dengan sebarang urusan. Ini bagi melindungi anda daripada syarikat palsu atau diragui serta dapat memastikan keselamatan anda dari menjadi mangsa penipuan.