This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Khidmat Bahasa Pelaporan eXtensible (XBRL) di Malaysia

XBRL (Bahasa Pelaporan Perniagaan eXtensible), adalah bahasa perisian komputer berasaskan XML yang direka khusus bagi automasi keperluan maklumat perniagaan – ia memudahkan analisa dan pertukaran maklumat kewangan syarikat dan lebih berkesan dalam membenarkan data diakses dan diproses secara automatik menggunakan XBRL.

 

Kadar Bayaran Pakej Khidmat Pelaporan XBRL

Pakej Tersedia Bayaran (RM)
tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan
Penyediaan Laporan XBRL – Syarikat Dorman Dari RM 500
Penyediaan Laporan XBRL – Syarikat Aktif Dari RM 1,000

 

eXtensible Business Reporting Language (XBRL) Reporting Services in MalaysiaSuruhanjaya Syarikat Malaysia (dikenali sebagai SSM) telah secara rasmi melancarkan inisiatif kewangan XBRL yang merangkumi:

  1. Penyata Pendapatan Komprehensif / Penyata Pendapatan;
  2. Penyata Kedudukan Kewangan /Penyata Imbangan;
  3. Penyata Perubahan dalam Ekuiti;
  4. Penyata Aliran Tunai;
  5. Nota bagi penyata kewangan;dan
  6. Penyata Audit.

Tujuan inisiatif ini adalah bagi membolehkan pelaporan standard yang seragam bagi maklumat bukan kewangan dan kewangan oleh syarikat-syarikat berdaftar. Pelaksanaan ini akan memberi SSM, serta badan pengawal selia dan perniagaan-perniagaan data terperinci yang boleh diagregat dan disediakan kepada pemegang saham dalam bentuk analisa industri untuk tujuan penanda aras industri.

 

Penggunaan dan Aplikasi XBRL

Tujuan utama XBRL adalah merangkumi penjimatan kos maklumat, peningkatan aliran serta penambahbaikan bagi kegunaannya. XBRL menawarkan keanjalan kepada golongan profesional pelaburan dan kredit yang menggunakan aplikasi XML, gudang data kewangan, dan alat analisis.

  1. Peningkatan Keberkesanan

    Dengan pelaksanaan XBRL, analisis maklumat boleh dilakukan tanpa proses kemasukan semula maklumat dan pelabur dapat membandingkan syarikat-syarikat yang berbeza berdasarkan format data yang diterima secara umum. Selain itu, pengawal selia boleh menentukan taksonomi tertentu [yang menggambarkan maklumat] dan menggunakan teknologi standard XML dan Internet untuk menerima dan memproses maklumat tersebut.

  2. Penjimatan Kos

    Automasi komposisi dan pemprosesan laporan kepada pemegang saham yang berbeza akan meminimumkan kos dengan signifikan melalui penjimatan masa dan tenaga buruh yang dibelanjakan secara manual untuk memasuk dan memeriksa semula maklumat. Sistem XBRL boleh membantu dalam menganalisis, memilih, dan memproses data untuk digunakan semula. Oleh itu, tenaga manusia mampu beralih kepada aspek-aspek analisis, kajian semula, pelaporan dan mencapai keputusan yang lebih bernilai. Lantaran itu, sesebuah organisasi boleh menjangkakan pengurangan kos dengan kepantasan yang meningkat pada kadar dramatik.

  3. Pengesahan Data serta Pengesanan Ralat

    Pada sisi lain, pengesahan data dan pengesanan ralat adalah satu lagi kelebihan XBRL. XBRL menyediakan penghantaran maklumat yang cekap dengan pengesahan transmisi maklumat di antara perkhidmatan Sesawang. Pengesanan ralat (yang dibina ke dalam spesifikasi XBRL) berlaku di peringkat sumber data, dan bukan di pihak penerima. Oleh itu, ketepatan dan data asal dapat dikesan ke satu titik mutlak dalam rantaian maklumat.

Kaedah penyediaan laporan XBRL dengan pematuhan yang berkesan dan pengawalseliaan memerlukan banyak masa, usaha, dan kemahiran. Disebabkan faktor tersebut, banyak syarikat gagal melakukan pelaporan kewangan XBRL yang cekap. 3E Accounting, salah satu pembekal perkhidmatan terkemuka, boleh membantu anda dengan penyelesaian yang boleh dipercayai bagi pemfailan XBRL. Pasukan kami yang terlatih dan berpengalaman akan menyampaikan laporan pematuhan XBRL yang tepat dan disemak kepada anda serta memberi peluang anda mengemaskini perubahan dalam taksonomi dan peraturan pemfailan XBRL.

 

eXtensible Business Reporting Language (XBRL) Reporting Services in Malaysia

 Hubung kami hari ini sekiranya anda memerlukan perkhidmatan pemfailan XBRL.