This page is also available in: enEnglish (English)

Program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H)

Program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H) dipromosi oleh Kerajaan Malaysia bagi membenarkan warga/pesara negara asing yang memenuhi syarat-syarat menetap di Malaysia sebagai Rumah Kedua mereka. Visa MM2H diberi selama tempoh 10 tahun dan boleh diperbaharui serta tidak disertai syarat “tempoh minima menetap di Malaysia”.

Pemegang visa MM2H boleh tinggal di mana-mana di Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak di mana mereka perlu menukar kepada visa versi Sabah/Sarawak.

 

Eligibility for MM2H Program

Kategori Berusia di bawah 50 tahun Berusia 50 tahun & ke atas
1.Simpanan tunai dalam bank (negara asal) Sama dengan kadar RM500,000.00 * Sama dengan kadar RM350,000.00 *
2. Pendapatan luar pesisir bulanan Sama dengan RM10,000.00 Sama dengan RM10,000.00
3.Selepas kelulusan a) Membuka deposit akaun simpanan tetap RM300,000.00 di panel bank di Malaysia. b) Selepas 1 tahun, boleh mengeluarkan sehingga RM150,000.00 bagi perumahan, perubatan dan pendidikan

b) Semua pemohon dan tanggungan mereka dikehendaki menghantar laporan perubatan dari mana-mana hospital swasta dan klinik berdaftar di Malaysia. Pemohon yang diluluskan dan tanggungan mereka perlu memiliki perlindungan insuran perubatan sah yang terpakai di Malaysia dari mana-mana syarikat insurans.

Bagaimanapun, pengecualian mungkin diberi kepada pemohon yang berdepan masalah mendapatkan insuran perubatan kerana faktor usia serta kondisi kesihatan.

c) Daripada 2nd tahun dan seterusnya, akaun simpanan tetap perlu tersimpan pada kadar RM150,000.00 bagi sepanjang program.

@ Pemohon diluluskan yang telah membeli dan memiliki hartanah yang dibeli pada harga RM1 juta ke atas di Malaysia boleh menerangkan niatnya di dalam surat permohonan ketika mengemukakan permohonan bagi menurunkan kadar simpanan tetap daripada RM300,000 kepada RM150,000 dengan syarat hartanah tersebut telah dibayar sepenuhnya dan dokumen pemilikan seperti geran dan hakmilik tanah telah dikeluarkan. Amaun ini tidak boleh dikeluarkan sehingga pemohon memutuskan untuk menamatkan penyertaan di dalam program MM2H.

a) Pembukaan akaun Simpanan Tetap bernilai RM150,000.00 di panel bank di Malaysia b) Selepas 1 tahun, boleh dikeluarkan sehingga RM50,000.00 bagi tujuan perumahan, perubatan dan pendidikan.

b) Semua pemohon dan tanggungan perlu mengemukakan laporan perubatan dari mana-mana hospital swasta dan klinik berdaftar di Malaysia. Pemohon diluluskan dan tanggungan mereka perlu memiliki perlindungan insuran sah yang terpakai di Malaysia dari mana-mana syarikat insurans.

Bagaimanapun, pengecualian mungkin diberi kepada pemohon yang berdepan masalah mendapatkan perlindungan insuran kerana faktor usia dan masalah kesihatan.

c) Dari 2nd tahun dan seterusnya, nilai akaun Simpanan Tetap perlu kekal pada RM100,000.00 sepanjang program

@ Pemohon diluluskan yang telah membeli dan memiliki hartanah yang dibeli pada harga RM1 juta ke atas di Malaysia boleh menerangkan niatnya di dalam surat permohonan ketika mengemukakan permohonan bagi menurunkan kadar simpanan tetap daripada RM150,000 kepada RM100,000 dengan syarat hartanah tersebut telah dibayar sepenuhnya dan dokumen pemilikan seperti geran dan hakmilik tanah telah dikeluarkan. Amaun ini tidak boleh dikeluarkan sehingga pemohon memutuskan untuk menamatkan penyertaan di dalam program MM2H

* Pemohon diluluskan yang telah membeli dan memiliki hartanah yang dibeli pada harga RM1 juta ke atas di Malaysia boleh menerangkan niatnya di dalam surat permohonan ketika mengemukakan permohonan bagi menurunkan syarat kadar deposit simpanan tetap.

BON JAMINAN

PERMOHONAN MELALUI AGEN – Syarikat berlesen perlu memberi bon jaminan bagi pihak klien yang telah diluluskan di bawah Program MM2H.

MAKLUMAT DIPERLUKAN

– salinan seluruh buku paspot (semua pemohon)
– sijil perkahwinan
– sijil kelahiran (kanak-kanak berusia kurang dari 21 tahun)
– surat tingkah-laku baik
– penyata sejarah akaun (6 bulan)
– penyata pendapatan (3 bulan)
– 4 keping foto (dengan ukuran paspot)
– resume (pemohon utama)

Kami menyediakan perkhidmatan profesional seperti di bawah:
– Nasihat Profesional berkaitan prosedur permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan
– Bantuan penyediaan dokumen permohonan, terjemahan dokumen dan penyerahan permohonan
– Menjadi penaja bagi pemohon MM2H dalam ikatan bon peribadi
– Berhubung dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk kelulusan permohonan.
– Bantuan dalam proses sokongan keseluruhan setelah kelulusan diberikan oleh pihak berkuasa seperti insurans, pemeriksaan perubatan, pembukaan akaun dll.

PROSEDUR PERMOHONAN

Prosedur Permohonan MM2H

MENGAPA PROGRAM MM2H

  1. PEMBELIAN RUMAH

    Pemegang MM2H boleh membeli mana-mana unit rumah kediaman pada nilai minima RM 1,000,000 bergantung lokasi hartanah tersebut.

  2. PEMBELIAN KERETA

    Pemegang MM2H boleh membawa kereta peribadinya dari negara asal ATAU membeli kereta yang dipasang di Malaysia dengan pengecualian duti kereta.

  3. PEMBANTU RUMAH

    Pemegang MM2H boleh memohon bagi mendapatkan seorang pembantu rumah bergantung kepada garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia.

  4. PENDIDIKAN (KELULUSAN BELAJAR)

    Pemegang MM2H boleh membawa anak-anak berusia kurang dari 18 tahun dan belum berkahwin di bawah program ini.
    Kanak-kanak melebihi 18 tahun perlu memohon Pas Pelajar di bawah nama pelajar tersebut.

  5. CUKAI

    Pengecualian cukai diberikan untuk penghantaran wang pencen luar pesisir ke Malaysia.

  6. PERNIAGAAN / KERJA SAMBILAN

    Pemegang MM2H boleh memperbadankan syarikat Sendirian Berhad di Malaysia sebagai pelaburan sendiri.
    Jika pemohon berusia melebihi 50 tahun, dia boleh memohon untuk bekerja sambilan dalam sektor kritikal tidak lebih daripada 20 jam seminggu.

  7. BEBAS DARI BENCANA ALAM

    Malaysia merupakan negara yang indah dengan pelbagai sumber semulajadi.

  8. PENDEDAHAN KEPADA BUDAYA BERBILANG BANGSA

    Anda boleh meneroka keunikan festival perayaan untuk setiap kaum di Malaysia.

SOAL JAWAB Permohonan MM2H

1. Perlukah saya membeli rumah di Malaysia sebelum memohon untuk program MM2H?

Tidak semestinya kerana ia bukan syarat utama yang ditetapkan Kerajaan Malaysia.

2. Bolehkah saya mengeluarkan Deposit Simpanan Tetap bagi melabur dalam perniagaan saya selepas setahun?

Anda tidak dibenarkan membuat pengeluaran bagi tujuan pelaburan. Hanya tiga tujuan dibolehkan bagi pengeluaran wang iaitu: pembelian rumah, perubatan dan pendidikan anak-anak.

Kelulusan tertakluk kepada pihak Berkuasa

3. Bagaimana saya boleh mendapatkan faedah pengecualian duti kenderaan?

Selepas anda mendapat visa MM2H, anda perlu menghantar Tempahan Pembelian kepada Pihak Berkuasa bagi kelulusan pengecualian duti kenderaan.

4. Bolehkah saya membuka akaun Deposit Simpanan Tetap bagi bank Malaysia di negara asal saya?

Tidak, anda perlu memasuki Malaysia dan membuka akaun simpanan Tetap di panel bank kami di Malaysia

Ingin mengetahui lebih lanjut?

Hubungi Kami melalui telefon atau emelkan pertanyaan anda. Kami sedia membantu anda.