This page is also available in: enEnglish (English) zh-hans简体中文 (Chinese (Simplified))

Solusi Perundingan Sumber Manusia dan Pengambilan Khidmat Luar di Malaysia

 

Malaysian Institute of Human Resource Management

3E Accounting PLT merupakan Ahli Biasa bertauliah bagi Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia, satu-satunya badan bertauliah profesional yang pertama untuk memberi pengiktirafan kepada pengamal Sumber Manusia (HR) di negara ini. Kami menawarkan perkhidmatan Sumber Manusia profesional yang berkualiti tinggi kepada para pelanggan dengan pematuhan terhadap standard yang ditetapkan.

 

Ramai bersetuju bahawa sumber manusia merupakan salah satu aset terpenting syarikat. Secara purata tahunan, sebahagian besar dari kos keseluruhan perniagaan disalurkan kepada penggajian dan faedah pekerja. Dari sini, kita dapat perhatikan bahawa sumber manusia, seperti juga jabatan modal insan, memainkan peranan mustahak dalam sesuatu organisasi.

Kebanyakan perniagaan, terutama syarikat permulaaan, kini dibebani lebih banyak tugasan berbanding keadaan terdahulu. Ketidaktentuan perniagaan telah memberikan cabaran terhadap perkembangan perniagaan, sementara birokasi kerajaan yang kian meningkat serta peraturan baharu turut menimbulkan kesulitan kepada pengurusan sumber manusia. Semakin banyak perniagaan kini beralih kepada syarikat khidmat luar Sumber Manusia atau mengambil khidmat luar bagi solusi Sumber Manusia dalam usaha meringankan bebanan kerja dan membantu mereka menguruskan sumber manusia syarikat. Makanya, pengambilan khidmat luar Sumber Manusia telah menjadi kaedah popular bagi organisasi mengurangkan kos operasi, menetapkan proses dalaman di samping memberi tumpuan kepada operasi teras perniagaan. 

 

Mengapa Syarikat Perlukan Solusi Khidmat Luar Sumber Manusia?

Dalam pasaran kompetitif hari ini, penjimatan kos adalah salah satu tajuk yang menjadi perbualan di kalangan organisasi di serata dunia. Organisasi kini melihat semua peluang tersedia dalam mengurangkan kos operasi dan meningkatkan keberkesanan, dengan solusi khidmat luar Sumber Manusia memberikan kedua-dua kelebihan dari segi pengurangan kos dan peningkatan keberkesanan.

Faedah mengambil khidmat luar bagi HR:

  1. Perniagaan dapat memiliki kepakaran sumber manusia (HR) bagi mengurus sumber manusia termasuk penggajian, faedah, cuti dan pampasa
  2. Pengurangan kos adalah satu lagi kelebihan solusi khidmat luar HR kerana perunding sumber manusia selalunya dapat melaksana fungsi HR syarikat pada kos lebih rendah berbanding yang dilakukan secara dalaman.
  3. Syarikat dapat memfokus kepada pengurusan perniagaan teras dan meningkat produktiviti dengan membolehkan ketua dan pengurus jabatan melaksana fungsi perniagaan mereka.
  4. Khidmat luar pengurusan sumber manusia dapat membantu syarikat meningkat kemahiran mengenai perundangan dan kepatuhan isu sumber manusia, di samping amalan terbaik bagi memastikan kepuasan pekerja.

 

Bagaimana Perundingan HR Kami dan Khidmat Luar yang Kami Tawarkan Dapat Membantu Anda?

Di bawah adalah sampel-sampel perkhidmatan kami. Kami menyediakan pakar-pakar projek atau mengambil khidmat luar sepenuhnya dalam bidang berikut:

  1. Menyedia buku panduan pekerja
  2. Menyedia kontrak pekerja
  3. Pendaftaran Majikan – Mendaftar syarikat dengan pihak berkuasa relevan, termasuk LHDN, KWSP, PERKESO, etc.
  4. Pengurusan Penggajian– Memproses dan reconcile penggajian, menyedia gaji bulanan, mengeluar slip gaji dan menyedia kredit langsung untuk gaji.
  5. Pematuhan statutori – KWSP, PERKESO, kiraan cukai & penghantaran
  6. Mengambil dan memberhentikan kakitangan – Menyedia & memohon keahlian baru untuk KWSP & PERKESO & memaklumkan butiran pekerjaan bagi akaun sedia ada.
  7. Memohon nombor fail cukai pendapatan peribadi
  8. Pemprosesan Akhir Tahun – Menyedia & reconcile daftar penggajian tahunan
  9. Memberi nasihat berkaitan undang-undang pekerjaan tempatan

Adakah jabatan HR anda dibebani terlalu banyak tugasan? Khidmat solusi projek kami menawarkan akses “on-demand” kepada profesional sumber manusia berkelas dunia yang dapat membantu meningkat kemahiran pasukan anda serta menawarkan khidmat nasihat pakar. Hubungi kami hari ini dan biarkan kami bekalkan tenaga berkemahiran serta sumber tambahan yang anda tagihkan.