This page is also available in: enEnglish (English)

Print Friendly, PDF & Email

Penyimpan Kira-kira atau Akauntan Bebas di Malaysia

 

Pakej yang Disediakan Bayaran (RM)
Simpan Kira-kira Bulanan / Suku Tahunan / Tahunan (di tapak atau luar tapak) Dari RM 500 (Termasuk GST RM530)
Penyerahan dan E-filing GST ** PERCUMA

**PERCUMA E-filing GST untuk pihak syarikat hanya tersedia jika anda mengunakan Perkhidmatan Simpan Kira-kira kami.

Kebelakangan ini, semakin ramai yang memilih untuk membuka perniagaan sendiri di Malaysia. Dalam kata lain, mereka ingin memacu sendiri dalam membentuk masa depan mereka. Kebanyakan individu yang mempunyai perniagaan sendiri akan berusaha sehabis baik dalam mengunakan setiap sen yang mereka laburkan. Walau bagaimanapun, mereka akhirnya terpikul dengan tanggungjawab yang terlampau banyak, terutamanya dengan kos-kos yang besar dalam perniagaan mereka. Perkhidmatan Simpan Kira-kira, contohnya, adalah tugas yang kritikal di mana ramai usahawan merasakan mereka mampu untuk menguruskannya sendiri atau memilih penyimpan kira-kira atau akauntan bebas di Malaysia. Perkara yang dilihat mampu menjimatkan sedikit wang selalunya akan menimbulkan kesilapan yang besar. Kesilapan perakaunan mampu menghalang perkembangan sesebuah perniagaan kecil dan meletakkannya di di tempat yang goyah.

Namun, keadan tidak perlu begitu.

Ini adalah sebabnya mengapa firma perakaunan profesional seperti kami wujud, untuk membantu pemilik perniagaan kecil dan sederhana dengan pelbagai aktiviti termasuk pengauditan, simpan kira-kira, perkhidmatan pencukaian dan banyak lagi, tanpa sebarang tekanan. Ini sebabnya.

 

Kami profesional

Pasukan Perakaunan 3E diketuai oleh kumpulan profesional yang bertauliah dan berpengalaman. Pasukan kami yang terdiri daripada akauntan bertauliah, ejen cukai, ejen GST, kesetiausahaan dan lain-lain akan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah perkhidmatan perakaunan profesional. Kami juga boleh membantu dalam pengauditan syarikat kecil, sederhana dan besar yang mungkin menjadi keperluan undang-undang bagi kebanyakkan perniagaan. Bukan itu sahaja, kami akan membantu anda untuk mematuhi dan mengenalpasti bahagian yang memerlukan penambahbaikan.

 

Kami bertauliah dan dikenali

Lebih penting, kami bertauliah dan dikenali. Ditubuhkan pada tahun 2014, kami telah diiktiraf oleh ACCA sebagai ‘Approved Employer’ sejak 8 Jun 2014. Pada September 2016, Enterprise Services Insights membariskan 3E Accounting di antara 10 Teratas dalam Penyedia Perkhidmatan Pematuhan Premium 2016 di Wilayah APAC. Tambahan lagi, kami telah diiktiraf oleh Malaysia Brands sebagai Firma Terbaik di Malaysia pada September 2016.

 

Kami tahu caranya

Sebagai pasukan profesional yang mempunyai pengetahuan luas dalam undang-undang percukaian, piawaian perakaunan dan keperluan pentadbiran, kami sangat mahir dalam subjek perakaunan dan mengetahui segala tentang kerumitan kerja perakaunan, bersama dengan akauntan profesional yang mampumemberikan buah fikiran di luar kotak. Pasukan profesional kami dengan reputasi yang diakui secara meluas menunjukkan bahawa kami mampu mengembangkan perkhidmatan perakaunan kami agar dapat memenuhi semua keperluan perniagaan anda.

 

Sesuaikan pakej perakaun anda

Tidak kira apa pengalaman syarikat anda, pakej perakuanan dengan spesifikasi, butiran dan profesional yang khusus dan dipilih dengan betul akan memastikan syarikat anda mendapat pulangan. Apabila anda mengunakan khidmat Perkhidmatan Simpan Kira-kira 3E di Malaysia, kami akan menugaskan akauntan atau perunding untuk bekerja dengan anda secara peribadi dalam menjaga keperluan perakuanan perniagaan anda. Beliau akan mengkaji, menyusun maklumat serta mengekalkan akaun anda berdasarkan dokumen kewangan yang anda serahkan kepada kami secara berkala. Akauntan akan memastikan akaun pengurusan siap tepat pada masanya dan untuk memenuhi keperluan audit berkanun tahunan. Akauntan khusus anda juga akan membantu memantau isu pematuhan statutori dan bekerjasama dengan anda untuk memastikan anda memahami semua akaun dan laporan. Yakinlah, 3E Perakaunan akan sentiasa memastikan syarikat anda mematuhi keperluan GST dan memberi makluman kepada anda mengenai sebarang pembaharuan GST.

 

Tanpa susah payah

Tidak dinafikan bahawa mengunakan khidmat luar lebih menjimatkan wang berbanding mengajikan pekerja sepenuh masa. Apabila anda mengunakan khidmat luar, anda bukan hanya boleh mementukan tempoh kerja atau jumlah projek yang anda perlukan, anda juga dapat mengelakkan perbelanjaan pekerja dan perkara-perkara seperti faedah, latihan, ruang kerja dan lain-lain. Khidmat luar melegakan keperluan tersebut. Ini bermakna anda bebas untuk memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih penting.

Bukankan menarik jika anda mampu menyesuaikan pakej perakaunan anda dengan cara yang mudah?

Hubungi kami di +603 26037328 atau Email kami di info@3ecpa.com.my untuk berbincang lebih lanjut mengenai bagaimana kami boleh membantu anda menguruskan akaun anda dan mematuhi SSM dan LHDN.