This page is also available in: enEnglish (English)

Khidmat Pengurusan Prestasi Sumber Manusia

 

Mengapa pilih perkhidmatan pengurusan prestasi Sumber Manusia kami?

Kerana perkhidmatan kami memiliki kebolehan, teknologi dan pengalaman diperlukan bagi memperkukuhkan tenaga kerja anda. Kami punyai kepakaran bagi memantau dan membeza kelemahan dan kekuatan tenaga kerja, dan ini membantu kami di dalam memberikan klien-klien sistem penilaian yang komprehensif.

Kami dapat membantu para klien mengintegrasi sistem penilaian kakitangan ke dalam budaya perniagaan sedia ada mereka. Model-model penilaian ini telah direka dengan cermat, dan menggunakan model-model  tersebut dapat membantu perniagaan membuat keputusan konstruktif dalam bidang berbeza bagi pengurusan prestasi perniagaan mereka.

 

Sistem prestasi berasaskan Cloud dan bagaimana sistem pengurusan prestasi berfungsi

Sistem pengurusan prestasi berfungsi bagi memberikan perniagaan tinjauan terhadap setiap kakitangan, apa kebolehan mereka dan bagaimana memformulasi hasil dapatan tersebut bagi menghasilkan program latihan yang efektif.

Teknologi telah menyediakan perbezaan ketara dalam penghasilan penilaian prestasi. Bukan sekadar menjadikan proses tersebut lebih mudah, penggunaan teknologi turut memberi peluang perniagaan mengenalpasti pekerja cemerlang dan pada masa yang sama mampu menghasilkan pelbagai rancangan penilaian.

Keperluan bagi kemudahan telah tersedia, dan 3E Accounting mampu membantu dengan menawarkan sistem penilaian berasaskan Cloud yang membolehkan Sumber Manusia dan para pengurus terlibat menganalisa dan meningkatkan prestasi pekerja. Ia membolehkan pengurus memberikan maklum balas dan pujian secara konsisten kepada para pekerja yang melakukan tugasan dengan baik.

Sistem penilaian berasaskan Cloud ini juga meringkaskan sistem penilaian prestasi pekerja dengan melakukan proses menyeluruh secara automatik, yang merangkumi rancangan penggantian serta pengenalpastian dan pembangunan pemimpin bagi menggantikan yang lama.

Sistem penilaian ini adalah ringkas dan mudah untuk digunakan dan ia mengurangkan jumlah masa bagi menyiapkan laporan prestasi pekerja yang memerlukan tempoh sepanjang tahun. Sistem penilaian berasaskan Cloud turut menggalakkan objektiviti dan ketelusan dalam proses penilaian, lantas menjadikannya lebih saksama.

 

Menghasilkan tenaga kerja ideal mampu dilakukan

Antara kelebihan yang bakal anda raih daripada khidmat pengurusan prestasi Sumber Manusia ialah ia membolehkan pengguna meninjau kembali katalog maklumat, jadual acara dan logistik, melakukan penilaian dan pentaksiran, mempelajari perjalanan dan sijil terlibat, melaksana perakaunan dan membangunkan kandungan dan sumber.

Faedah-faedah lain yang mampu anda raih termasuk juga sokongan perancangan dan penilaian, pengumpulan maklum balas dan mengekalkan profil individu kakitangan.

Kami di 3E Accounting dalam hal ini mengesyorkan agar anda memperkenalkan tempoh percubaan bagi mana-mana rekrut baharu yang diambil bertugas, dan ini termasuk juga para pengurus. Mengapa lakukannya? Kerana ia dapat memastikan bahawa rekrut baharu akan diberi peluang sewajarnya untuk berkembang dan mencatat kejayaan dengan syarikat anda. 3E Accounting punyai kepakaran yang diperlukan untuk membantu anda di dalam menghasilkan sistem penilaian, percubaan dan tinjauan latihan.

Khidmat pengurusan prestasi Sumber Manusia 3E Accounting memainkan peranan utama dalam kejayaan syarikat anda. Khidmat pengurusan prestasi ini diperlukan semasa syarikat mengalami kemerosotan keuntungan atau mencatat prestasi lembap, kerana ia membantu anda memahami bidang yang memerlukan perhatian anda. Sistem ini membolehkan anda meninjau dengan lebih baik prestasi kakitangan sepanjang durasi 12 ke 6 bulan.

Hubungi 3E Accounting hari ini bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan pengurusan prestasi Sumber Manusia kami.