This page is also available in: enEnglish (English)

QuickBooks Online berbanding Perisian Perakaunan Xero Cloud di Malaysia – Apa pilhan anda

Jika anda sedang memikirkan untuk berpindah ke perisian perakaunan berasaskan awan, anda tentu tertanya-tanya apa perisian yang perlu dipertimbangkan. Anda tentu pernah mendengar Perisian Xero Cloud dan QuickBooks Online yang merupakan 2 perisian perakaunan hebat tetapi apabila dibuat perbandingan, mereka memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Di Malaysia, tiada pihak selain 3E Accounting yang mampu memberi nasihat terbaik serta perbandingan tepat di antara Quickbooks Online dan Perakaunan Xero Cloud bagi pertimbangan anda. 3E Accounting adalah penasihat bertauliah bagi kedua-dua perisian dan juga pengguna aktif kedua-duanya. Kami memberi nasihat konstruktif dan tidak bias, agar para klien kami dapat membuat pilihan berdasarkan maklumat berasas serta mendapat perisian terbaik bagi memenuhi keperluan mereka.

Bagi Perkhidmatan QuickBooks Online di Malaysia, kami tersenarai sebagai QuickBooks ProAdvisors.
QuickBooks ProAdvisors by 3E Accounting Malaysia

Bagi Perisian Perakaunan Xero Cloud di Malaysia, kami tersenarai sebagai Xero Certified Advisor.
Xero Certified Advisor by 3E Accounting Malaysia

Sebagai permulaan perbandingan, QuickBooks Online boleh digambarkan sebagai versi lebih baik ataupun versi dalam talian bagi QuickBooks Desktop yang sudah lama ditawarkan bagi bersaing dengan Perisian Perakaunan Xero Cloud.

Ciri-ciri atau fungsi-fungsi yang anda dapati terdapat persamaan di antara kedua-dua program perisian ini termasuk:

  • Rekonsiliasi Bank
  • Pengurusan Inventori
  • Akaun pembayaran dan fungsi penerimaan
  • Pengeluaran Invois
  • Penggajian dan Pengurusan Bil
  • Laporan Kewangan
  • Perkongsian Dokumen
  • Penyegerakan Bank

 

Harga – QuickBooks adalah pemenang

Kedua-duaXero Malaysia danQuickbooks Online Malaysia mempunyai kadar berbeza bergantung kepada versi yang menjadi pilihan. Kedua-duanya boleh digunakan tanpa had bilangan pengguna sekiranya anda mendapatkan khidmat 3E Accounting.

Harga QuickBooks Online:
Quickbooks Online Pricing

Harga Perisian Perakaunan Xero Cloud:
Xero Cloud Accounting Software Pricing

 

Integrasi Penggajian

Kedua-dua Quickbooks Online dan Xero Cloud tidak menyokong proses penggajian di Malaysia buat masa ini. Anda boleh membuat senarai pekerja melalui tab pekerja dan merekod transaksi penggajian dengan menggunakan fungsi perbelanjaan.

 

Fungsi GST – Quickbooks adalah pemenang

Quickbooks Online mampu menjana laporan GST yang dikehendaki pihak Kastam.

Xero boleh hasilkan laporan GST melalui SmartTax yang merupakan add-on dari pihak ketiga (dengan tambahan yuran)

 

Timesheet – Quickbooks adalah pemenang

Quickbooks Online mempunyai fungsi timeheet tersedia, yang boleh dibilkan semula kepada pelanggan dengan mudah.

Xero memerlukan add-on seperti Harvest atau WorkFlowMax untuk tujuan ini yang akan dikenakan yuran tambahan sebanyak US$ 12 sebulan untuk setiap pengguna.

 

Senarai Aset Tetap – Xero adalah pemenang

Xero mempunyai fungsi tersedia bagi pendaftaran Aset Tetap. QuickBooks Online tidak memiliki ciri tersebut buat masa ini. Bagaimanapun, 3E Accounting mampu membantu di dalam penyediaan senarai aset tetap untuk anda secara manual sekiranya diminta (caj akan dikenakan)

Ini tidak harus menjadi kebimbangan kepada perniagaan kecil sekiranya anda tidak kerap melabur di dalam aset tetap besar dan kebanyakan aset anda yang telah dibeli akan dijual.

 

Bilangan Pengguna

Buat masa ini, Xero boleh digunakan tanpa had bilangan pengguna.

Quickbooks Online Plus pula mengenakan fi bagi setiap pengguna sekiranya jumlahnya telah melebihi 5 pengguna. Bagaimanapun, jika anda mengambil pakej kami, oleh kerana kami merupakan QuickBooks ProAdvisors ulung di Malaysia, kami mampu mendapatkan anda pakej Quickbooks Online Plus dengan tanpa had pengguna.

 

Add-On – Xero adalah pemenang

Quickbooks Online memiliki 12 add-on untuk edisi Malaysia buat masa ini.

Xero pula memiliki ratusan add-on pada hari ini dan memberi suite lengkap bagi solusi untuk perniagaan anda termasuk sistem CRM, aplikasi Google dan sebagainya.

 

Rekonsiliasi Bank

Walau bagaimanapun, apa yang membuat perakaunan Xero istimewa adalah hakikat bahawa akaun rekonsiliasi bagi Xero lebih mudah dan ringkas untuk pengguna biasa berbanding proses konvensional rekonsiliasi bank. Perakaunan Xero mempunyai papan pemuka di mana semua akaun bank dan kredit anda disenaraikan. Di bawah setiap kategori terdapat tab yang memaklumkan anda bahawa anda perlu membuat rekonsiliasi x bilangan transaksi bank anda. Ini merupakan ciri yang hebat kerana ia berfungsi sebagai peringatan yang cepat, membolehkan anda membuat rekonsiliasi urus niaga dengan kadar segera setiap hari dan bukan melakukannya pada akhir bulan yang memungkinkan banyak kesilapan berlaku.

Kedua-dua perisian QuickBook Online dan Xero Cloud mempunyai fungsi transaksi yang sepadan. Quickbooks Online juga telah mengekalkan cara konvensional rekonsiliasi banknya jika anda memutuskan untuk kekal dengan kaedah lama.

 

Kesimpulan

Akhirnya, sila lihat kesimpulan dalam jadual di bawah bagi perbandingan ciri-ciri di antara Xero dan Quickbooks Online.

Secara ringkas, Quickbooks Online lebih menjimatkan kos dalam tempoh jangka panjang dengan fungsinya yang tersedia. Quickbooks Online kurang kompleks dari segi fungsinya dan mampu disesuaikan dengan keperluan anda bagi sistem perisian perakaunan berasaskan awan yang mudah, serta mampu memenuhi keperluan asas seperti tuntutan perbelanjaan pekerja, timesheet, penghantaran GST, pelbagai matawang dan tidak menyulitkan peranan pengguna yang diperlukan di dalam organisasi anda.

Sekiranya anda mencari-cari sesuatu dengan lebih banyak fungsi serta integrasi aplikasi pihak ketiga termasuk sistem CRM, perakaunan Xero seharusnya menjadi pilihan terbaik kerana ia dilengkapi ratusan add-on yang mampu membantu anda membina sistem komprehensif yang mampu menyokong perniagaan anda tidak kira samada ianya Perusahaan Kecil & Sederhana, atau syarikat Multinasional. Bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa setiap fungsi dikenakan kos yang mungkin mustahak dijadikan pertimbangan oleh kebanyakan IKS di Malaysia.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi perunding kami hari ini di info@3ecpa.com.my agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut bagi memastikan perisian yang paling sesuai dengan keperluan anda. Kami mampu membantu dengan menawarkan khidmat penyimpanan kira-kira asas sekiranya anda sibuk dengan operasi perniagaan dan memutuskan untuk mengambil pihak ketiga bagi melakukan tugasan tersebut. Hubungi kami hari ini bagi mendapatkan sebutharga komprehensif dari pihak kami.

Kami menantikan peluang untuk membina sistem perakaunan paling canggih untuk anda.

 

Ciri-Ciri Xero Quickbooks Online
Harga bagi versi terbaik atau top-tier US$40/sebulan bagi versi Premium US$31/sebulan bagi QuickBooks Online Plus
Migrasi Memerlukan add-on dari pihak ketiga MMC Convert Sokongan percuma
Fungsi Penggajian Disokong melalui HReasily Disokong melalui Gpayroll
Tuntutan Perbelanjaan Pekerja Disokong Disokong
Fungsi Timesheet Memerlukan add-on pihak ketiga bagi menyokong, dengan yuran tambahan Disokong
Pendaftaran Aset Tetap Disokong Tidak disokong. 3E Accounting boleh membantu menyediakan pendaftaran aset tetap secara manual (dengan yuran dikenakan)
Pematuhan GST memerlukan add-on pihak ketiga SmartTax dengan kadar tambahan Ya, disediakan
Pelbagai Matawang Disokong Disokong
Tempoh Langganan Minima/td>

Tiada tempoh lock in. Tiada tempoh lock in.
Tempoh Percubaan Disediakan Ya , 30 hari Ya, 30 hari
Menaik taraf atau menurun tarafkan pelan anda Anda dibenarkan menaik atau menurun taraf pelan anda. Anda dibenar menaik taraf, tetapi tidak menurun taraf pelan
Pindah ke versi mudah alih App Stores & Google Play App Stores & Google Play
Disokong Borang Hubungan atau emel Borang Hubungan, emel serta livechat
Bilangan pengguna Tidak terhad Tidak terhad jika anda mendapatkan khidmat 3E Accounting
Hak Pengguna Lebih banyak peranan pengguna tersedia seperti penggajian, transaksi perbankan, jualan, pembelian, hubungan dsb Ditawarkan dengan fungsi penjualan dan pembelian yang terhad