Sebagai salah satu pusat sehenti pembekal perkhidmatan perniagaan yang terulung di Malaysia, 3E Accounting Malaysia menawarkan Perkhidmatan Sokongan Perniagaan Malaysia yang komprehensif kepada kedua-dua syarikat asing dan tempatan di negara ini. Pada hari ini, 3E Accounting Malaysia telah memperbadankan ratusan syarikat-syarikat di samping memberi perkhidmatan tambah nilai pentadbiran syarikat dan perkhidmatan sokongan korporat secara berterusan. Di 3E Accounting, Perkhidmatan Sokongan Perniagaan Malaysia kami mensasarkan hasrat membuka dan mengoptimumkan peluang perniagaan anda dengan solusi pusat sehenti perkhidmatan sokongan syarikat serta perkhidmatan yang disesuaikan untuk anda.
Senarai penuh Perkhidmatan Sokongan Perniagaan Malaysia yang kami tawarkan adalah seperti berikut.
Meski berdepan dengan ketidaktentuan pasaran global, ekonomi Malaysia kekal sihat – dengan ramai pelabur melihatnya sebagai destinasi pelaburan yang ideal. Berbekal perkongsian-perkongsian ekonomi yang komprehensif, Malaysia telah menarik pelabur-pelabur antarabangsa bagi menubuhkan syarikat atau melakukan urus niaga di negara ini.
Seperti di mana-mana bidang kuasa lain, proses pemerbadanan syarikat di Malaysia adalah mudah dan ringkas dengan bantuan pembekal perkhidmatan sokongan perniagaan Malaysia seperti kami. Bagaimanapun, terdapat beberapa keperluan peraturan yang perlu kita patuhi dengan ramai pihak mungkin tidak tahu atau sedar bagaimana untuk kekal mematuhi keperluan statutori. Perkhidmatan pendaftaran syarikat kami yang mudah serta profesional membolehkan anda memperbadankan syarikat anda pada kadar yang berpatutan. Kami bangga mengumumkan bahawa pakej perkhidmatan pemerbadanan syarikat 3E Accounting merupakan yang terbaik di Malaysia kerana kami menyesuaikan proses kami dengan pakej pemerbadanan syarikat yang direka dengan unik, meskipun anda menetap di Singapura – kami akan membantu anda meluaskan perniagaan ke Malaysia melalui 3E Accounting Singapura dengan selesa.
Syarikat Malaysia anda perlukan pengarah tempatan dan anda tidak tahu di mana mencarinya? Jangan gusar, kami boleh membantu. Perkhidmatan pengarah nomini kami ditawarkan pada kadar yang berpatutan dengan perkhidmatan yang dijamin bermutu tinggi. 3E Accounting, pembekal perkhidmatan sokongan perniagaan Malaysia akan memberi perkhidmatan pengarah nomini yang terbaik dengan melantik individu yang tepat dan cekap sebagai pengarah tempatan bagi syarikat anda di Malaysia.
Permohonan lesen perniagaan merupakan antara aspek terpenting yang perlu diberi perhatian oleh setiap usahawan. Permohonan lesen perniagaan bergantung kepada jenis perniagaan yang anda mahukan di Malaysia. Daripada Permohonan Lesen Premis Perniagaan kepada Permohonan Lesen WRT, kami menawarkan segalanya – kami akan membantu di dalam permohonan lesen perniagaan.
Syarikat anda memerlukan akaun bank korporat untuk melaksana urus niaga di Malaysia. Apabila anda mendapatkan perkhidmatan 3E Accounting Malaysia bagi memperbadan perniagaan anda, kami juga akan membantu anda membuka akaun bank korporat di Malaysia.
Status Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia diberi oleh kerajaan Malaysia kepada syarikat-syarikat asing dan tempatan yang menceburi bidang berkaitan dengan teknologi. Syarikat-syarikat dengan Status MSC Malaysia layak memohon insentif, hak-hak dan keistimewaan yang menarik di Malaysia. 3E Accounting Malaysia akan membantu anda melaksana strategi Permohonan Status MSC dengan menilai model perniagaan anda, menyemak pelan perniagaan anda, serta memberi panduan agar anda mencapai status MSC.
Labuan bukan sekadar lokasi istimewa di Malaysia bahkan ia merupakan syurga percukaian di rantau Asia Tenggara. Seperti bidang kuasa lain yang rendah cukai, Syarikat Luar Pesisir Labuan menawarkan cukai sifar kepada kebanyakan syarikat dengan pendapatan dijana bukan di Malaysia. Dalam kata lain, anda tidak perlu memfail pulangan cukai pendapatan dan tiada duti setem, tiada cukai pegangan dan tiada cukai dividen dikenakan. 3E Accounting Malaysia boleh membantu anda menubuhkan Syarikat Labuan.
Penubuhan Perniagaan
Sekiranya anda memikirkan atau menimbangkan kenderaan perniagaan yang sesuai untuk perniagaan anda, Perkhidmatan Penubuhan Perniagaan yang kami tawarkan dapat membantu anda memastikan kenderaan perniagaan paling relevan bagi memenuhi pelan perniagaan anda. Pakar-pakar perkhidmatan pemerbadanan syarikat kami akan membimbing anda memutuskan jenis kenderaan perniagaan serta melengkapkan proses pendaftaran syarikat. Samada ianya Syarikat Sedia Ada (Shelf Company), Pejabat Cawangan, atau Pejabat Perwakilan, pakar-pakar kami anda membantu anda melengkapkan proses pemerbadanan syarikat.
Mulakan PLT
Apakah PLT di Malaysia? Perkongsian Liabiliti Terhad atau Limited Liability Partnership, merupakan hibrid atau gabungan syarikat Sendirian Berhad dengan perkongsian. Jenis kenderaan perniagaan ini menawarkan kelebihan sebuah syarikat Sendirian Berhad tanpa keperluan menghantar laporan yang merumitkan.
Sekiranya anda berminat menubuhkan PLT, kami di sini bagi membantu:
Kami menawarkan perkhidmatan kesetiausahaan syarikat kepada kedua-dua syarikat asing dan tempatan bagi membantu mereka mematuhi pelbagai keperluan statutori di Malaysia. Pasukan profesional kami memberi perkhidmatan korporat yang disesuaikan, perkhidmatan sokongan syarikat dan perkhidmatan sokongan korporat bagi memenuhi segala aspek perniagaan anda, merangkumi:
Perkhidmatan Imigresen di Malaysia yang kami tawarkan merangkumi bukan sekadar perihal permohonan, tetapi juga perkhidmatan nilai tambah di mana tenaga profesional berpengalaman kami akan membimbing dan membantu anda di dalam proses-proses:
Di samping bimbingan dalam permohonan pas pekerja, kami turut membantu dalam proses pembaharuan, rayuan dan menjejak atau tracking permohonan anda.
Perkhidmatan Perakaunan
Kesemua syarikat di Malaysia perlu mengemaskini penyata simpan kira serta rekod perakaunan dengan baik kerana ia adalah sebahagian daripada keperluan statutori. Oleh itu, perkhidmatan perakaunan yang baik adalah mustahak bagi kelangsungan perniagaan dan anda juga dapat menjimatkan wang dengan meningkatkan kecekapan perniagaan. Ia juga dapat membantu anda membuat keputusan kewangan yang lebih bijak dengan menawarkan maklumat penting sebagai penilaian solvensi perniagaan. Pasukan perakaunan profesional kami merangkumi Agen Cukai GST Berkelayakan di Malaysia, Akaunan Bertauliah dan Perunding, yang boleh membantu anda mengemaskini Buku Akaun anda tepat pada masanya:
Sumber manusia sudah pasti satu aspek terpenting dalam sesebuah syarikat. Kami memahami bertapa pentingnya menguruskan Sumber Manusia secara berstruktur di dalam syarikat anda. Perkhidmatan sumber manusia yang kami tawarkan merangkumi pengetahuan mendalam tentang sistem payroll, latihan, faedah pekerja dan pengambilan pekerja bagi membantu anda mengurus sumber manusia secara berkesan di samping menangani masalah pekerja.
Perkhidmatan profesional kami termasuk yang berikut:
Meskipun percukaian merupakan subjek kompleks buat ramai orang, ia boleh ditangani dengan mudah melalui bantuan pakar-pakar percukaian. Pakar kami yang berpengalaman boleh membantu anda dalam semua hal-hal percukaian, daripada pemfailan cukai statutori, strategi penjimatan cukai serta pematuhan kepada peraturan percukaian kerajaan, kami dapat menyelesaikannya. Perkhidmatan cukai kami turut merangkumi:
Rakan-rakan 3E Accounting Malaysia merupakan pembekal perkhidmatan audit berasaskan pematuhan yang memberi khidmat audit yang meluas serta jaminan perkhidmatan kepada semua jenis industri. Selain audit kewangan, kami turut melakukan audit statutori dan audit dalaman sebagai sebahagian dari perkhidmatan audit kami.
Khidmat yang ditawarkan rakan-rakan audit kami termasuk:
Seperti di mana-mana bidang kuasa, undang-undang dan peraturan merupakan perkara asas dalam perniagaan. Pentadbiran undang-undang yang diurus dengan baik mampu memaksimumkan potensi syarikat anda di samping mengurangkan liabiliti. Bagaimanapun, kita semua sedar bahawa pengurusan undang-undang bukan tugas yang dilakukan sekali sahaja, kerana ia bergantung kepada keperluan luaran yang berubah-ubah. 3E Accounting Malaysia akan bekerja dengan anda bagi mengenalpasti strategi jelas dan terbaik untuk pengurusan undang-undang syarikat anda.
Khidmat undang-undang yang kami tawarkan termasuk:
Khidmat Nasihat Perniagaan kami mensasarkan kepada strategi mencatat kejayaan dan pertumbuhan perniagaan. Dalam kata lain, perkhidmatan nasihat perniagaan kami meliputi latihan perniagaan, mentor, dan akauntan yang menawarkan pemikiran strategik dan nasihat. Perkhidmatan Nasihat Perniagaan kami meliputi:
Perkhidmatan Pejabat Maya kini amat popular di kalangan pelabur yang mahukan bajet yang rendah. Pejabat maya membolehkan anda tidak hanya memiliki alamat tempatan tetapi juga mengurangkan perbelanjaan overhead anda.
Di Malaysia, memiliki tanda perniagaan syarikat adalah langkah pasca pemerbadanan syarikat. Sekiranya anda mencari perkhidmatan membuat setem / cap mohor syarikat yang baik, kami dapat membantu!
Pembangunan dan jualan perisian merupakan satu keperluan sesebuah syarikat tanpa mengira saiz serta industrinya di mana ia meningkatkan produktiviti, mengurang kos perbelanjaan dan mengurangkan kesalahan dalam kerja perakaunan. Kami menyenarai pendek perisian perakaunan terbaik yang dapat membantu syarikat anda:
Perkhidmatan rakan-rakan perniagaan merupakan perkhidmatan nilai tambah yang merangkumi pelbagai aspek, daripada rekaan logo, sewaan perkhidmatan pejabat kepada penubuhan tabung amanah peribadi, serta lain-lain lagi:
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional
Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes.The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional
Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes.The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.