This page is also available in: enEnglish (English)

Permohonan Surat Penyelesaian Cukai di Malaysia

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia(LHDN) telah mengeluarkan Panduan Operasi di dalam menentapkan prosedur permohonan Surat Penyelesaian Cukai atau Tax Clearance Letter (TCL) bagi mana-mana Syarikat, Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) dan Entiti Labuan (Syarikat dan PLT di Labuan) bermula 31 Julai 2016.

Panduan-panduan tersebut memberi penjelasan berkaitan prosedur permohonan Surat Penyelesaian Cukai dan dokumen yang diperlukan bagi mendapatkannya. Pemahaman prosedur serta keperluan dokumen adalah mustahak bagi mempercepat proses mengeluarkan Surat Penyelesaian Cukai.

 

Syarikay

Untuk permohonan TCL, sebuah Syarikat diperlukan menghantar Borang-Borang Pulangan Cukai Pendapatan sehingga tahun terakhir penaksiran. Sekiranya e-Borang C untuk tahun terakhir penaksiran masih belum diperoleh daripada pihak LHDN, Syarikat boleh mendapatkan Borang C (untuk Tujuan Surat Penyelesaian Cukai (SPC) Sahaja) di mana-mana cawangan LHDN. Borang tersebut perlu dilengkapkan dan dihantar berserta dengan permohonan Surat Penyelesaian Cukai kepada cawangan LHDN yang mengendali fail cukai pendapatan yang berkaitan.

Tambahan lagi, permohonan Surat Penyelesaian Cukai syarikat perlu dihantar bersama dokumen seperti berikut:

  1. Pembubaran Sukarela oleh Ahli
    1. Borang 66 : Deklarasi Solvensi
    2. Borang 11 : Notis Resolusi
    3. Borang 71: Notis Pelantikan dan Situasi Pejabat Likuidator (Pembubaran Sukarela oleh Ahli)
    4. Borang 75 : Akaun Likuidator bagi Resit dan Penyata Kedudukan bagi Pembubaran Sukarela
  2. Pembubaran Sukarela oleh Pihak Kreditor
    1. Borang 65A : Deklarasi Berkanun Ketidakupayaan Syarikat Meneruskan Perniagaan, dan Mesyuarat Syarikat dengan Pihak Kreditor telah Dipanggil
    2. Borang 11 : Notis Resolusi
    3. Borang 72 : Notis Pelantikan dan Situasi Pejabat Likuidator (Pembubaran oleh Pihak Kreditor)
    4. Borang 75 : Akaun Likuidator bagi Resit dan Pembayaran dan Penyata Kedudukan Pembubaran
  3. Pembubaran oleh Perintah Mahkamah
    1. Penerimaan Perintah atau Perintah Pembubaran
    2. Borang 61 : Penyata Hal-Ehwal
    3. Borang 70 : Notis Pelantikan dan Situasi Pejabat Likuidator (Pembubaran melalui Perintah Mahkamah)
    4. Borang 75 : Akaun Likuidator bagi Resit dan Pembayaran dan Penyata Kedudukan bagi Pembubaran
  4. Pembubaran Nama Syarikat
      Notis di bawah Seksyen 308 Akta Syarikat 1965
  5. Pemberhentian Perniagaan (Syarikat Asing)
      Borang 90 : Notis dari Syarikat Asing tentang Pemberhentian Perniagaan
  6. Pembubaran Syarikat Dorman
      Borang CP7

 

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Sebuah Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang memohon Surat Penyelesaian Cukai perlu menghantar Borang-Borang Pulangan Cukai Pendapatan sehingga tahun akhir penaksiran. Borang-borang tersebut hendaklah dilengkapkan dan dihantar bersama borang permohonan Surat Penyelesaian Cukai kepada cawangan LHDN yang mengendali fail cukai pendapatan berkaitan.
Jika Borang PT bagi tahun terakhir penaksiran belum diperoleh dari LHDN, Borang PT bagi tahun penaksiran sebelumnya boleh diguna dengan beberapa modifikasi.

Dokumen-dokumen yang perlu dihantar bagi permohonan Surat Penyelesaian Cukai untuk PLT termasuk:

  1. Pembubaran Sukarela oleh Ahli
      Borang permohonan Surat Penyelesaian Cukai
  2. Pembubaran melalui Perintah Mahkamah
    1. Borang Permohonan Surat Penyelesaian Cukai
    2. Penerimaan Perintah atau Perintah Pembubaran
  3. Pembubaran Nama PLT
    1. Borang permohonan Surat Penyelesaian Cukai
    2. Notis pembubaran nama PLT di bawah Seksyen 51 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

 
Permohonan Surat Penyelesaian Cukai bagi Syarikat dan PLT perlu dihantar kepada cawangan yang mengendali fail cukai pendapatan berkaitan untuk syarikat atau PLT tersebut. Surat Penyelesaian Cukai akan dikeluarkan selepas semua dokumen relevan dan lengkap diterima, dan cukai pendapatan termasuk potongan cukai pekerja telah dibayar sepenuhnya.

Mengikut pengalaman kami berhubung dengan pihak LHDN, pihak tersebut akan mengambil masa beberapa bulan mengeluarkan Surat Penyelesaian Cukai bagi Syarikat dan PLT. Pun demikian, tindakan susulan kerap dengan pegawai LHDN mampu mempercepat proses mengeluarkan Surat Penyelesaian Cukai oleh pihak LHDN.

Selaku peneraju pembekal perkhidmatan korporat, 3E Accounting menawarkan kepada anda khidmat solusi sehenti yang menjimatkan kos dan mampu mengendali segala prosedur agar anda tidak berdepan sebarang kerumitan. Berbekal pengalaman kami sebagai agen percukaian, kami telah menyelesai pelbagai cukai untuk pihak syarikat dan PLT. Tambahan lagi, dengan adanya pengarah cukai kami yang pernah bekerja di syarikat Big Four, kami tentunya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda. Kami akan melihat kes anda lantas menawarkan harga paling menarik. Teruskan menghubungi kami di info@3ecpa.com.my untuk mendapatkan sebutharga dan khidmat rundingan tanpa sebarang obligasi!