This page is also available in: enEnglish (English)

Penggulungan PLT di Malaysia

PLT boleh dibubarkan melalui penggulungan oleh mahkamah, penggulungan secara sukarela atau pembatalan pendaftaran oleh Pendaftar. Cara biasa membubarkan PLT ialah melalui memohon untuk penggulungan secara sukarela, yang dimulakan oleh salah seorang rakan kongsi PLT apabila PLT telah menamatkan operasi dan melangsai hutang dan liabilitinya.

Keperluan prasyarat untuk permohonan penggulungan akan mendapat notis bertulis dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Apabila mendapat pelepasan daripada LHDN, notis untuk cadangan penggulungan akan dihantar kepada semua rakan kongsi PLT dan suatu notis perlu diterbitkan dalam akhbar-akhbar Malaysia yang diedarkan secara meluas untuk pengisytiharan penggulungan sedemikian.

Pendaftar akan mengisytiharkan PLT dibubarkan jika tiada bantahan diterima dan jika terdapat sebarang bantahan, apabila penarikan balik bantahan itu oleh pekongsi / pemiutang atau apabila Pendaftar memutuskan bantahan yang dibuat adalah tanpa justifikasi.

Yuran kami di dalam membantu proses penggulungan PLT ialah RM5,000 (RM5,300 termasuk GST) merangkumi yuran pengiklanan dan yuran yang dibayar kepada SSM. Kadar istimewa ini hanya terpakai sekiranya anda mendapatkan Perkhidmatan Tahunan PLT yang ditawarkan kami.

Jika anda perlukan bantuan kami mendapatkan surat pelepasan cukai daripada LHDN, yuran kami adalah RM1,000 (RM1,060 termasuk GST).

Bagi syarikat-syarikat yang telah menghentikan operasi perniagaan, syarikat-syarikat perlu mendapatkan penutupan PCB Pendaftaran Majikan / KWSP / PERKESO dan pulangan cukai akhir untuk dikemukakan kepada LHDNM. Kami akan dapat memberikan sebut harga penyediaan penyerahan penutupan daripada lembaga-lembaga berkanun serta pulangan cukai akhir sebaik sahaja kami menerima semua rekod perakaunan daripada anda.