This page is also available in: enEnglish (English)

Daftar Syarikat di Costa Rica

Costa Rica merupakan negara yang terletak di Amerika Tengah. Dengan keluasan tanahnya melebihi 51,060 kilometer persegi dan perairannya melebihi 40 kilometer persegi, Costa Rica merupakan negara ke-131 terbesar di dunia dengan populasi kira-kira 4.7 juta. Costa Rica digelar ‘Switzerland of the Americas’ berikutan kestabilan politik dan sistem demokrasi, di mana ia satu-satunya negara yang membubar tenteranya secara sukarela dengan hasil cukai diguna untuk peningkatan pendidikan dan sistem perubatan.

 

Mengapa tubuhkan perniagaan di Costa Rica

Costa Rica memiliki kestabilan politik dan taraf pendidikan yang tinggi, serta menawarkan insentif fiskal di zone dagangan bebas, yang menjadi perangsang utama bagi menarik para pelabur antarabangsa. Ia menikmati iklim pelaburan yang baik di mana warga asing ditawarkan hak pemilikan yang sama dengan warga Costa Rica. Bersama-sama negara seperti Belize, Cayman Islands, Panama menawarkan pelaburan luar pesisir terbaik di dunia.

Antara kelebihan melakukan perniagaan di Costa Rica:

  1. Costa Rica mempunyai sumber manusia yang berkemahiran tinggi serta berpendidikan.
  2. Perjanjian Perdagangan Bebas merangkumi kebanyakan ekport barangan.
  3. Costa Rica memberi pelbagai bantuan dan insentif bagi menyokong para pelabur.
  4. Costa Rica adalah antara negara paling selamat di Amerika Latin.
  5. Costa Rica adalah antara lima negara dengan prestasi persekitaran yang terbaik di dunia.
  6. Costa Rica menyaksikan iklim pelaburan yang rancak dengan persekitaran pro-perniagaan.

 

Pendaftaran Syarikat di Costa Rica

Pendaftaran Syarikat di Costa RicaProses pemerbadanan syarikat di Costa Rica adalah mudah dan ringkas. Ia tidak memerlukan anda hadir ke negara ini selagi anda mempunyai Kuasa Peguam dan agen pemerbadanan.

Berikut adalah ringkasan proses pemerbadanan syarikat di Costa Rica:

1. Penuhi keperluan asas

  • Pejabat Berdaftar
    • Semua syarikat Costa Rica perlu memiliki pejabat berdaftar di Costa Rica – satu lokasi di mana semua dokumen rasmi syarikat dan urusan surat menyurat dapat dilaksanakan.
  • Para Pengarah
    • Perlu sekurang-kurangnya 3 pengarah bagi Sociedad Anonima
    • Tiada kekangan/keperluan bagi kewarganegaraan atau taraf pemastautin.
  • Pemegang Saham
    • Paling kurang hendaklah dua pemegang saham bagi urusan pemerbadanan syarikat.
    • Tiada kekangan/keperluan bagi kewarganegaraan atau taraf pemastautin.
    • Para pengarah dan pemegang saham korporat dibenarkan.
    • Mesyuarat agung tahunan adalah salah satu keperluan statutori tetapi ia boleh dijalankan di mana-mana di serata dunia dan boleh dihadiri melalui bantuan alat elektronik.

2. Buat keputusan mengenai struktur syarikat

  • Perkara pertama, pilih struktur syarikat paling sesuai bersandarkan keperluan syarikat anda dan aktiviti yang diimpikan. Tiga entiti perniagaan paling biasa di Costa Rica adalah:
    • Perbadanan/Saham Bersama (Sociedad Anónima – S.A)
    • Syarikat Liabiliti Terhad (Sociedad de Responsabilidad Limitada – S.R.L)
    • Cawangan

3. Namakan syarikat anda

  • Namakan syarikat anda dan pastikan anda dapat terjemahannya (nama syarikat baharu) dalam Bahasa Sepanyol. Kemudian, failkan permohonan dengan Pendaftar Syarikat Costa Rica untuk menyimpan nama anda.

4. Daftarkan Piagam Pemerbadanan

  • Notari awam akan membantu anda mendaftar piagam pemerbadanan di bahagian perdagangan pendaftar awam. Ambil maklum bahawa hanya notari awam yang meluluskan surat perjanjian dalam buku protokol undang-undangnya dengan tandatangan yang sah mampu mendaftar piagam pemerbadanan. Selepas pendaftaran berjaya, Pejabat Pendaftar akan mengeluar nombor cukai persekutuan (cédula de persona jurídica), di mana ia adalah nombor identifikasi cukai korporat, kepada syarikat anda.

6. Mohon Perlindungan Insuran

  • Sekiranya anda mengambil pekerja, anda perlu mendaftar syarikat anda sebagai majikan dengan Caja Costarricense de Seguro Social (CCSS). Selepas syarikat anda mengambil pekerja di Costa Rica, syarikat akan mendaftar untuk perlindungan insuran risiko buruh dengan Institut Insuran Nasional.

Costa Rica tak syak lagi merupakan salah satu destinasi pelaburan pilihan di Amerika Tengah. Sekiranya anda merancang untuk meluaskan perniagaan di Amerika Latin, Costa Rica tentulah tempat yang perlu ditujui!