This page is also available in: enEnglish (English)

Daftar Syarikat di Kepulauan Cayman

Mengapa Daftar Syarikat di Cayman?

Merangkumi keluasan 264 kilometer persegi, Kepulauan Cayman terletak di benua Caribbean dan ia merupakan negara ke-215 terbesar dari segi kawasan tanah. Lokasi strategiknya di tengah-tengah kawasan barat daya Caribbean telah meletakkan Cayman sebagai salah satu pusat kewangan penting di rantau tersebut dengan aktiviti pelaburan yang hangat.

Persekitaran mesra perniagaan, iklim politik yang stabil serta kemudahan bertaraf dunia di Kepulauan Cayman adalah antara faktor yang menarik pelaburan asing ke negara ini. Di samping itu, tidak ada cukai pendapatan peribadi atau perbadanan di negara ini dan kerajaan tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan dan hasil daripada pelaburan.

 

Bagaimana Mendaftar Syarikat di Cayman?

Status bebas cukai dan persekitaran perniagaan yang diselia dengan baik di Kepulauan Cayman telah mendorong ramai pelabur untuk mengembangkan portfolio perniagaan di negara ini. Seperti mana-mana negara lain di dunia, pendaftaran syarikat di Cayman melibatkan prosedur tertentu.

  1. Tentukan jenis perniagaan
    • Syarikat yang terkecuali – Jenis syarikat ini mempunyai kelenturan dalam menamakan syarikat tanpa syarat untuk memfailkan maklumat pemegang saham. Selain itu, syarikat seperti ini diberikan jaminan dua puluh tahun bahawa ia dikecualikan daripada cukai.
    • Syarikat Pemastautin Biasa – Sebuah syarikat pemastautin biasa sering dibentuk untuk tujuan menjalankan perniagaan tempatan dan sekurang-kurangnya satu pemegang saham rekod dan satu pengarah diperlukan untuk pendaftaran.
    • Syarikat Bukan Pemastautin Biasa – Syarikat jenis ini mempunyai peruntukan yang sama bagi syarikat biasa kecuali Syarikat Bukan Pemastautin Biasa dilarang melakukan perdagangan di Kepulauan Cayman.
    • Syarikat Asing – Mana-mana syarikat asing sedia ada yang ingin beroperasi di [dan dari] Cayman mesti mendaftar sebagai Syarikat Asing.
    • Perkongsian – Perkongsian terhad boleh dibentuk oleh dua atau lebih orang (atau syarikat) dan jenis syarikat ini ditadbir oleh Undang-Undang Perkongsian (Semakan 2002). Syarikat sebegini perlu berdaftar dengan Pendaftar Perkongsian Terhad.
  2. Nama perniagaan 
    Namakan perniagaan dan semak ketersediaan dengan Pendaftar Syarikat.
  3. Sediakan dokumen sewajarnya
    Morandum persefahaman, artikel persatuan dan surat lamaran yang berkaitan dengan perniagaan diperlukan untuk tujuan pendaftaran.

    • Kandungan penting Memorandum Persatuan
      • Nama syarikat;
      • Alamat syarikat berdaftar di Kepulauan Cayman;
      • Perisytiharan bahawa liabiliti pemegang sahamnya adalah terhad (untuk syarikat terhad oleh saham)
      • Jumlah modal (boleh dinyatakan dalam sebarang bentuk mata wang).
    • Sekurang-kurangnya dua salinan dengan yuran pemfailan yang dibuat kepada kerajaan Kepulauan Cayman diperlukan untuk pendaftaran.
  4. Pemerbadanan Syarikat
    Semua syarikat di Cayman mesti berdaftar dengan Pendaftar Syarikat di mana syarikat boleh ditubuhkan dengan satu pemegang saham dan tanpa keperluan permodalan minimum (kecuali bagi Syarikat Jangka Panjang Terhad yang Dikecualikan).

Syarikat itu akan diperbadan dalam masa empat hari selepas penyerahan dokumen. Langkah seterusnya selepas pendaftaran syarikat ialah pembukaan akaun korporat dan permohonan Sijil Pengecualian Cukai.

Nota Akhir

Sebagai negara neutral cukai, Cayman menjanjikan status bebas cukai selama dua puluh tahun untuk syarikat-syarikat terkecuali yang didaftar di Cayman. Selain itu, pengarah tidak perlu memfailkan akaun atau diaudit oleh firma. Ringkasnya, menubuhkan syarikat di Cayman menjanjikan kelebihan keuntungan kepada pelabur dan pelbagai peluang bagi pelabur asing mengembangkan profil perniagaan mereka.

Untuk permintaan sebutharga dan maklumat lanjut mengenai Pendaftaran Syarikat di Kepulauan Cayman, sila e-mel kepada kami di info@3ecpa.com.my dan kami akan menjawab dengan segera dalam tempoh 24 jam.