This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Daftar Syarikat di Andorra: Sorotan Ekonomi
Andorra ialah negara maju di Eropah dengan ekonomi yang pesat. Tiga perniagaan utama mereka ialah Pelancongan, Jualan Runcit, dan Kewangan. Rakyat daripada negara-negara jiran seperti Peranchis dan Sepanyol akan ke Andorra untuk ke resort musim panas dan musim sejuknya. Andorra menawarkan pembelian bebas cukai untuk aktiviti membeli belah, kerana harga komoditi dalam negara itu adalah murah. Itu sebabnya mereka menarik ramai pengunjung untuk membeli cendera hati daripada mereka.
Meskipun dianggarkan sejumlah 9 juta pelancong datang ke Andorra dengan membawa KDNK negara itu ke paras 80%, negara tersebut berdepan cabaran. Statusnya sebagai syurga percukaian kepada institusi kewangan telah merudum sejak Peranchis dan Sepanyol melonggar undang-undang kerahsiaan bank mereka.
Terdapat kekangan dalam aktiviti perladangan di Andorra dan majoriti makanan mereka diimport daripada negara lain. Dek kerana itu, harga makanan melonjak lebih tinggi selari dengan peningkatan harga pasaran bahan api.
Sektor Perniagaan Untuk Pelaburan Anda Di Andorra
Selain Pelancongan yang merupakan perniagaan utama di Andorra, kerajaannya turut menarik pelabur asing untuk melabur dalam sektor berikut:
- Sektor Kesihatan – Andorra meletakkan ketetapan mandatori untuk penjagaan kesihatan awam. Ianya dibekalkan melalui Sistem Keselamatan Sosial. Bagaimanapun, negara itu masih memiliki hospital swasta untuk memenuhi keperluan tertentu penduduknya. Rakyat Andorra akan seringkali keluar ke Barcelona, Sepanyol, atau Toulouse, Peranchis jika mereka mahukan rawatan perubatan khusus yang tidak dapat dilakukan di negara tersebut.
- Pendidikan dan Penyelidikan – Penyelidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan kehidupan rakyat. Ubatan baharu ditemui bagi merawat pelbagai penyakit atau mesin berbeza dihasilkan bagi memudahkan kerja dek kerana penyelidikan. Seperti juga negara lain, Andorra memerlukan semua ini.
- Pasaran Buruh – Andorra perlukan penduduknya bekerja dalam sektor perniagaan berbeza di negara itu, terutamanya dalam Pelancongan. Walau dunia kini dihambat dan masih mengalami COVID-19, ekonomi akan kembali pulih seperti sedia kala.
- Sistem Kewangan – Andorra adalah syurga percukaian bagi institusi kewangan. Sama kompetitif dengan negara-negara lain di dunia, Andorra memiliki sistem kewangan yang efektif.
Keuntungan Yang Anda Peroleh Dengan Melabur Di Negara Ini
Kerana Andorra adalah negara maju, ia perlu mengekalkan status tersebut dengan terus cemerlang menawarkan produk dan perkhidmatannya. Selain negara bebas cukai, Andorra juga menawarkan kelebihan perniagaan seperti berikut:
- Kadar pekerjaan yang tinggi dalam negara – Dengan kebanyakan orang di negara itu bekerja, mereka memiliki lebih tinggi keupayaan berbelanja untuk membeli produk dan perkhidmatan yang baik untuk perniagaan kerana mereka akan memperoleh lebih banyak keuntungan.
- Terdapat peruntukan Percukaian Berganda – Negara itu mempunyai perjanjian dengan Perancis, Luxembourg, Sepanyol, Malta, Portugal, Cyprus, dan U.A.E. untuk mengelakkan percukaian atau pengenaan berganda.
- Kos elektrik di Andorra lebih murah berbanding lain-lain negara Eropah – Bahkan, ia merupakan negara kedua terendah di Eropah.
- Sambungan Internet – Purata kelajuan sambungan di negara itu adalah 300 MBPS merangkumi 94.5% daripada populasinya.
- Andorra punyai kerangka cukai kompetitif – Negara tersebut menyesuaikan diri dengan norma-norma Negara-negara Eropah untuk menawarkan para peniaga dengan pakej perniagaan yang kompetitif yang akan menarik minat para pelabur perniagaan.
Proses Mendaftarkan Perniagaan Di Negara Ini
Proses mendaftarkan syarikat di Andorra adalah mudah dan tidak begitu rumit. Anda hanya perlu memikirkan nama untuk perniagaan anda dan mendaftarkannya serta menyerahkan surat-surat berkaitan ke Daftar Perdagangan Andorra. Beberapa dokumen yang anda perlukan adalah seperti berikut:
- Kad Pengenalan Pemohon.
- Kebenaran untuk Nama Korporat.
- Pelan Perniagaan.
- Sijil Bank yang menyatakan bahawa akaun dibuka di Andorra dan modal minimum yang diperlukan telah didepositkan.
- Kad Pengenalan untuk setiap Rakan Perniagaan anda.
- Pelepasan Rekod Jenayah untuk semua Rakan Perniagaan.
Ia akan mengambil masa lebih kurang sebulan untuk menyelesaikan proses pendaftaran perniagaan di Andorra.
Daftar Perniagaan Anda Dengan 3E Accounting
Sekiranya proses memulakan perniagaan di Andorra adalah rumit untuk anda, kami di 3E Accounting berhasrat memudahkannya dengan memberikan anda perkhidmatan menyeluruh yang komprehensif. Keputusan anda memilih kami bagi mendaftarkan syarikat anda di Andorra adalah keputusan yang tepat kerana kami akan kekal memberikan komitmen dalam memastikan perkhidmatan yang cemerlang.
Sekiranya anda punyai lebih banyak soalan tentang langkah pendaftaran syarikat di Andorra, Hubungi kami, pasukan 3E Accounting hari ini.