This page is also available in: enEnglish (English)

Daftar Syarikat di Turki

Turki merupakan sebuah negara yang pesat membangun dengan pelbagai perniagaan antarabangsa dibangunkan di rantau tersebut. Lokasi strategik Turki telah menjadikannya pintu gerbang ke pasaran-pasaran Asia Tengah dan Timur Tengah.

Antara kelebihan menjalankan perniagaan di rantau tersebut termasuklah penggunaan etika perniagaan Eropah dan amalan pengurusan moden yang tersedia di Turki, lantas secara signifikan menjadikan mudah bagi perniagaan antarabangsa menjalankan operasi mereka. Bahasa Inggeris juga semakin meluas digunakan untuk tujuan perniagaan dan inisiatif baru kini terlaksana demi memenuhi standard Kesatuan Eropah dalam usaha menjadikan persekitaran perniagaan lebih mudah diakses.

Bagi mendaftar perniagaan di Turki, ianya mengambil masa purata enam hari. Turki juga berada di landasan untuk muncul selaku ekonomi ke-16 terbesar di dunia dan ekonomi keenam terbesar di Eropah. Adalah dijangkakan, negara tersebut bakal menjadi antara sepuluh ekonomi terbesar di dunia menjelang 2023.

Turki memiliki akses kepada hampir 1.5 bilion pelanggan di Eropah, Eurasia, Afrika Utara dan Timur Tengah. Ia juga punyai pelaburan signifikan di bidang pengangkutan, maritim dan komunikasi yang kekal bercambah dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

 

Cabaran-cabaran melakukan perniagaan di Turki

Antara cabaran-cabaran yang bakal dihadapi para pelabur bagi memulakan dan mendaftar syarikat di Turki termasuklah isu-isu pengawalseliaan dan birokrasi. Perubahan mendadak kepada undang-undang dan peraturan juga mampu terjadi tanpa sebarang amaran mahupun rundingan.

Mendaftar sebuah syarikat di Turki memerlukan para pelabur menunjukkan komitmen kepada pasaran dan melakukan kunjungan ke negara tersebut bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan persekitaran perniagaan Turki. Pelabur yang menubuhkan perniagaan di Turki juga perlu menjalin hubungan baik dengan rakan-rakan perniagaan selain dapat dilihat secara jelas di dalam negara agar perniagaan mereka kekal berkembang.

 

Bagaimana Mendaftar Syarikat di Turki

Untuk mula mendaftarkan sebuah syarikat di Turki, para pelabur perlu memenuhi keperluan-keperluan di bawah:

  • Menurut Peraturan Pendaftaran Perniagaan, perniagaan perlu menghantar memorandum dan artikel persatuan secara online melalui Sistem Rakaman Pendaftaran Pusat (MERSIS).
  • Pelabur kemudian perlu melaksana dan mengesahkan segala dokumen syarikat. Dokumen yang disahkan perlu mengandungi artikel persatuan, perisytiharan yang ditandatangani, salinan deklarasi pengasas, surat penerimaan oleh pengurus, salinan power of attorney yang memberi keizinan kepada dokumen dan salinan kad pengenalan para pengurus dan pemegang saham. Kesemua dokumen ini perlu disahkan sebelum penghantaran.
  • Pelabur seterusnya perlu mendeposit peratusan modal kepada akaun Pihak Berkuasa Persaingan.
  • Pelabur kemudian perlu mendeposit sekurang-kurangnya 25% modal permulaan ke dalam bank dan mendapatkan bukti transaksi tersebut.
  • Pelabur perlu memohon bagi pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Perdagangan.
  • Pelabur kemudian perlu mendapatkan buku undang-undang mereka yang diperakukan oleh Notari Awam.
  • Pelabur kemudian harus membuat tindakan susulan dengan pejabat cukai berkaitan notifikasi penubuhan syarikat oleh Pendaftaran Komersil.

Untuk bantuan bagi memulakan langkah mendaftar syarikat di Turki, hubungi 3E Accounting untuk mengetahui selanjutnya bagaimana kami dapat menghulurkan pertolongan.