This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))
Daftar Syarikat di Malta
Mengapa Mendaftar Syarikat di Malta?
Sebagai sebuah negara merdeka yang kecil yang terletak di tengah-tengah Mediterranean di Eropah, pulau Malta juga merupakan negara anggota terkecil EU. Walau bagaimanapun, fakta tersebut tidak menghalang Malta meningkat sebagai salah satu tempat pelaburan pilihan di dunia.
Sistem cukai yang menarik telah menjadi faktor utama yang menarik minat pelabur asing ke negara tersebut. Malah, pelabur asing dapat menikmati faedah rejim cukai yang sangat baik, yang diterima oleh EU. Di samping itu, kos hidup yang agak rendah, persekitaran hidup dan iklim yang baik merupakan manfaat lain yang dinikmati oleh warga asing di Malta. Tidak dinafikan, ekonomi yang berkembang pesat di Malta telah mendorong ramai pelabur asing untuk mendaftarkan sebuah syarikat di pulau ini.
Bagaimana Mendaftar Syarikat di Malta?
Ramai yang bersetuju bahawa pendaftaran syarikat di Malta hadir dengan pelbagai kelebihan. Rejim cukai yang berasaskan sistem imputasi penuh (full imputation) dan polisi pulang balik cukai telah menarik ramai pelabur bagi meluaskan portfolio perniagaan di negara tersebut. Tambahan lagi, prosedur pendaftaran syarikat di Malta amat jelas dan boleh dilakukan dalam tempoh 2 hari bekerja.
Di sini disediakan tutorial pantas tentang pendaftaran syarikat di Malta.
- Tentukan jenis perniagaan:
- Syarikat liabiliti terhad persendirian – Syarikat liabiliti terhad swasta merupakan jenis kenderaan perniagaan yang paling banyak terdapat di Malta. Modal saham minimumnya adalah pada kadar 1,165 euros dengan 2 pemegang saham, 1 pengarah, 1 setiausaha syarikat dan pejabat berdaftar diperlukan bagi pendaftaran.
- Syarikat liabiliti terhad awam – Syarikat liabiliti terhad awam memerlukan minimum 2 pemegang saham dengan modal saham terendah pada kadar 46,600 euros. Jenis syarikat ini boleh meniagakan sahamnya di Bursa Saham Malta.
- Perkongsian – Dua jenis perkongsian usahawan asing tersedia di Malta: perkongsian umum dan perkongsian terhad.
Selain syarikat yang disenaraikan di atas, syarikat-syarikat asing boleh memilih menubuhkan sama ada syarikat subsidiari atau pejabat cawangan. Perlu diketahui bahawa subsidiari boleh didaftar dibawah salah satu jenis syarikat liabiliti terhad yang tersedia di Malta.
- Namakan perniagaan:
- Lakukan carian nama bagi nama syarikat yang dicadangkan bagi menyemak ketersediaannya.
- Simpan nama syarikat dengan Pendaftar Komersial Malta.
- Sediakan dokumen-dokumen penting:Dokumen-dokumen terpenting termasuk juga memorandum dan artikel persatuan, yang perlu mengandungi:
- Jenis perniagaan
- Nama dan kediaman pemegang saham,
- Nama syarikat
- Alamat sah bagi pejabat berdaftar di Malta,
- Matlamat aktiviti,
- Modal saham,
- Senarai pengarah (jumlah dan nama-nama),
- Nama dan kediaman setiausaha syarikat.
- Depositkan modal saham minimum
- Failkan permohonan dengan Pendaftar Perdagangan:Borang pendaftaran syarikat yang diisi, bersama-sama dengan memorandum dan artikel persatuan serta resit bank yang mengesahkan deposit modal saham perlu diserahkan kepada Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Malta. Proses pendaftaran mengambil masa 2 ke 3 hari dengan yuran pendaftaran perlu diselesaikan (bergantung saiz syarikat).Akhir sekali, syarikat berdaftar perlu mendapatkan lesen perniagaan dan mendaftar untuk percukaian dan VAT dengan pihak berkuasa Malta.
Akhir kata
Tak disangkal lagi, Malta bukan hanya sebuah pulau tetapi bintang yang semakin bersinar dan salah satu dari titik hangat yang menjadi pilihan pelaburan di dunia. Sekiranya anda merancang meluaskan perniagaan, mengapa tidak pertimbangkan Malta sebagai sebuah papan anjal bagi memasuki pasaran luas EU?
Untuk memohon sebut harga dan maklumat lanjut tentan Pendaftaran Syarikat di Malta, sila emel kami di [email protected] dan kami akan membalas dengan segera dalam tempoh 24 jam.