This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Anda Perlu Tahu Bagaimana Mendaftar Syarikat Di Macedonia

Daftar Syarikat di Macedonia Negara tanpa pesisir pantai Macedonia terletak di Eropah Tenggara. Ia berada di benua Eropah, berjiran dengan negara negara EU di mana Macedonia sendiri merupakan negara calon untuk menyertai Kesatuan Eropah. Walaupun di berada di tengah tanpa pesisir pantai, negara kecil ini tidak jauh ketinggalan berbanding jiran-jirannya. Untuk sebuah negara bersaiz kecil, Macedonia menjadi tarikan bagi pemilik perniagaan yang berpontensi membuka syarikat. Kerana ekonomi dan pengecualian cukai yang menarik kepada para pelabur antarabangsa, Macedonia kini sering muncul dalam senarai destinasi bagi membuka perniagaan. Tambahan lagi, proses mendaftar syarikat hanya memakan masa kurang sehari di Macedonia.

 

Pelaburan Kepada Pelabur

Kerajaan Macedonia telah meletak keutamaan bagi memastikan para pelabur antarabangsa mendapat perkhidmatan terbaik yang diperlukan mereka bagi membuat pelaburan di Macedonia. Bermula daripada pembukaan perniagaan sehingga kepada pembayaran cukai serta budaya perniagaan keseluruhan. Sebagai permulaan, Macedonia memperkenal pengecualian cukai buat para pelabur antarabangsa. Ia juga menetapkan pengecualian bagi perniagaan dan pendapatan hasil daripada industri berteknologi tinggi.

 

Kemudahan Melakukan Proses Pendaftaran Syarikat di Macedonia

Macedonia telah memperkenal sistem pusat sehenti bagi membantu pemilik perniagaan mendaftar syarikat dalam tempoh empat jam. Selain itu, sistem ini merupakan sebahagian daripada budaya Macedonia yang memudahkan perniagaan. Kerajaan Macedonia memastikan bahawa pendaftarann syarikat di Macedonia, tanpa mengira jenis akan memakan masa kurang dari sehari daripada saat anda memohon pendaftaran syarikat. Pemilik perniagaan antarabangsa juga tidak perlu mendapatkan kelulusan khusus selain daripada keperluan umum yang ditetapkan undang-undang.

 

Proses Pendaftaran Syarikat

Bagi mendaftar sesebuah syarikat di Macedonia, langkah pertama ialah mengunjungi Pejabat Pendaftaran Pusat. Di sana anda boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan di satu tempat, dengan berkomunikasi hanya dengan seorang pegawai. Pendaftaran syarikat boleh dilakukan melalui pendaftaran secara online. Sebelum anda mendaftar syarikat, anda perlu memfail permohonan.

Memfailkan Permohonan

  • Tetapkan jenis syarikat yang anda akan mulakan dan daftarkan di Macedonia
  • Jenis kebiasaan ialah Syarikat Liabiliti Terhad (sama ada DOO atau DOOEL)
  • Bagi individu warga asing, salinan pasport pengasas perlu dihantar bersama dokumentasi yang diperlukan.
  • Salinan tersebut perlu diterjemah oleh penterjemah bertauliah.
  • Sediakan Artikel Persatuan dan Memorandum Persatuan yang lengkap dengan butiran pemilik, alamat perniagaan, aktiviti syarikat, modal saham minimum yang dideposit ke dalam akaun bank di Macedonia serta setiausaha syarikat

Pendaftaran Syarikat

  • Bawa semua dokumansi yang telah disiapkan ke pejabat Pendaftaran Pusat dan kemukakannya.
  • Pendaftaran Pusat akan mendaftar syarikat dengan Pendaftar Perdagangan.
  • Sebaik selesai, pemohon perlu membuka akaun bank untuk mendeposit modal saham minimum.
  • Kemudian, mohon lesen dan permit bagi memulakan operasi perniagaan secara sah di Macedonia
  • Akhir sekali, daftar bagi tujuan cukai dan mohon cap syarikat sebaik sahaja anda mendapat Sijil Pemerbadanan.

Daftar Syarikat di Macedonia

Selesai sudah tugas anda. Jika anda memerlukan maklumat lanjut tentang bagaimana mendaftar syarikat di Macedonia, anda boleh menghubungi kami. Kami akan membantu anda serta memenuhi keperluan perniagaan anda, sambil memastikan perjalanan lancar bagi perniagaan anda di Macedonia.