This page is also available in: enEnglish (English)

Daftar Syarikat di Jepun

Japan ternyata menjadi tempat menarik bagi perniagaan, dan jumlah perniagaan yang dimiliki bukan warga Jepun terus meningkat. Jepun merupakan sebuah negara yang indah, dengan teknologi terkehadapan berbanding banyak negara lain di dunia.

Warga asing yang tinggal di Jepun bagi tujuan perniagaan memilih untuk melakukannya di negara ini kerana ia selamat serta terjamin. Negara ini dihubungkan sistem pengangkutan yang baik untuk memudahkan perjalanan, dengan kos yang rendah menjadi suatu bonus atau imbuhan.

 

Mengapa pilih mendaftar syarikat di Jepun

Jepun menjanjikan kepada para pelabur pasaran menarik serta stabil yang berdaya saing di peringkat global. Jepun juga miliki persekitaran, penjagaan kesihatan, Teknologi Maklumat dan industri otomotif yang kompetitif.

Tenaga kerja di Jepun berpendidikan tinggi dan negara ini mementingkan pendidikan di peringkat universiti. Jepun juga dikenali ramai dek kerana etika kerja yang tinggi, memberikan para pelabur akses kepada tenaga kerja yang berdedikasi dan komited untuk melakukan tugasan. Rakyat Jepun berbangga dengan segala kerja yang dilakukan mereka dan sanggup bekerja melebihi masa bagi menggambarkan dedikasi terhadap kerja.

Keluaran Dalam Negara Kasar Jepun pada kedudukan ketiga di dunia dan merupakan salah satu ekonomi utama di benua Asia. Jepun adalah hab teknologi dengan teknologi yang terdapat di sini mungkin tidak ada di tempat-tempat lain di dunia, atau belum diperkenalkan.

Selaku ekonomi ketiga terbesar di dunia selepas AS dan China, infrastruktur mesra perniagaan di Jepun juga dibangunkan dengan baik, memberikan persekitaran perniagaan yang kondusif.

Terdapat lebih dari 20 pelabuhan di Jepun serta lima lapangan terbang antarabangsa. Negara ini juga memiliki jumlah jutawan tertinggi di Asia. Lokasinya strategik, ekonominya terbuka dan Jepun memiliki kelebihan struktur perniagaan yang menjadikannya batu loncatan ideal bagi mendapatkan akses ke pasaran Asia yang lain.

Berbekal segala faktor di atas lebih lagi, ianya amat mudah untuk memahami mengapa Jepun muncul destinasi tarikan kepada para pelabur.

 

Mendaftar syarikat di Jepun – Apa perlu anda pertimbangkan

Untuk memulakan pendaftaran sebuah syarikat di Jepun, langkah-langkah berikut perlu dipenuhi terlebih dahulu:

  • Cari lokasi yang sesuai untuk pangkalan pejabat anda dan perolehi alamat syarikat untuk pendaftaran
  • Sediakan Artikel Penubuhan, dan ianya penting kerana bakal menentukan bagaimana syarikat akan diuruskan.
  • Pastikan Artikel Penubuhan dapat disahkan, yang boleh dilakukan di Pejabat Notari
  • Sediakan modal permulaan yang perlu disediakan
  • Sediakan dokumentasi untuk pendaftaran syarikat
  • Failkan permohonan pendaftaran syarikat di Pejabat Pendaftaran

 

Sebaik pendaftaran syarikat telah berjaya diselesaikan, anda akan memperoleh sijil pendaftaran dan sijil meterai syarikat, yang mana kedua-duanya diperlukan di pelbagai tempat dalam situasi perniagaan yang berbeza.

Proses pendaftaran di Jepun biasanya mengambil masa antara dua minggu hingga empat minggu. Terdapat kemungkinan proses pendaftaran boleh mengambil masa lebih lama daripada yang dijangka jika pelabur tinggal di luar negara dan tidak berpusat di Jepun pada masa pendaftaran.

Untuk permintaan sebut harga dan maklumat lanjut mengenai Daftar Syarikat di Jepun, sila e-mel kepada kami di info@3ecpa.com.my dan kami akan menjawab dengan segera dalam tempoh 24 jam.