This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Mendaftar Syarikat Di Latvia Tanpa Berdepan Sebarang Kesulitan.

Mendaftar Syarikat di Latvia Syarikat permulaan kini sedang bercambah di Latvia, dan anda tertanya-tanya mengapa tidak anda mendaftar sebuah syarikat di Latvia dan menyaksikannya sendiri. Tetapi tunggu dahulu kawan! Sebelum anda memulakan penerokaan, berehat sebentar dan baca dahulu sebelum anda mendaftarkan syarikat di Latvia.

 

Mengapa Latvia Tumpuan Perniagaan?

Terletak dengan strategik di Eropah Timur, Latvia berjiran dengan Estonia, Lithuania, Russia dan Belarus. Dengan alam semulajadi terpelihara, iklim bermusim Latvia yang sederhana menarik pengunjung yang cintakan alam sekitar serta juga gaya hidup moden. Sudah tentu, sekira anda mengukur rejim cukai keseluruhan Latvia berbanding jirannya, anda dengan serta-merta dapat lihat mengapa ianya begitu mengujakan.

 

Faedah Perniagaan Apabila Anda Mendaftar Syarikat di Latvia

Selain itu, kerajaan Latvia sering kali menyokong pembangunan bagi Teknologi Maklumat, tenaga hijau, pengeluaran makanan moden dan industri kreatif. Di sebalik penggunaan bahasa ibunda Latvia ketika mengisi borang, iklim perniagaan di sana bercirikan Barat. Menggaji pekerja tempatan merupakan bonus kerana anda akan bertemu tenaga kerja dengan kebolehan dalam pelbagai bahasa. Maka, kemungkinan perniagaan anda bakal berkembang tidak terbatas. Kerajaan Latvia juga menyokong perusahaan kecil dan sederhana atau syarikat permulaan. Kerajaan Latvia juga baru baru ini meluluskan undang-undang Bantuan Bagi Aktiviti Syarikat Permulaan. Terdapat juga lain-lain jenis sokongan seperti promosi perniagaan di peringkat antarabangsa, bantuan kewangan dan rangkaian bantuan perniagaan yang menyatukan usahawan paling berpengalaman bagi berkongsi ilmu keusahawanan dan pandangan mendalam.

 

Proses Pendaftaran Perniagaan Di Latvia

Seperti keterangan di atas, warga Latvia menawarkan iklim perniagaan bercirikan Barat. Jadi, sekira anda sudah biasa dengan perihal perniagaan berasaskan Barat, urusan perniagaan di Latvia tentu sekali menyelesakan anda. Di sana terdapat beberapa entiti perniagaan yang dapat anda pilih untuk didaftarkan di Latvia. Ini termasuk:

• SIA – Serupa dengan struktur syarikat liabiliti terhad
• Ahli Perniagaan Individu – pedagang tunggal
• Syarikat Saham Perkongsian
• Perkongsian
• Pejabat Cawangan
• Pejabat Perwakilan

 

Pendaftaran Biasa Oleh Usahawan Asing Di Latvia Ialah SIA atau Syarikat Liabiliti Terhad

  • Sebuah SIA (Syarikat Liabiliti Terhad) merupakan syarikat dengan saham modalnya terbahagi secara sekata di kalangan pemegang saham. Di Latvia, terdapat dua jenis SIA. Kebiasaannya, SIA sering memiliki saham modal €2,800, yang mana pemegang saham tidak berdepan sebarang liabiliti. SIA terkemuka ialah SIA satu euro, yang boleh ditubuhkan individu-individu seramai sehingga lima ahli. One-euro SIA ini meletakkan ahli pengasas sebagai bertanggungjawab ke atas sebarang perkara yang menimpa syarikat. Anda dapat menubuhkan syarikat dengan sedikit pelaburan tetapi akan bertanggungjawab terhadapnya secara penuh. Sebaik sahaja anda memutuskan jenis syarikat untuk didaftarkan, perkara kedua ialah melengkapkan semua borang yang berkenaan.
  • Bersedialah melengkapkan borang sekiranya anda fahami Bahasa Latvia. Jika tidak, anda perlu mendapatkan peguam tempatan atau rakan kongsi berbangsa Latvia bagi membantu usaha anda.
  • Seterusnya bukalah akaun bank bagi syarikat anda. Anda tentu sedar Bahasa Latvia adalah bahasa rasmi, tetapi pihak bank akan mendapatkan penasihat berbahasa Inggeris dalam urusan ini. Kosnya berbeza daripada EUR 0 se-hingga to EUR 15.
  • Akhir sekali, anda kini dapat menghantar semua borang kepada Pendaftar Perniagaan. Yuran pendaftaran SIA di sekitar EUR 170, dan ianya akan mengambil beberapa hari sebelum syarikat anda didaftarkan.

Mendaftar Syarikat di Latvia

 

Jika anda masih ragu-ragu tentang langkah mendaftarkan syarikat anda di Latvia, terus sahaja berhubung dengan kami untuk bantuan. Kami menjamin kualiti terbaik dalam perkhidmatan bagi memastikan anda dapat memulakan syarikat anda sepantas mungkin.