This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Mengapa Pelabur Memilih Mendaftarkan Syarikat di Azerbaijan
Anda mungkin biasa mendengar nama Azerbaijan kerana ramai pemain catur terkemuka dihasilkan negara tersebut sejak sekian lama. Negara itu juga dikenali dalam bidang sukan antarabangsa yang lain termasuk bola tampar dan bolasepak wanita. Tenis, sukan berbasikal dan sukan permotoran (lumba kereta) juga sering menyaksikan penglibatan negara itu.
Bagaimanapun, Azerbaijan lebih dari sekadar penglibatannya dalam sukan. Negara itu kini membuka pintu kepada pelabur asing dalam usaha meningkat ekonominya. Di sebalik situasi politik di negara tersebut, pelabur asing seakan kepingin melabur di sana. Satu sebabnya ialah kerana sumber bekalan minyak dan gas asli di Azerbaijan, yang juga industri utamanya. Untuk alasan ini, terdapat banyak saluran paip minyak dalam Azerbaijan daripada mana ia mendapat sumbernya. Ini membantu membuka pintu negara tersebut kepada perdagangan asing dalam pelbagai industri-industri lain.
Daftar Syarikat Di Azerbaijan untuk Menceburi Industri Lain
Terdapat industri berbeza yang anda mungkin mahu ceburi dengan mendaftar syarikat di Azerbaijan. Antaranya termasuklah:
- Pelancongan
- Pertanian (termasuk penghasilan wain, hortikultur, penanaman kapas dan tanaman perubatan)
- Perikanan
- Pemprosesan makanan
- Industri pertahanan
- Eksplorasi minyak dan pembangunan, antara lainnya.
Anda tentu gembira mengetahui bahawa kerajaan Azerbaijan telah memudahkan pelabur tempatan dan asing bagi melakukan perniagaan. Pada tahun 2008, laporan “Doing Business” yang dikeluarkan Bank Dunia memuji Azerbaijan selaku “Negara Mencetus Reformasi Tertinggi dari 2007 hingga 2008”. Ini bermaksud bahawa pelabur akan dapat mendaftar syarikat dengan mudah dan pantas di Azerbaijan walaupun mereka baru memulakan perniagaan di sana.
Bagaimana Pelabur Asing Boleh Mendaftar Syarikat di Azerbaijan
Kelengkapan pertama yang anda perlukan sekiranya anda menimbangkan pendaftaran syarikat di Azerbaijan ialah mengemukakan pasport yang sah. Jabatan Pendaftaran Entiti Perundangan di bawah Kementerian Percukaian bertanggungjawab dalam hal ini. Anda kemudian perlu dapatkan borang pendaftaran syarikat yang sah daripada Kementerian Percukaian. Dokumen ini perlu disahkan notari oleh wakil undang-undang syarikat. Terdapat tiga dokumen penting yang perlu ada bagi pemerbadanan syarikat anda. Ini termasuklah Perlantikan Wakil Perundangan, Piagam Pelanggan, dan Resolusi Pemegang Saham bagi penubuhan Syarikat Liabiliti Terhad atau LLC. Jika anda ada rakan kongsi (pemegang saham bersama) dalam syarikat baru itu, anda perlu mengemukakan pasport dan kad identiti sah mereka, sebagai dokumen pemerbadanan. Kerajaan memerlukan lebih maklumat tentang rakan-rakan kongsi anda secara bertulis. Wakil undang-undang syarikat perlu memberi perakuan notari dalam dokumen pemerbadanan. Anda kemudian perlu mengemukakan resit sah bagi yuran pendaftaran negeri serta modal piagam.
Apa Yang Berlaku Sesudah Anda Mendaftar Syarikat di Azerbaijan
Sekiranya anda berjaya mendaftar syarikat di Azerbaijan, anda akan perlu melakukan perkara berikut:
- Dapatkan Tandatangan Mudah Alih bagi Pengarah Syarikat Anda (juga dikenali sebagai pegawai undang-undang syarikat).
- Tandatangan Mudah Alih tersebut bergelar ASAN Imza.
- Dapatkan Cap Mohor Korporat unik syarikat anda.
- Masuki sistem e-percukaian dengan mengunjungi bank tempatan bagi membuka akaun bank syarikat dengan mengemukakan sijil cukai sah.
- Kunjungi pendaftar negeri bagi notis persetujuan pekerjaan untuk mendaftar persetujuan pengambilan Pengarah syarikat anda. Pengarah difahami sebagai wakil perundangan anda.
Satu masalah yang mungkin perlu diselesaikan pelabur asing ialah dalam usaha mendapatkan tenaga kerja berbakat untuk dibawa masuk. Ini mungkin lebih mudah daripada yang anda fikirkan kerana ramai yang berpelajaran tinggi, terutama di bidang sains dan teknologi. Kadar mengenal huruf pula ialah 99.5%, berdasarkan laporan Program Pembangunan United Nations pada tahun 2009. Anda mungkin juga perlukan perkhidmatan penterjemah bahasa, bergantung kepada latar belakang bakal-bakal kakitangan anda.
Konklusi
Negara Azerbaijan telah melakukan perubahan sepanjang sejarahnya untuk sampai kepada keadaan hari ini. Ia telah melepasi bermacam halangan politik dan kekangan di sepanjang jalan. Namun akhirnya kestabilan politik telah dapat dikecapi. Buktinya ialah kadar tinggi pendaftaran perniagaan baru serta kemasukan para pelabur asing.
Apabila anda memerlukan bantuan dalam perkhidmatan perniagaan (termasuklah perkhidmatan kesetiausahaan syarikat), anda dapat hubungi kami di 3E Accounting untuk memulakan syarikat anda. Kami gembira dapat memberikan perkhidmatan kepada anda dan syarikat yang bakal anda terajui di Azerbaijan.