This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))
Mendaftar Syarikat di Seychelles
Seychelles berkembang maju dalam sektor perkhidmatan pelancongan dan kewangan. Sejak negara itu memperkenalkan Akta Syarikat Perniagaan Antarabangsanya pada tahun 1994, Seychelles terus berkembang dan hari ini telah muncul sebagai lokasi yang kompetitif untuk hab penubuhan syarikat luar pesisir.
Apakah kelebihan mendaftar syarikat di Seychelles?
Bagi pelabur antarabangsa yang mahu menubuh dan mendaftarkan perniagaan di negara baru yang asing kepada mereka, ia tentunya berbaloi dengan masa, usaha dan yang paling penting, hasilnya bakal menguntungkan.
Beberapa manfaat yang diperoleh oleh pelabur antarabangsa dengan mendaftarkan sebuah syarikat di Seychelles termasuklah faedah cukai yang amat baik, kerahsiaan tinggi untuk perniagaan dan perlindungan aset. Seychelles juga merupakan sebuah negara yang memiliki sistem infrastruktur yang baik dengan perkhidmatan telekomunikasi luar biasa yang ditawarkan, yang merupakan berita baik bagi pelabur kerana ianya membantu meningkatkan kadar kejayaan perniagaan.
Seychelles juga menempatkan pelbagai bank antarabangsa di mana syarikat perniagaan antarabangsa yang berdaftar di Seychelles tidak mempunyai liabiliti cukai. Di samping itu, mendaftarkan sebuah syarikat di Seychelles tidak memerlukan keperluan modal saham minimum.
Satu lagi faedah utama dalam mendaftarkan sebuah syarikat di Seychelles bagi para pelabur antarabangsa adalah tiada kawalan tukaran asing, yang membolehkan dana mudah dipindah masuk dan keluar negara. Tiada audit atau pengembalian cukai yang perlu diserahkan oleh syarikat yang didaftarkan di Seychelles.
Apakah prosedur mendaftarkan syarikat di Seychelles?
Pendaftaran sebuah syarikat di Seychelles boleh dibahagikan kepada langkah berikut:
- Pastikan keunikan nama syarikat yang dicadangkan sebelum meneruskan pemerbadanan. Setiap nama syarikat mestilah unik dan tidak digunakan oleh syarikat atau entiti perniagaan lain.
- Dapatkan pengesahan bagi dokumen Memorandum Persatuan. Walaupun ini tidak dikehendaki oleh undang-undang Seychelles, syarikat masih memilih untuk melakukannya sebelum mengemukakan dokumen mereka kepada Pendaftar Syarikat untuk proses pemerbadanan.
- Dokumentasi kemudian didepositkan di Bahagian Syarikat bagi Ketua Pendaftar untuk duti setem dan penilaian yuran pendaftaran. Syarikat dikehendaki mengemukakan Memorandum dan Artikel Persatuan kepada Pejabat Pendaftaran Syarikat bagi tujuan penilaian duti setem, dan proses ini biasanya mengambil masa purata empat hingga enam hari.
- Selesaikan bayaran untuk duti setem dan yuran pendaftaran.
- Dapatkan perakuan pemerbadanan semasa pendaftaran memorandum syarikat di Bahagian Syarikat Ketua Pendaftar.
- Failkan butir-butir dan maklumat para pengarah, setiausaha syarikat dan pejabat berdaftar. Syarikat dikehendaki mengemukakan maklumat dalam tempoh 14 hari dari pelantikan pengarah syarikat.
- Perolehi lesen perniagaan yang diperlukan dari Pihak Berkuasa Perlesenan Seychelles.
- Daftar cukai di Suruhanjaya Pendapatan. Semua perniagaan baru dikehendaki berbuat demikian dalam tempoh 14 hari dari masa perniagaan memulakan operasi.
- Daftar sebagai majikan dengan Dana Pencen. Semua perniagaan baru dikehendaki berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari selepas mengambil pekerja baru dan menyumbang 2% daripada gaji ke arah pembayaran keselamatan sosial bagi setiap pekerja.
.
Untuk memohon sebut harga dan maklumat lanjut tentang Pendaftaran Syarikat di Seychelles, sila emel kami di info@3ecpa.com.my dan kami akan membalas dengan segera dalam tempoh 24 jam.