This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Daftar Syarikat Di Republik Dominica Dengan 3E Accounting
Syarikat asing diberi peluang bagi melakukan urusan perdagangan dalam sempadan Republik Dominic atau menubuhkan pejabat cawangan mahupun establishmen tetap dalam wilayah negara ini. Proses mendaftar syarikat di Republik Dominica adalah agak mudah dan terdapat beberapa kelebihan yang hadir bersamanya.
Daftar Syarikat di Republik Dominica
Terdapat beberapa jenis perbadanan yang boleh didaftar di Republik Dominica. Pertama ialah syarikat liabiliti terhad (LLC). Ini memerlukan sekurang-kurangnya seorang pengarah dan dua orang pemegang saham. Adalah lebih baik bagi para usahawan menubuhkan perniagaan kecil kerana modal saham berbayar yang lebih rendah pada kadar US$2,300. Satu lagi pilihan ialah syarikat berhad yang dipermudahkan (SLC). Ianya merupakan entiti perniagaan hibrid yang digunakan para usahawan yang mahu meraih dana dalam negara tetapi tidak mahu peraturan kompleks berhubung pengeluaran saham baharu. Sebuah SLC harus terdiri dari seorang pengarah dan dua orang pemegang saham.
Bayaran minimum US$6,800 juga diperlukan, dengan 10% perlu dibayar bagi penubuhan perniagaan di Republik Dominica. Sekurang-kurangnya 2 orang pemegang saham diperlukan bagi menubuh syarikat awam berhad (PLC). Sebuah PLC perlu melantik minimum 3 orang pengarah. Saham modal yang sah sebanyak US$68,000 diperlukan, dengan 10% perlu dibayar dalam urusan pemerbadanan. Saham-saham tersebut boleh dipindahkan secara bebas kepada pihak ketiga, namun begitu, adalah mandatori bagi PLC melantik juruaudit berkanun.
Butiran Lanjut
Para pemegang saham dan pengarah sesebuah LLC, SLC dan PLC perlulah terdiri individu atau badan korporat dan mungkin dari mana-mana kerakyatan. Cawangan boleh ditubuhkan oleh syarikat asing yang merancang menubuhkan entiti tetap di Republik Dominica. Pejabat cawangan perlu melantik seorang individu dari mana-mana kerakyatan agar menjadi wakil di Republik Dominica. Selain itu, syarikat asing yang menubuhkan pejabat perwakilan (RO) tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti komersil. Sama seperti cawangan, RO perlu melantik seorang perwakilan pemastautin dengan mana-mana kerakyatan. Sebuah RO hanya boleh melakukan penyelidikan pasaran dan aktiviti promosi untuk produk dan perkhidmatan yang dibekal syarikat induk. Kerangka masa bagi urusan pemerbadanan adalah 4 ke 9 minggu. Tempoh selama 3 hingga 4 minggu juga diperlukan bagi membuka akaun bank syarikat.
Mengapa Melabur di Republik Dominica?
Pendidikan mampu dimiliki di Republik Dominica, tidak seperti di lain lain negara Amerika Latin. Walaupun pendidikan tidak dapat diakses di kawasan pedalaman, Republik Dominica tidak kekurangan bakat. Selain pertambahan kolam bakat yang tersedia kepada para majikan, persekitaran perniagaan juga memberi kelebihan kepada Republik Dominica. Republik Dominica memiliki ekonomi terbesar di rantau kepulauan Caribbean dan Amerika Tengah. Tidak terkecuali juga zon dagangan bebas dengan Amerika Utara & Tengah serta Eropah yang memberi keuntungan kepada Republik Dominica. Ini memberikan kelebihan ketara kerana kedudukan geografinya. Ianya adalah lokasi ideal di antara Amerika Syarikat dan Eropah yang menjadi hab strategik bagi urusan perdagangan.
Disebabkan pelbagai faedah, terdapat banyak peluang perniagaan di sini. Tidak lupa juga lambakan bakat bakat tempatan yang mendiami pulau-pulau di sini, di mana mereka rajin dan dengan bakat yang berkembang, mempunyai potensi bagi merancakkan pertumbuhan Republik Dominica dalam menarik usahawan dan ahli perniagaan. Proses pendaftaran syarikat di Republik Dominica adalah agak mudah apabila dipecah-pecahkan tetapi mungkin menjadi renyah dan kompleks. Kami memberikan perkhidmatan bagi memudahkan integrasi anda ke dalam ekonomi Republik Dominica, sekiranya anda memerlukan bantuan dan perkhidmatan. Emel kami sekarang!