This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Daftar Syarikat Di Nigeria – Panduan Dari Profesional Kami tentang Kaedah Permulaan

Daftar Syarikat di Nigeria Nigeria, dengan pendapatan pertengahan, ekonomi bercampur campur dan pasaran yang semakin berkembang hari ini melihat peningkatan syarikat syarikat permulaan. Tetapi, kerana kekangan dana, ramai usahawan memilih untuk menjalankan perniagaan tidak berdaftar bagi menjimatkan kos. Ramalan menunjukkan bahawa Pengeluaran Dalam Negara Kasar Nigeria tumbuh 1.9% pada 2018 berbanding tahun 2017. Kadar ini merupakan satu per sepuluh dari satu peratus lebih tinggi berbanding angka 0.8% yang diterbitkan pada 2017. Kestabilan Nigeria, dengan kelas pengguna semakin berkembang, demografik yang baik dan persekitaran yang mesra pelabur asing menunjukkan bahawa negara itu jauh lebih terbuka bagi perniagaan.

 

Kelebihan Mendaftar Syarikat Di Nigeria

Bagi para pelabur berpotensi yang memikirkan ingin terjun ke pasaran Nigeria, terdapat beberapa kelebihan yang menanti anda apabila melakukan perniagaan di negara tersebut merangkumi:

  • Identiti dan perlindungan yang unik
  • Perlindungan dari liabiliti peribadi
  • Iklim serius yang menarik lebih ramai pelanggan
  • Akses mudah kepada pinjaman bank dan pelaburan dari pelabur
  • Kelangsungan perniagaan jika anda meninggal dunia dan waris yang anda namakan boleh memiliki perniagaan secara sah.
  • Hak menggunakan kelebihan kerajaan seperti cagaran dan insentif cukai.

 

Cabaran Melakukan Perniagaan di Nigeria

Laporan Bank Dunia Bagi Kemudahan Melakukan Perniagaan menyenaraikan Nigeria di tangga ke 169 di dunia daripada 189 negara pada tahun 2016 di mana 80% perniagaan baru dan syarikat permulaan di Nigeria gagal dalam tempoh tiga tahun pertama. Antara cabaran melakukan perniagaan di Nigeria termasuklah akses kepada modal dan pinjaman. Kurangnya modal kewangan merupakan cabaran terbesar di dalam mendaftarkan perniagaan di Nigeria.

Di Nigeria, memiliki akses kepada bekalan elektrik dan kuasa berterusan mendatangkan kerumitan bagi perniagaan di Nigeria yang menyebabkan sumber kuasa alternatif seperti contoh janakuasa menjadi pilihan.

Seterusnya, peraturan Kerajaan yang berniat mengawal perniagaan dan memastikan mereka menurut ketetapan yang ada. Undang-undang membimbing perniagaan dikenali sebagai Akta Perkara Syarikat dan Sekutu (CAMA).
Korupsi dan rasuah menjadi penghalang utama di Nigeria. Pada 2013, Indeks persepsi rasuah Transparency International menyenarai Nigeria di tangga 14 negara paling korup di dunia.

 

Bagaimana Mendaftar Syarikat Di Nigeria

Bagi mendaftar syarikat di Nigeria, anda perlu terlebih dahulu menentukan apakah entiti sah yang anda mahu. Entiti sah yang biasa terdapat di Nigeria adalah nama perniagaan berdaftar (seringkali pemilikan tunggal dan perkongsian), syarikat liabiliti terhad (persendirian atau awam) dan Amanah atau Syarikat Terhad dengan Jaminan yang diperbadankan (untuk pertubuhan bukan mencari keuntungan)

Kita kemudian pergi ke peringkat seterusnya iaitu menentukan nama. Langkah pertama ialah melakukan carian nama yang tersedia dan membuat tempahan di Suruhanjaya Hal Ehwal Korporat (CAC) serta melengkapkan dokumen CAC anda.

Setelah dokumen disiapkan, mereka akan menghantar FIRS bagi penilaian dan urusan setem.

Peringkat terakhir akan menyaksikan dokumen anda dihantar untuk pengesahan CAC dan pemfailan. Jika tiada sebarang masalah, anda boleh menerima sijil asli pemerbadanan anda serta salinan asal sijil yang dibayar kepada CAC yang disahkan dalam tempoh beberapa minggu.

Untuk maklumat lanjut dan panduan tentang kaedah mendaftar syarikat di Nigeria, hubungi kami di 3E Accounting untuk bimbingan selanjutnya.

Untuk memohon sebut harga dan maklumat tambahan tentang Pendaftaran Syarikat di Nigeria, sila emel kami di [email protected] dan kami akan kembali kepada anda dalam masa 24 jam.

Daftar Syarikat di Nigeria