This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Daftar Syarikat di Myanmar
Myanmar turut dikenali sebagai Burma. Selepas lebih 50 tahun dalam pengasingan, negara itu kini sedang berkembang di peringkat pasaran global dengan ekonominya terus meningkat. Sebuah negara yang diberkati dengan banyak sumber semula jadi dan penduduk lebih dari 50 juta orang, Myanmar menawarkan banyak potensi bagi pelabur yang ingin memulakan perniagaan dengan mendaftarkan sebuah syarikat di Myanmar.
Walaupun negara itu masih belum berkembang, peluang untuk pelabur tidak berkurangan tetapi hanya sedikit mencabar. Ia hadir dengan risiko sendiri dan pelabur yang mendaftarkan sebuah syarikat di Myanmar perlu membangunkan pelan perniagaan jangka panjang yang akan menyediakan perniagaan dengan baik untuk menghadapi cabaran ketika beroperasi di Myanmar.
Faedah dan Kelebihan Memulakan Perniagaan di Myanmar
Walau terdapat cabaran, syarikat yang mendaftar di Myanmar mempunyai kelebihan tersendiri. Lagipun, segala-galanya hadir dengan kebaikan dan keburukan dan tidak ada yang dapat mencapai 100% pada setiap masa, terutama dalam persekitaran perniagaan.
Sebahagian daripada kelebihan mendaftarkan syarikat di Myanmar termasuklah:
- Negara ini mempunyai pertumbuhan ekonomi yang kukuh hingga hari ini yang terus berkembang, satu perkara yang baik untuk perniagaan baru
- Terdapat permintaan yang semakin meningkat di Myanmar untuk lebih banyak produk, peralatan dan perkhidmatan yang disebabkan pelaburan asing yang masuk lebih dahulu
- Myanmar punyai populasi kelas menengah yang semakin meningkat
- Negara ini diberkati dengan banyak sumber semula jadi
- Myanmar telah terbukti dari sudut kapasiti pertaniannya
- Negara ini juga komited untuk pembaharuan politik dan ekonomi
Cabaran yang hadir dalam memulakan perniagaan di Myanmar
Dan setelah kita melihat manfaatnya, kini tiba masanya untuk melihat kekurangan di Myanmar. Faktor negatif dalam memilih untuk mendaftarkan perniagaan di Myanmar termasuk:
- Risiko politik yang terlibat
- Walaupun Kesatuan Eropah mengalihkan sekatan perdagangan di Myanmar pada tahun 2013, terdapat sekatan yang masih wujud
- Malangnya, rasuah masih berleluasa di Myanmar di semua peringkat ekonomi yang menjadikan ketekunan wajar lebih penting daripada sebelumnya
- Infrastruktur Myanmar belum berkembang sepenuhnya dan masih ada perkara yang boleh diperbaiki
Mendaftarkan Syarikat di Myanmar – Perkara yang perlu pertimbangan semasa peringkat awal
Adalah dinasihatkan agar para pelabur asing mendapatkan bantuan perkhidmatan profesional bagi membantu mereka mengemudi proses pendaftaran. Terdapat 2 peringkat untuk menubuhkan sebuah syarikat:
- Dapatkan permit memulakan perniagaan
- Daftarkan syarikat tempatan
Perniagaan yang didaftarkan di Myanmar perlu membayar modal sebanyak USD50,000, 50% daripadanya mesti dihantar ke akaun bank tempatan sebelum permit kelulusan boleh dikeluarkan..
Kesemua perniagaan mesti mematuhi undang-undang buruh tempatan jika mereka merancang untuk menggunakan khidmat kakitangan Myanmar dalam perniagaan mereka. Perniagaan perlu juga mematuhi undang-undang cukai tempatan, dan anda perlu melantik perunding cukai yang berkelayakan untuk membimbing dan menasihatkan anda tentang proses tersebut.
Dan yang terakhir, pelabur asing perlu memperoleh visa dan permit kerja yang sesuai sebelum memulakan operasi perniagaan di Myanmar.
Untuk memohon sebut harga dan maklumat lanjut tentan Pendaftaran Syarikat di Myanmar, sila emel kami di [email protected] dan kami akan membalas dengan segera dalam tempoh 24 jam.