This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Daftar Syarikat di Mozambique Dengan 3E Accounting
Pendaftaran sebuah syarikat di negara asing bukan tugas yang mudah, termasuklah di Mozambique. Ia merupakan ekonomi yang berkembang pesat dengan kemungkinan besar menjadi pengeskport utama dunia bagi arang batu dan gas asli di masa depan terdekat. Bagaimanapun, kemiskinan ekstrem memberi kesan kepada majoriti populasi yang seterusnya mengekang peluang pasaran. Namun demikian, perkembangan ekonomi masih menjadikan usaha mendaftar syarikat di Mozambique sebagai satu prospek menarik di kalangan usahawan, meski terdapat risiko.
Mendaftarkan Syarikat Di Mozambique
Terdapat dua jenis perbadanan yang boleh didaftarkan di Mozambique. Pertama ialah syarikat liabiliti terhad (LLC) dan keduanya ialah cawangan sesuatu perbadanan ataupun syarikat. Syarikat liabiliti terhad (LLC) boleh ditubuhkan dengan minima dua orang pemegang saham dan tidak memerlukan modal saham minima. Sebuah LLC juga boleh diurus oleh seorang atau dua orang pengurus. Manakala cawangan pula perlu didaftar dengan Kementerian Perdagangan dan Industri. Matlamat cawangan seringkali ialah bagi melaksana kontrak tertentu serta aktiviti yang dibenarkan di bawah lesen yang diluluskan, yang dikekang oleh kontrak.
Lesen tersebut diperlukan bagi menjalankan operasi di Mozambique, yang boleh didapati daripada Permit yang dikeluarkan oleh pusat sehenti (BAU) yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Industri. Kerangka masa yang diperlukan bagi usaha pemerbadanan ialah 5 hingga 8 minggu. Masa bagi pembukaan akaun bank korporat ialah 2 hingga 3 hari. Ia memerlukan kos pada anggaran USD20,700 bagi usaha penubuhan. Pejabat fizikal tidak diperlukan. Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian ialah kadar cukai korporat pada 32 peratus. Di bawah undang undang Mozambique, warga asing boleh memiliki pegangan syarikat 100 peratus. Memorandum dan Artikel Pertubuhan akan diperolehi termasuk juga sijil pendaftaran cukai.
Mengapa Melabur Di Mozambique?
Situasi ekonomi yang berkembang pesat di Mozambique memberi faedah besar buat para usahawan dan pemilik perniagaan. Ekonomi yang bercambah adalah situasi ideal bagi usahawan berpotensi. Industri minyak dan gas asli juga merupakan alasan baik bagi melakukan pelaburan. Mozambique merupakan pemegang gas asli cecair (LNG) ketiga terbesar di Afrika. Peluang pelaburan di sekeliling industri gas asli terdapat di pelbagai bidang seperti pembekalan kelengkapan dan infrastruktur yang diperlukan dalam pengeluaran LNG. Tidak lupa juga industri pelombongan. Mozambique memiliki deposit komersil yang penting bagi arang batu, batu permata dan grafit. Ia turut memiliki antara deposit arang batu yang belum digali terbesar di dunia. Pada masa ini, sebuah syarikat dari Brazil telah membuat pelaburan terbesar dalam lombong arang batu coking, yang membawa kepada lebih banyak pelaburan dari Australia dan India.
Pelombongan dan kelengkapan penapisan, khidmat dan mesin penyenggaraan, kelengkapan automasi dan lain-lain perkhidmatan yang meningkat keberkesanan akan mendapat banyak permintaan, sekaligus memberi peluang pelaburan kepada syarikat dengan kemahiran yang diperlukan. Pelancongan terus menjadi sumber penting bagi perniagaan inklusif serta pengurangan kemiskinan di Mozambique. Sektor ini menampilkan kebolehsaingan, meluaskan peluang ekonomi dan membuka laluan kepada masa depan yang lebih baik. Ini dapat digunakan bagi menyalur sumber sumber daripada golongan kaya kepada golongan miskin. Selain itu, Mozambique mengunapakai kaedah unilateral bagi mengelakkan pengenaan cukai pendapatan dua kali kepada syarikat pemastautin dan establishmen tetap bagi syarikat bukan pemastautin. Ini menghasilkan iklim perdagangan yang amat baik bagi banyak syarikat.
Proses mendaftarkan sebuah syarikat di Mozambique agak mudah sekira dipecah-pecahkan tetapi ia juga boleh menjadi agak panjang dan rumit. Kami menyediakan perkhidmatan ini untuk mempermudahkan integrasi anda ke dalam ekonomi di Mozambique, sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan atau perkhidmatan.