This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Mali Hari Ini Telah Matang Dan Mengalu-alukan Rakan Perniagaan Asing Dengan Tangan Terbuka

Daftar Syarikat Di Mali Hampir separuh daripada keluasan negara ini terdiri daripada gurun Sahara. Hanya suku daripadanya menerima taburan hujan secukupnya bagi membolehkan aktiviti pertanian. Panas dan kontang, warga Mali tinggal berhampiran tebing sungai yang mengalir di Mali. Tanpa sebarang pesisir pantai, Mali hanya dihubungkan dengan perairan terdekat melalui pelaburan di negara jiran. Mali merupakan antara negara termiskin. Namun kemiskinan tidak bermakna ia kekurangan daripada segenap aspek. Kerajaan Mali melakukan yang terbaik bagi menggalakkan perniagaan di negara itu. Daftarkan syarikat di Mali bagi mengetahui jika idea perniagaan anda dapat berkembang pesat.

 

Mali Pada Hari Ini

Mali berada pada situasi hari ini dengan menandatangani pelbagai perjanjian dengan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Perjanjian ini telah menghasilkan reformasi ekonomi di Mali. Kerajaan Mali telah menjalankan program perubahan ekonomi bagi meningkat keadaan sosial dan ekonominya. Hampir kesemua perniagaan tertumpu di bandar terbesar di Mali, Bamako. Kebanyakan warganya turut berhijrah ke pusat bandar daripada bahagian-bahagian lain di Mali. Maka, populasi Mali telah meningkat secara berterusan. Sebahagian besar komuniti di Mali adalah pada peringkat usia muda, maka usaha mendapatkan tenaga kerja tempatan bagi mengembangkan perniagaan anda merupakan satu bonus.

 

Mali Terbuka Bagi Perniagaan

Negara seperti Mali menawarkan banyak peluang sekiranya anda berani berdepan cabaran. Pemacu utama ekonominya ialah pertanian. Kerajaan Mali mengalu-alukan dan menyokong entiti perniagaan asing yang ingin bertapak di Mali. Ia tidak menghalang pengambilan pekerja asing mahupun tempatan tetapi menggalakkan perniagaan memberi peluang pekerjaan kepada warga tempatan. Pendidikan tempatan agak baik dengan semua kanak-kanak Mali belajar hingga ke tahun enam bagi pendidikan rendah dan seterusnya menyambung sehingga tingkatan enam di sekolah menengah. Telekomunikasi di Mali berkembang secara aktif dari sudut komunikasi mudah alih dan internet. Kewangannya juga aktif kerana hari ini terdapat banyak kejayaan yang dicatat perniagaan di negara ini. Walaupun perniagaan anda terletak di tengah-tengah Mali, anda berpeluang memasuki pasaran lain di Afrika kerana Mali merupakan ahli Komuniti Ekonomi Negara Negara Afrika Barat.

 

Pendaftaran Syarikat

Bagi mendaftar sebuah syarikat di Mali, anda perlu memahami dan menavigasi melalui undang-undang perniagaan tempatan mereka. Aktiviti pendaftaran syarikat dilakukan di pusat sehenti Agensi Penggalakkan Pelaburan Mali (MIPA). Terdapat beberapa jenis syarikat yang boleh didaftarkan. Berikut adalah senarai syarikat-syarikat:

  • Pedagang Individu (Pemilikan Tunggal)
  • Syarikat Liabiliti Terhad
  • Syarikat Awam Berhad

Syarikat yang biasa didaftar ialah Syarikat Liabiliti Terhad (LLC). Selaku seorang usahawan yang berpengalaman mengembangkan perniagaan, anda mungkin telah bersedia dengan dokumen-dokumen berikut.

  • Memorandum Artikel-Artikel
  • Artikel Pertubuhan
  • Tandatangan para pemegang saham

Apabila anda telah berjaya menyiapkan dokumen-dokumen tersebut, anda telahpun hampir selesai. Ayuh mulakan langkah-langkah seterusnya.

  • Lakukan pemeriksaan rekod jenayah.
  • Dapatkan sijil kelahiran atau dokumen pengenalan sah seperti pasport
  • Buka akaun bank
  • Depositkan modal saham
  • Di hadapan notari awam, tandatangani artikel pertubuhan
  • Seterusnya, isi borang permohonan dan serahkan kepada MIPA agar dokumen diperiksa
  • Jika segalanya baik, anda dikehendaki membayar yuran. Kadar yuran bergantung kepada jenis syarikat
  • Permohonan anda akan disahkan dan difailkan
  • Akhirnya, apabila perniagaan didaftarkan, anda boleh melakukan langkah selanjutnya yang diperlukan.

Daftar Syarikat Di Mali

Dapatkan Bantuan Profesional

Mali mungkin bakal membuka peluang baru bagi perniagaan anda. Hubungi kami bagi pendaftaran syarikat di Mali. Maka anda dapat tumpukan kepada pelan strategi perniagaan anda bagi pasaran di Afrika Barat dan selanjutnya.