This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Kelebihan Utama Apabila Anda Mendaftar Syarikat di Maldives

Register Company in the MaldivesApabila orang mendengar nama Maldives, mereka sering teringatkan negara pulau kecil dikelilingi perairan Lautan Hindi. Ia salah sebuah destinasi paling menjadi idaman di Asia kerana perairannya yang kebiruan, pantai memutih serta persekitaran yag bersih.

Tetapi Maldives lebih daripada sekadar kaya dengan khazanah alam semulajadi. Ia juga negara maju dengan KDNK per kapita mencecah USD 10,330, yang direkod pada 2018. Pertumbuhan ekonominya seringkali dikaitkan dengan sektor pelancongan dan perikanan.

Oleh kerana kelebihan inilah maka personaliti perniagaan dari serata dunia mengintai peluang membuka perniagaan di Maldives. Adakah anda juga merancang memulakan dan mendaftar perniagaan ke seberang? Berikut adalah alasan-alasan mengapa anda perlu mendaftar syarikat di Maldives.

Mengapa Mendaftarkan Syarikat di Maldives?

 

Kestabilan Ekonomi

Selaku pemilik perniagaan, keutamaan teratas anda ialah mengetahui sama ada perniagaan anda berpotensi mencatat pertumbuhan. Dan Maldives memberikan pelabur peluang itu dengan persekitaran ekonominya. Berkat persekitaran perniagaan yang bebas, sektor swasta yang dinamik, dan struktur perundangan yang baik, Maldives begitu kondusif bagi perniagaan dan pelaburan.

Selaku negara yang dikenali bagi sektor pelancongannya, ia menjadi tempat terbaik untuk melabur jika anda mahu maju dalam sektor tersebut. Kebanyakan pelabur tertumpu ke arah Maldives untuk terjun dalam pembangunan resort dan lokasi pelancongan. Selanjutnya, pelaburan asing di Maldives kini menumpukan kepada telekomunikasi, perakaunan dan perbankan.

 

Titik Panas Pelancongan

Dengan keindahan semulajadi Maldives, negara itu menarik ramai pelancong saban tahun. Malah ada yang terus tinggal di situ. Sekiranya anda adalah pemilik perniagaan yang mencari kelebihan dalam bidang pelancongan di negara tersebut, maka Maldives sememangnya tempat terbaik bagi pelaburan. Anda boleh bersaing dengan resort yang telah menempa nama di seluruh negara tersebut dengan menawarkan kelebihan yang anda miliki.

Selain itu, kerana kekuatan negara di bidang pelancongan, kebanjiran pelancong menggalakkan lain-lain sektor berkaitan pelancongan. Industri ini termasuklah fotografi, restoran, penerbangan dan sebagainya. Jika anda mahu berskala kecil, ilham perniagaan ini juga adalah baik untuk dilaksanakan.

 

Dasar Mesra Perniagaan

Kerajaan Maldives dengan konsisten mengambil langkah menjadikan negara mesra perniagaan. Secara berterusan, Maldives telah berkembang menjadi destinasi terbaik untuk memulakan perniagaan baru, dan langkah ini dilihat amat efektif dengan negara menyaksikan peningkatan pelaburan asing sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kelulusan dan pemprosesan lesen perniagaan di Maldives tidaklah rumit. Tambahan lagi, peraturan cukai adalah sihat dan tidak menyulitkan para pemilik perniagaan. Keuntungan perniagaan ditetapkan pada 15%. Cukai barang dan perkhidmatan pada kadar 6%, manakala cukai barang dan perkhidmatan pelancongan pada kadar 12%.

 

Akses Visa Mudah

Sekiranya anda telahpun merancang perniagaan anda, anda boleh memasuki negara tersebut dengan mudah selama 30 hari menggunakan visa pelancong. Pada masa ini, anda boleh terus menguruskan model perniagaan serta strateginya. Selain itu, pendaftaran nama syarikat dan urusan mendapatkan permit akan memerlukan anda memohon lesen permit bekerja.

 

Insentif Pelaburan

Dengan agensi-agensi berbeza di Maldives berusaha menjadikan negara tersebut tarikan pelabur, lebih banyak peluang kini tersedia sama ada bagi pelabur tempatan mahupun asing. Kerajaan Maldives menawarkan insentif penggalakkan pelaburan melibatkan semua sektor, kecil mahupun besar, untuk beroperasi di Maldives.

Beberapa insentif pelaburan ini termasuklah ketiadaan kekangan atas aliran keluar hasil dan keuntungan, kebebasan menggunakan pengurusan asing dan perjanjian kontrak jangka panjang. Insentif ini lebih kepada keuntungan bagi pelabur asing dalam usaha menarik lebih ramai pedagang asing ke negara itu.

 

Bagaimana Memulakan Perniagaan di Maldives

Untuk mendaftar syarikat di Maldives, anda perlu melalui proses perniagaan biasa. Anda perlu memilih nama perdagangan yang unik serta mendaftarnya sebagai nama perniagaan. Kemudian, anda perlu isi borang permohonan standard untuk urusan pemerbadanan perniagaan. Ini sekiranya anda merancang menjalankan perniagaan sebagai perbadanan.

Pendaftar Syarikat memberikan pelabur memorandum standard dan artikel persatuan bagi memudahkan proses. Anda boleh juga mendapatkan borang-borang tersebut secara online yang lebih memudahkan.

Sebaik sahaja anda telah melengkapkan semuanya dan dokumen tersedia, anda perlu menyelesai segala bayaran. Yuran-yuran ini berdasarkan skala menurun bagi modal saham yang disahkan. Maka besar atau kecilnya syarikat anda akan menentukan yuran yang akan dikenakan.

 

Bantuan Penubuhan Syarikat

Anda perlukan nasihat serta bantuan profesional dalam merancang pendaftaran sebuah syarikat di Maldives? 3E Accounting dapat membimbing anda dalam semua proses dan perundangan yang berkaitan bagi memulakan perniagaan di luar negara. Hubungi kami hari ini untuk mengetahui bagaimana kami dapat membantu anda dengan penubuhan syarikat anda.

Register Company in the Maldives