This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Daftar Syarikat di Laos

Register Company in LaosMemulakan perniagaan baharu di mana-mana negara boleh menjadi perkara yang menakutkan bagi pelabur yang melakukannya buat kali pertama. Tetapi satu perkara yang baik tentang memulakan perniagaan baru di mana saja ialah biasanya terdapat struktur dan proses asas untuk diikuti yang berfungsi sebagai panduan berhubung di mana dan bagaimana untuk memulakannya.

Laos dianggap sebagai salah satu negara yang lebih sukar di dunia bagi mendaftarkan sebuah syarikat dan memulakan perniagaan. Masa antara memfailkan permohonan dan menerima kertas kerja yang diperlukan kadang-kala boleh menjadi proses yang terlalu lama. Namun, itu tidak menghalang syarikat daripada mendaftarkan syarikat di Laos kerana terdapat syarikat milik asing yang menjalankan perniagaan di negara tersebut.

Mendaftar sebuah syarikat di Laos memerlukan pelabur asing untuk memilih industri sebelum mereka menetapkan untuk menghabiskan masa dan wang mereka yang berharga hanya untuk mengetahui perniagaan tidak mungkin dapat dilakukan. Ini kerana sesetengah industri di Laos tidak terbuka untuk pelaburan asing, jadi pemeriksaan latar belakang perlu dilakukan dalam menentukan sama ada perniagaan yang anda fikirkan boleh dibuka.

 

Jenis-jenis struktur perniagaan di Laos

Bagi pelabur asing, terdapat dua pilihan untuk mendaftarkan sebuah syarikat – sama ada memilih Pejabat Perwakilan, atau menubuhkan sebuah Syarikat Berhad.

Pejabat Perwakilan – seperti namanya, Pejabat Perwakilan mewakili entiti sah yang didaftarkan di negara lain. Ini sesuai untuk pelabur asing yang memerlukan dan ingin memiliki kehadiran rasmi di Laos. Perwakilan ini akan mengumpulkan data mengenai peluang pelaburan dan memastikan penyelarasan antara kementerian-kementerian yang berkaitan dengan kerajaan Laos sementara ibu pejabat tetap berpengkalan di luar negara. Aktiviti yang boleh dilakukan oleh entiti jenis ini termasuk:

  • Mengumpul data dan menjalankan kajian kemungkinan untuk pelaburan yang berpotensi
  • Bertindak sebagai pusat tumpuan atau focal point di Laos untuk ibu pejabat
  • Memantau pelaksanaan sebarang Memorandum Persefahaman (MoU) atau perjanjian antara ibu pejabat dengan kerajaan tempatan

Syarikat Berhad – struktur ini digunakan oleh hampir semua pelaburan langsung asing (FDI) di Laos, sama ada atau tidak syarikat terbabit adalah milik asing atau perkongsian dengan pemastautin Laos. Pelabur asing akan menerima perlindungan untuk pelaburan mereka di bawah undang-undang tempatan dan beberapa visa kemasukan perniagaan untuk pelabur dan keluarga mereka yang berkait dengan pelaburan. Di bawah entiti ini, harta intelek pelabur asing juga dilindungi di bawah undang-undang tempatan.

 

Dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkan syarikat di Laos

Antara dokumentasi yang diperlukan untuk mendaftarkan sebuah syarikat di Laos adalah:

  • Artikel Persatuan yang diperlukan untuk setiap pendaftaran perniagaan
  • Perjanjian Usaha Sama atau perjanjian pemegang saham
  • Perjanjian Pajakan. Dalam kes Syarikat Berhad, syarikat perlu mengambil pajakan bagi premis sebelum memulakan permohonan pendaftaran
  • Penyata bank yang menyokong daya maju kewangan pelabur
  • Butiran peribadi pelabur termasuk salinan pasport dan resume (latarbelakang kerja dan pendidikan)
  • Pelan perniagaan yang menggariskan sifat perniagaan dan operasi yang dimaksudkan

 

Daftar Syarikat di Laos

Untuk permintaan sebut harga dan maklumat lanjut mengenai Daftar Syarikat di Laos, sila e-mel kepada kami di info@3ecpa.com.my dan kami akan menjawab dengan segera dalam tempoh 24 jam.