This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))
Alasan Mengapa Anda Perlu Mendaftar Syarikat di Kazakhstan
Kazakhstan merupakan salah satu negara di mana anda boleh membuka perniagaan dengan mudah. Dalam tahun 2013, ia berada di kedudukan ke 23 di dunia kerana kemudahan memulakan perniagaan. Prosesnya sekadar mengambil tempoh purata 19 hari, dengan merangkumi hanya 6 langkah ringkas.
Bagi para pelabur, aspek ini memberi salah satu kelebihan yang anda perlu gunakan. Kerana perniagaan bukanlah mudah, dan anda tentu mahu beberapa perkara dapat dilakukan dengan lancar. Maka, dengan kelebihan ini sahaja, Kazakhstan menjadi lokasi ideal bagi memulakan perniagaan.
Adakah anda merancang meluaskan perniagaan keluar negara? Di sini disertakan beberapa alasan mengapa anda perlu memilih Kazakhstan. Kami menggariskan faedah dan kelebihan sekiranya anda mendaftar syarikat di Kazakhstan.
Mengapa Memulakan Syarikat di Kazakhstan?
Kestabilan Ekonomi
Kazakhstan telah mencatat pertumbuhan konsisten sejak sedekad yang lalu. Pertumbuhan tahunannya antara 7 peratus ke 13 peratus daripada 2001 sehingga 2012 dan 5 peratus sejak dari itu. Dan walaupun ia berdepan cabaran angkara kemelesetan sedunia dalam tahun 2008, negara tersebut tidak dilanda kegawatan. Tambahan lagi, Kazakhstan dapat pulih dengan begitu pantas daripada kemelesetan tersebut.
Pertumbuhan ekonomi sebegini mengesyorkan bahawa negara itu terbuka menerima pelaburan baru. Kestabilan pertumbuhan ekonomi di negara itu bermaksud ia menggalakkan pelaburan masuk ke negara dan ia bakal mengekal dan menggalakkan lagi pelaburan sedemikian. Tiada yang lebih menarik bagi pemilik perniagaan selain persekitaran ekonomi yang menjamin pertumbuhan dan keuntungan berterusan.
Insentif Para Pelabur
Permintaan Kazakhstan terhadap pakar-pakar asing dalam industri-industri perbankan dan eksplorasi ruang kian bertambah. Bagi menyokong permintaan tenaga buruh bagi industri-industri tersebut, Kazakhstan memberikan insentif bagi menarik pelabur ke dalam negara.
Selain itu, mereka turut menawarkan insentif yang dikehendaki bagi membantu industri perkilangan dan pemprosesan sumber. Jika anda merupakan pelabur perniagaan dalam bidang tersebut, pelbagai peluang dan kelebihan menanti anda di Kazakhstan.
Akhir sekali, Kazakhstan membuka beberapa zon ekonomi khas dalam pelbagai industri. Ini termasuk sektor industri, perkhidmatan dan teknologi. Ia akan menjamin para pelabur meraih banyak keuntungan bagi menjalankan perniagaan di negara itu. Kelebihan ini temasuk tetapi tidak hanya merangkumi cukai korporat sifar, pengecualian duti kastam, dan proses mudah menggaji tenaga asing.
Kos Melakukan Perniagaan di Kazakhstan
Kazakhstan dianggap negara dunia kedua. Ini memberi maksud bahawa ekonomi dan negara tersebut stabil dan pesat membangun. Namun begitu, berbeza dengan negara lain di dunia barat, kos sara hidup dan menjalankan perniagaan di Kazakhstan adalah secara relatifnya murah. Ini mencakupi makanan, pengangkutan, utiliti, sewaan, gaji dan sebagainya.
Bagaimana Memulakan Syarikat di Kazakhstan
Bagi memulakan perniagaan di Kazakhstan, pertama anda perlu menubuhkan entiti sah atau mendapatkan status usahawan individu. Maka, anda perlu perancangan awal tentang struktur syarikat yang anda mahu tubuhkan.
Pemilik perniagaan yang mahu memulakan syarikat berasaskan keuntungan boleh memulakan perusahaan negeri, perkongsian perniagaan, kooperasi pengeluaran, syarikat saham perkongsian. Di Kazakhstan, kebanyakan entiti swasta ditubuhkan sebagai syarikat saham perkongsian atau perkongsian liabiliti terhad.
Tambahan lagi, terdapat perbezaan dalam pendaftaran syarikat kecil dan besar di Kazakhstan. Seperti tertera di atas, pendaftaran perniagaan kecil adalah lebih mudah. Seperti yang dijelaskan tadi, pendaftaran syarikat kecil di Kazakhstan dapat diselesaikan tidak melebihi satu hari bekerja daripada tarikh penghantaran notis bagi borang memulakan aktiviti perniagaan.
Bantuan Penubuhan Perniagaan
Adalah mustahak mengetahui tentang penubuhan perniagaan di Kazakhstan yang agak rumit dilakukan tanpa pembekal perkhidmatan profesional. Ini melibatkan perkhidmatan sokongan perundangan, kerja kontrak, simpan kira dan operasi.
Adakah anda bersedia melaksana perancangan membuka syarikat di Kazakhstan? 3E Accounting dapat membantu anda dalam segala keperluan memulakan perniagaan impian. Kami punyai pasukan pakar berpengalaman dan kompeten yang mampu bekerja di lapangan. Hubungi kami hari ini dan ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan kami.