This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Daftar Syarikat di Jerman

Mengapa Mendaftar Syarikat di Jerman?

Register Company in GermanyTerletak strategik di tengah benua Eropah, Jerman merupakan penggerak utama ekonomi Eropah. Buat masa ini, Jerman mewakili ekonomi kelima terbesar di dunia dan ramai melihatnya sebagai kuasa besar bagi ekonomi Eropah. Jerman ternyata semakin meningkat sebagai lokasi pilihan para pelabur asing.

Terdapat pelbagai faedah bagi pelabur asing meluaskan perniagaan ataupun menubuhkan syarikat baharu di Jerman. Di sini terdapat senarai pendek antara faedah-faedah menjalankan perniagaan di Jerman:

  • Teknologi terkehadapan dalam banyak sektor
  • Tenaga kerja berkemahiran dan berpendidikan tinggi
  • Jerman adalah pengeksport kedua terbesar dan pengimport ketiga terbesar di dalam Kesatuan Eropah.
  • Sistem cukai yang menarik
  • Korupsi yang minimum.

 

Bagaimana Mendaftar Syarikat di Jerman?

Kerajaan Jerman mengalu alukan semua jenis pelaburan asing serta penubuhan semua jenis perniagaan. Proses melaksanakan perniagaan di Jerman adalah jelas dengan siri formaliti yang perlu dituruti.

  1. Tentukan Jenis Perniagaan:Jenis-jenis perniagaan yang tersedia di Jerman
    • GMBH Jerman- Ia merupakan bentuk perniagaan biasa di Jerman dengan modal saham minimum €25,000 dan minimum satu pemegang saham diperlukan bagi pendaftaran.
    • UG Jerman- Ia merupakan versi kecil Modal berbayar minimum ialah €1 dengan minimum satu pemegang saham dan satu pengarah untuk pendaftaran.
    • Syarikat AG – Ia merupakan bentuk syarikat standard bagi syarikat besar. Modal berbayar minimum untuk AG ialah €50,000 dengan seorang pemegang saham diperlukan untuk pendaftaran.
    • Perkongsian – Biasa digunakan untuk perniagaan keluarga dengan minimum dua rakan kongsi bagi pendaftaran.
    • Syarikat Pemilikan Tunggal – Ia merupakan bentuk syarikat paling ringkas dan kurang dikawal selia di Jerman.
  2. Namakan Perniagaan
  3. Perbadankan Perniagaan
    • Deraf Artikel Persatuan (perlu termasuk modal saham, pemegang saham, nama perniagaan, alamat pejabat berdaftar sah dan objek syarikat).
    • Pengesahan Artikel Persatuan
    • Pembayaran Modal Saham (langkah ini melibatkan pembukaan akaun syarikat dengan bank Jerman di mana modal saham minimum atau modal awal perkongsian perlu didepositkan)
    • Pendaftaran dengan Pendaftar Komersil – Pendaftaran adalah mandatori sebelum aktiviti komersil bermula.
    • Pendaftaran dalam pendaftar khusus bagi aktiviti perniagaan (Gewerbeanmelding)
    • Pendaftaran dengan Dewan Perniagaan (IHK)
    • Pendaftaran dengan Pihak Berkuasa Cukai

Akhir kata

Ekonomi kukuh, tenaga kerja yang berkemahiran, serta persekitaran perniagaan yang bertenaga telah meletakkan Jerman selaku titik panas pelaburan di negara Eropah. Jika anda merisik negara bagi meluaskan perniagaan secara global, Jerman punyai banyak yang ditawarkan.

 

Daftar Syarikat di Jerman

Untuk memohon sebut harga dan maklumat selanjutnya tentang Pendaftaran Syarikat di Jerman, sila emel kepada kami di info@3ecpa.com.my dan kami akan membalas dengan segera dalam tempoh 24 jam.