This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Daftar Syarikat di Greece

Register Company in GreeceDi mana sepatutnya saya tubuhkan perniagaan? Itulah salah satu persoalan yang sering diajukan oleh setiap usahawan kepada diri sendiri apabila memikirkan soal perniagaan. Sama ada anda melihat untuk memulakan syarikat baharu, atau mahu meluaskan perniagaan sedia ada ke luar negara, setiap usahawan tentu sahaja memiliki hasrat yang sama iaitu memilih lokasi terbaik di mana perniagaan mereka mampu berkembang pesat.

Di mana sepatutnya anda memikirkan untuk mendaftar perniagaan seterusnya? Bagaimana dengan Greece?

Terdapat beberapa langkah di mana anda boleh memulakan perniagaan di Greece. Satu cara yang kerap digunakan ialah dengan menubuhkan Syarikat Liabiliti Terhad (LLC) Greece atau Syarikat Liabiliti Terhad Awam (PLC) sekiranya anda mahu. Jika anda tidak merancang untik melakukan apa-apa operasi komersil di Greece, anda juga boleh mendaftar syarikat di Greece selaku pertubuhan kekal, sama ada dalam bentuk cawangan ataupun pejabat perwakilan.

 

Selain pilihan LLC, PLC dan Cawangan atau Pejabat Perwakilan, apa lagi bentuk entiti perniagaan yang wujud di Greece yang boleh memberi keuntungan kepada saya?

Syarikat Liabiliti Terhad (EPE) merupakan entiti keusahawanan yang paling kerap menjadi pilihan para usahawan bagi mendaftarkan syarikat di Greece, terutama sekiranya mereka menubuhkan perniagaan kecil. Di dalam penubuhannya, sekurang-kurangnya 1 pemegang saham dan 1 pengarah diperlukan.

Dalam opsyen bagi entiti Syarikat Liabiliti Terhad Awam Greece pula, satu pemegang saham dan 3 pengarah diperlukan bagi syarikat ditubuhkan. Para pengarah dan pemegang saham boleh terdiri dari mana-mana kewarganegaraan dan tidak perlu pemastautin di Greece semata-mata.

Dan bagi pilihan Syarikat Modal Persendirian Greece, yang mirip LLC, syarikat boleh diperbadankan dengan satu pengarah dan satu pemegang saham terdiri dari mana-mana warganegara.

 

Apa Untungnya Saya Mendaftarkan Syarikat di Greece?

Jika mengambil kira keadaan ekonomi lampau, Greece bukanlah negara paling stabil namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, negara tersebut telah cuba mencari momentum, yang juga berita baik kepada pelabur berpotensi dan para usahawa. Mengapa? Kerana ia bermaksud kos mendaftar syarikat di Greece adalah rendah bagi menggalak peningkatan semula ekonominya.

Greece turut memiliki kelebihan kerana dilengkapi infrastruktur yang baharu, yang dibangunkan ketika Sukan Olimpik dianjurkan pada tahun 2004 dahulu. Hakikat ini, ditambah pula dengan insentif pelaburan yang ditawarkan Kerajaan bagi mempromosi pertumbuhan serantau tentu sahaja mencetuskan gelombang syarikat permulaan, menggalak penduduk meraih keuntungan dari dalam negara yang juga amat popular selaku destinasi pelancongan. Jutaan pelancong mengunjungi Greece saban tahun dan tidak ada tempat yang lebih baik bagi menjana pulangan dari ledakan pelancong di sini, kerana tentunya sektor pelancongan merupakan perniagaan yang baik.

 

Daftar Syarikat di Greece

 

Bersedia Mendaftar Syarikat di Greece? Kami Boleh Tolong!

3E Accounting telah lama di dalam perniagaan membantu para usahawan menubuh dan mendaftar syarikat serta melengkapkan mereka dengan perkhidmatan yang tepat bagi menjamin kejayaan sesebuah perniagaan. Untuk maklumat selanjutnya tentang perkhidmatan pendaftaran perniagaan di Greece, kunjungi laman sesawang dan hubungi kami hari ini!