This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))
Daftar Syarikat di Filipina
Salah satu perkara terbaik di dalam penglibatan di dunia perniagaan adalah kemungkinan tidak terbatas yang tersedia bagi diraih. Contohnya, kemungkinan menubuhkan perniagaan di mana sahaja di dunia. Sekiranya anda berpengkalan di satu negara, tetapi meninjau peluang membuka perniagaan di negara lain, tiada apa yang dapat menghalang impian sekiranya anda memiliki alatan dan pengetahuan melakukannya.
Pendaftaran syarikat di Filipina merupakan satu opsyen yang menarik minat pelabur kerana apa yang ditawarkan pasaran tempatan. Walaupun terdapat pelbagai kertas kerja dan langkah yang perlu diambil sebelum memulakan perniagaan, antara perkara paling sukar di dalam perniagaan sebenarnya ialah di dalam memulakannya. Langkah pertama tentu sekali amat rumit, tetapi sebaik anda mendapat momentum, anda akan mendapati ianya mudah bagi bergerak ke hadapan.
Memulakan pendaftaran perniagaan di Filipina
Kini setelah anda memikirkan tentang pendaftaran syarikat di Filipina dan anda positif ianya opsyen terbaik bagi perniagaan anda, berikut disertakan perkara seterusnya yang perlu anda lakukan:
- Lakukan penyelidikan pasaran. Ketahui tentang pasaran tempatan dengan lebih mendalam dengan melakukan kajian pasaran dan ketekunan wajar. Beberapa persoalan boleh diajukan oleh anda termasuk adakah terdapat permintaan bagi jenis produk, perkhidmatan atau perniagaan yang anda tawarkan? Berapa segera anda dapat memulakan perniagaan? Adakah strategi perniagaan yang anda gariskan dapat dilakukan di pasaran Filipina?
- Deraf rancangan perniagaan. Perniagaan tanpa asas yang kukuh tentu sahaja menempah kegagalan. Bagi sesuatu perniagaan, asas kukuh bermula dengan rancangan perniagaan. Rancangan perniagaan efektif perlu memberi analisa dalaman dan luaran tentang industri dan ekonomi, analisa SWOT dan apakah kekuatan dan kelemahan perniagaan, apakah matlamat dan tujuan perniagaan, anggaran kewangan, model pemasaran, tindakan yang perlu diambil, jenis produk dan perkhidmatan selain tinjauan-tinjauan perniagaan.
- Sediakan dana. Ini mungkin salah satu langkah terpenting di dalam perniagaan. Adakah anda memiliki dana secukupnya bagi memulakan rancangan anda? Jika tidak, bagaimanakah anda boleh mendapatkan pembiayaan?
- Daftar perniagaan anda. Sebaik anda telah menguruskan segala tapak asas bagi perniagaan anda dan memikirkan nama sewajarnya, langkah kedua bagi mendaftar syarikat anda di Filipina pula menyusul. Dokumen-dokumen yang anda perlukan bagi pendaftaran syarikat termasuk Perkara Pemerbadanan, pelepasan yang diberikan Biro Hasil Dalam Negeri, Pelepasan Barangay sebagai bukti perniagaan anda telah mematuhi semua keperluan dan juga permit Datuk Bandar yang memberi perisytiharan anda boleh memulakan perniagaan di daerah operasi yang dihajati.
Perkhidmatan syarikat profesional tersedia bagi membantu anda memulakan langkah pendaftaran perniagaan anda. Panel pakar-pakar di 3E Accounting bersedia memberi panduan dan maklumat bagi memastikan penerokaan anda bakal meraih kejayaan. Hubungi kami hari ini bagi mendapat maklumat selanjutnya.
Daftar Syarikat di Filipina
Untuk memohon sebut harga dan maklumat lanjut tentan Pendaftaran Syarikat di Filipina, sila emel kami di info@3ecpa.com.my dan kami akan membalas dengan segera dalam tempoh 24 jam.