This page is also available in: enEnglish (English)

Daftar Syarikat di El Salvador

El Salvador, kadang-kala digelar “Tanah Gunung Berapi”, merupakan negara bergunung ganang yang beriklim tropika dengan lokasi di pusat Amerika Tengah. Bersempadan dengan Lautan Pasifik di selatan, Guatemala di barat dan Honduras di utara, El Salvador adalah satu-satunya negara Amerika Tengah tanpa pesisir pantai Carribean.

 

Mengapa Melabur di El Salvador

El Salvador kini semakin menjadi tumpuan sebagai salah satu destinasi pelaburan pilihan di Amerika Latin. Kestabilan ekonomi negara ini menjadi salah satu punca utama yang menarik para pelabur antarabangsa. Pelaburan Langsung Asing (FDI) menjadi salah satu penyumbang utama yang merancakkkan pertumbuhan ekonomi di El Salvador. FDI mengalir ke El Salvador pada jumlah USD 792 juta dalam 2017, di mana kebanyakan peningkatan adalah disebabkan pendapatan yang dikekalkan lebih tinggi.

Antara lain, industri tekstil, telekomunikasi, pelancongan, serta pengilangan barangan elektrik adalah sektor yang meraih FDI terbanyak. Meski berdepan ketidakstabilan ekonomi dan politik, EL Salvador menawarkan imbuhan yang menarik dari segi faedah fiskal kepada syarikat yang mencari peluang melakukan perniagaan di El Salvador. Di samping itu, tenaga kerjanya yang berkelayakan tinggi serta lokasi geografi yang strategik turut dilihat sebagai kelebihan penting bagi syarikat yang mahu melabur dan memulakan perniagaan di negara ini.

 

Daftar Syarikat di El SalvadorPemerbadanan Syarikat di El Salvador

Seperti mana-mana bidang kuasa lain, proses pemerbadanan syarikat di El Salvador adalah amat mudah dan ringkas. Pendaftaran syarikat yang dijalankan di Pejabat Komersil El Salvador selalunya mengambil masa dalam tempoh 5 hari bekerja.

Keperluan asas:

  • Nombor Identifikasi Cukai bagi rakan-rakan kongsi
  • Dokumen pengenalan peribadi seperti kad pengenalan, kad pemastautin atau paspot bagi setiap satu rakan kongsi. Sila ambil perhatian bahawa dalam kes seseorang yang menjadi pemegang saham syarikat lain, dokumen penubuhan syarikat adalah diperlukan.
  • Nama syarikat (carian nama perlu dilakukan dengan Pendaftar Perniagaan El Salvador bagi menyemak ketersediaan nama yang dicadangkan).
  • Tujuan korporat: Tiada had bagi tujuan-tujuan korporat selagi ia berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan yang dicadangkan.
  • Modal Saham
    • Undang-undang perniagaan di El Salvador menetapkan bahawa Modal Saham perlulah berjumlah USD 2,000.00 (bagi warga El Salvador dan warga asing).
    • Daripada modal ini, sejumlah USD 100.00 (yang bersamaan dengan 5% daripada jumlah minimum saham diperlukan) perlu dibayar pada masa pendaftaran syarikat dengan sijil semakan dari bank di El Salvador.
  • Pemegang Saham: Undang-Undang Komersil El Salvador menetapkan bahawa semua syarikat perlu paling kurang 3 pemegang saham, yang perlu berkecuali dan sah (individu atau syarikat). Pemegang saham boleh terdiri dari penduduk El Salvador atau dari negara lain.
  • Peratusan penyertaan pemegang saham bagi setiap rakan kongsi serta bagaimana saham diagihkan.
  • Perwakilan Sah (sijil perwakilan sah dari Syarikat)

Lain-lain proses pendaftaran berkaitan:

  1. Dapatkan nombor agihan cukai pendapatan (NIT) dan Cukai Nilai Tambah daripada Kementerian Kewangan.
  2. Pendaftaran dengan Majlis Bandaran – majlis daerah dan bandaran di mana syarikat akan beroperasi.
  3. Pendaftaran dengan Pejabat Am Statistik dan Bancian
  4. Pendaftaran dengan Pendaftar Perniagaan dan dapatkan Sijil Pendaftaran.

Setelah segalanya keperluan asas ini dipenuhi, penubuhan syarikat adalah selesai – syarikat boleh memulakan aktiviti perniagaan di El Salvador.

Bagi para pelabur yang mencari peluang baharu di negara-negara dengan peluang perniagaan yang segar, El Salvador merupakan salah satu negara yang perlu diterokai!

Hubungi kami untuk memohon sebut harga dan maklumat selanjutnya tentang Pendaftaran Syarikat di El Salvador.