This page is also available in: enEnglish (English)

Daftar Syarikat di Ecuador

Tumpuan kini diberi kepada Ecuador, sebuah negara yang menjadi kegemaran para pelabur yang ingin mendaftar sebuah syarikat. Kos hidup rendah adalah salah satu antara banyak sebab mengapa para usahawan kini memandang ke arah Ecuador sebagai destinasi perniagaan yang berpotensi mejana keuntungan, tetapi terdapat sebab-sebab lain yang membantu negara tersebut meningkatkan kedudukannya di kalangan kelompok ahli perniagaan antarabangsa.

 

Mengapa Memilih Ecuador

Industri perlombongan di Ecuador menjadi daya tarikan utama bagi pelabur antarabangsa, termasuk para usahawan yang berfikir tentang usaha mencari minyak dan gas, perhutanan serta perlombongan kerana sektor-sektor ini layak untuk pengecualian cukai korporat 100% bagi tempoh 12 tahun.

Para pelabur juga mendapat faedah di sesetengah sektor swasta di mana pengecualian cukai korporat boleh didapati sehingga 5 tahun, selagi projek-projek yang terlibat dijalankan di luar Quito dan Guayaquil.

Pelabur yang mendaftarkan sebuah syarikat di zon bebas Ecuador juga akan mendapat pengecualian 100% cukai (termasuk VAT, cukai wilayah, cukai perbandaran dan duti import).

 

Faedah Mendaftar Syarikat di Ecuador

Pelabur yang berminat untuk menubuhkan perniagaan di Ecuador tentu senang apabila mendapati bahawa mereka akan dapat melakukannya dengan berkesan selagi mereka mempunyai seorang pengarah dan tiga orang pemegang saham. Berita baiknya ialah, mendapatkan pengarah dan pemegang saham bakal menjadi proses yang agak mudah dan dapat dilaksana dengan lebih selesa terutama kerana mereka boleh terdiri individu dari mana-mana kewarganegaraan.

Adakah ini bermakna 100% pemilikan asing perniagaan dibenarkan di Ecuador? Ya, itulah hakikatnya.

Manfaat lain yang diperoleh dengan mendaftarkan sebuah syarikat di Ecuador ialah kadar modal saham minimum yang diperlukan, iaitu sekurang-kurangnya USD400. Suatu jumlah yang amat berpatutan berbanding dengan banyak bidang kuasa lain dan itulah sebab mengapa pendaftaran syarikat di Ecuador amat baik.

Sebagai tambahan, satu lagi manfaat bagi menjalankan perniagaan di Ecuador ialah kemudahan penggunaan mata wang kerana pada tahun 2000, negara itu menerima dolar AS sebagai mata wang negara; satu langkah yang telah membantu Ecuador menstabilkan ekonominya dan memberikan rangsangan kepada pelaburan antarabangsa yang telah mula mengalir ke negara ini sejak langkah tersebut. Perniagaan akan mudah menguruskan kos operasi mereka kerana kadar pertukaran yang stabil.

Projek-projek infrastruktur di negara ini juga telah mula mempamer prestasi positif, hasil dari rekod dagangan minyak yang diraih Ecuador.

 

Langkah Mendaftar Perniagaan di Ecuador

Bagi memulakan pendaftaran syarikat di Ecuador, disenaraikan perkara yang anda perlukan:

  • Tempah nama syarikat dengan Superintenden Syarikat.
  • Mulakan menyedia minit penubuhan (anda perlu menggaji seorang peguam untuk ini).
  • Dapatkan piagam pendaftaran dan undang-undang kecil yang disahkan dengan notari awam.
  • Daftar syarikat anda dengan Superintenden Syarikat.
  • Daftar piagam syarikat, resolusi dan nama-nama wakil perundangan yang berkaitan di Pejabat Pendaftaran Perdagangan.
  • Mohon Nombor Identifikasi Cukai dengan Pihak Berkuasa Cukai di
  • Dapatkan cetakan invois dan borang VAT di kedai cetakan bertauliah.
  • Daftar untuk Keselamatan Sosial (ini boleh dilakukan secara dalam talian dan anda memerlukan kata laluan).
  • Daftar pekerja anda dengan Kementerian Buruh.
  • Peroleh Permit Operasi yang diperlukan daripada Majlis Perbandaran Quito.