This page is also available in: enEnglish (English)

Daftar Syarikat di Chile

Mengapa Daftar Syarikat di Chile?

Chile adalah sebuah negara yang terletak di benua Amerika Selatan, bersempadan dengan Bolivia, Argentina, dan Peru. Negara dengan penduduk hampir 20 juta orang, Chile kini merupakan ekonomi kelima terbesar di Amerika Selatan dan ekonominya telah mengalami pertumbuhan yang signifikan sejak tahun 2004. Ekonomi Chile telah menjadi daya tarikan sebagai salah satu ekonomi yang berkembang pesat di rantau tersebut akibat pasaran kewangan dan struktur ekonomi yang maju.

Di samping itu, cukai di Chile adalah yang paling rendah di Amerika Latin dan berada jauh di bawah negara-negara Eropah. Malah, kadar cukai pendapatan korporat di Chile adalah antara yang paling rendah di seluruh dunia pada 17%. Selain itu, perjanjian dua hala [bertujuan untuk mengelakkan cukai berganda] dengan 22 negara termasuk Sepanyol, United Kingdom, Perancis, Poland dan Brazil adalah antara sebab yang menarik pelaburan asing ke negara ini.

 

Bagaimana Mendaftar Syarikat di Chile?

Di kedudukan ketujuh dalam Indeks Kebebasan Ekonomi, Chile adalah negara Amerika Latin yang berada di peringkat tertinggi dalam senarai ranking kemudahan Bank Dunia untuk melakukan perniagaan. Kemudahan menjalankan perniagaan di Chile terbukti dengan prosedur pemerbadanan yang mudah dan cepat – perniagaan boleh ditubuhkan dalam satu hari di Chile. Dengan kata lain, syarikat anda akan bersedia untuk aktiviti perniagaan dan perdagangan dalam masa 24 jam.

Berikut adalah panduan komprehensif tentang cara mendaftarkan sebuah syarikat di Chile:

  1. Tentukan jenis-jenis perniagaan:

    Terdapat beberapa jenis entiti perniagaan yang tersedia di Chile.

    • Perbadanan (sociedad anónima) – Terdapat beberapa jenis perbadanan di Chile. Perbadanan memerlukan lebih daripada satu pemegang saham dan undang-undang Chile menyatakan bahawa para pemegang saham hanya bertanggungjawab untuk pembayaran saham mereka.

      Keperluan asas:

      • Para Pengarah dan pemegang saham daripada sebarang warganegara
      • Tiada modal saham minimum diperlukan
      • Sekurang-kurangnya seorang wakil mestilah penduduk asing bermastautin di Chile atau warga Chile.

      a) Starikat dagangan awam

      Jenis perbadanan ini tertakluk kepada pengawasan Superintendan Sekuriti dan Insurans. Mereka sama ada secara sukarela atau dengan kewajipan undang-undang disenaraikan dalam Daftar Sekuriti.

      b) Perbadanan Khas

      Jenis syarikat ini terdiri syarikat insurans dan reinsurans, pentadbir dana bersama, bursa saham, dan syarikat lain, yang memerlukan kebenaran daripada Superintendensi Sekuriti dan Insurans untuk diwujudkan dari segi undang-undang.

      c) Perbadanan Pegangan Tertutup

      Seperti namanya, jenis korporat ini bukanlah dagangan awam atau syarikat khas. Syarikat diperbadankan oleh cara surat ikatan yang disahkan untuk kedua-dua syarikat yang diniagakan atau pegangan tertutup.

    • Perkongsian Awam (sociedad colectiva) – Dalam entiti perniagaan jenis ini, syarikat diuruskan sama ada secara individu atau melalui wakil yang dilantik. Setiap rakan kongsi bertanggungjawab untuk semua liabiliti undang-undang.
    • Perkongsian Liabiliti Terhad (sociedad de responsabilidad limitada) – Tidak seperti perkongsian awam, setiap rakan kongsi dalam perkongsian liabiliti terhad mempunyai liabiliti yang terhad sama ada dengan modal sumbangannya (atau jumlahnya yang dinyatakan dalam perjanjian perkongsian).

      Keperluan Asas:

      • Dua atau lebih individu diperlukan untuk pendaftaran
      • Para pemegang saham boleh dari sebarang kewarganegaraan
      • Tiada modal saham minimum diperlukan
      • Sekurang-kurangnya seorang wakil mestilah penduduk asing bermastautin di Chile atau warganegara Chile.
    • Perkongsian Terhad (sociedad limitada) – Walaupun sesetengah rakan kongsi perkongsian terhad tidak berhak mengurus hal ehwalnya, mereka menyediakan semua (atau sebahagian) modal perkongsian itu. Di samping itu, rakan kongsi ini terhad dalam liabiliti mereka. Tambahan pula, perkongsian jenis ini memerlukan satu atau lebih rakan kongsi lain yang dicalonkan sebagai pengurus atau rakan kongsi umum dan mereka mempunyai liabiliti tanpa had untuk hutang dan kerugian perkongsian.
  2. Prosedur Pemerbadanan Syarikat Sehari

    • Daftar syarikat secara atas talian (online)
    • Dapatkan nombor pengesahan selepas pendaftaran atas talian
    • Sahkan statut syarikat (dan minta ia ditandatangani secara digital oleh notaris)
    • Daftar dengan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (SII dalam Bahasa Sepanyol) untuk mendapatkan nombor RUT
    • Cetak resit (bukti pembayaran) di syarikat percetakan yang sah
    • Dapatkan buku perakaunan dan dokumen lain yang dimeterai dengan IRS
    • Dapatkan lesen kerja “patente municipal” daripada majlis perbadaran
    • Daftar insuran kemalangan [berkaitan pekerja]

Nota akhir, Chile ibarat permata tersembunyi di Amerika Latin dengan ekonomi pesat berkembang, iklim pelaburan yang baik, serta kemudahan menjalankan perniagaan. Ramai yang melihat Chile sebagai satu daripada saluran pendapatan yang ideal untuk memasuki pasaran luas Amerika Latin. Jika anda berfikir untuk menubuhkan sebuah perniagaan di luar negara atau anda sedang mencari pelaburan di Amerika Latin, Chile menawarkan pelbagai kelebihan.

Untuk sebutharga dan maklumat lanjut tentang langkah Mendaftar Syarikat di Chile, sila emel kepada kami di info@3ecpa.com.my dan kami akan menjawab dengan segera dalam tempoh 24 jam.