This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Daftar Syarikat di Cape Verde – Apa Anda Perlu Ketahui
Terbentuk daripada 10 kepulauan bergunung berapi, Cape Verde secara sendirian amat mengujakan. Sebagai sebuah pulau, ia menawarkan keindahan baik di daratan mahupun di perairannya. Maka, pelancongan Cape Verde sering menyajikan segalanya yang boleh anda lakukan sama ada di tepi pantai mahupun di tengah lautan. Terdapat lebih daripada pemandangan yang mengujakan di sana. Cape Verde menyediakan lebih banyak lagi, terutama bagi mereka yang mahu mendaftar syarikat di Cape Verde.
Masa Depan Cerah Menanti
Sebagai permulaan, Cape Verde mempromosikan ekonominya selaku ekonomi pasaran, yang bermaksud dasar ekonominya berasaskan pasaran. Sebahagian besar daripada penyumbang ekonomi adalah daripada sektor perkhidmatan. Pengilangan ringan dan eksport turut menyusul. Lokasi Cape Verde memberikannya kelebihan. Berada di pertengahan jalan di antara Amerika Utara dan Afrika Selatan serta Amerika Selatan dan Eropah Tengah, ia menawarkan pusat komersil utama bagi jalan laut dan udara. Perniagaan yang ingin membuka syarikat di Cape Verde boleh melakukan pemasaran bagi perkhidmatan atau produk mereka kepada Kesatuan Eropah, USA, Kanada serta juga ECOWAS.
Cape Verde baru-baru ini juga telah beralih kepada tenaga diperbaharui sebagai sumber tenaga. Hasil daripada ladang kincir angin yang diterokai, Cape Verde kini menuju sepenuhnya kepada tenaga diperbaharui. Terdapat pelbagai peluang perniagaan di Cape Verde; daripada industri pembinaan kepada pertanian dan perkhidmatan dan tentu sekali pelancongan.
Mengalu-alukan Pelabur
Cape Verde mengalu-alukan pelabur asing dan memberikan banyak insentif bagi pelabur yang berminat membuka perniagaan di Cape Verde. Ini termasuklah cukai sifar ke atas dividen dan keuntungan sepanjang tempoh lima tahun. Perusahaan bebas cukai akan meraih untung daripada sistem cukai unik ini. Syarikat yang terlibat dengan eksport dapat mengurangkan cukai korporat untuk tempoh lima tahun pertama bagi operasi perniagaan serta kebebasan mengeksport barangan yang dikeluarkan. Terdapat juga insentif yang ditujukan kepada sektor khusus di Cape Verde. Contohnya, perniagaan berasaskan pelancongan menikmati pengecualian cukai menyeluruh bagi lima tahun pertama perniagaan dan pengurangan cukai bagi tahun berikutnya.
Pengambilan pekerja di Cape Verde amat mudah kerana ia menyediakan pasaran tenaga yang sedia ada dan mudah dilatih. Pelabur asing juga diberi kebebasan mengunakan tenaga pegawai dagang ekspatriat. Bagi yang lain lain, kerajaan Cape Verde akan menguruskan dengan adil dan saksama.
Proses Pendaftaran Syarikat di Cape Verde
Berikutan pertumbuhan ekonomi yang berkembang pesat, Cape Verde telah mengurangkan masa yang diperlukan bagi membuka syarikat. Jadi anda dapat memulakan operasi perniagaan dalam masa 24 jam. Pusat Rakyat atau House of Citizen menawarkan perkhidmatan ini, yang tersedia di bandar-bandar utama Cape Verde. Mari ketahui langkah mendaftar syarikat di Cape Verde.
Pertama sekali, pelabur atau individu perniagaan berpotensi perlu memutuskan jenis perniagaan.
Berikut adalah beberapa jenis syarikat yang tersedia bagi pendaftaran di Cape Verde: Perkongsian Bersama, Persatuan Pemegang Saham, Persatuan Tanpa Nama (Syarikat Berhad), Persatuan Terhad atau Syarikat Pegangan Bersama dan Persatuan Kooperatif.
- Misalnya pelabur mahu mendaftar Persatuan Tanpa Nama (Syarikat Berhad). Perkara berikut adalah keperluan bagi mendaftar syarikat di Cape Verde.
- Lakukan carian nama dan buat tempahan nama yang dipilih. Carian ini sebaiknya dilakukan di Jabatan
- Pendaftar Perniagaan (Casa do Cidadao). Mereka akan meluluskan atau menolak nama syarikat yang dipilih. Sekiranya nama diluluskan, pendaftaran adalah lengkap serta-merta melalui pendaftaran secara online.
Pendaftaran syarikat akan diterbitkan dalam laman sesawang Casa do Cidadao serta di akhbar tempatan sebagai keperluan perundangan bagi kesahihan. - Modal syarikat perlulah di dalam matawang Cape Verde. Para pelabur harus menunjukkan bukti wang dideposit ke bank dalam tempoh dua hari bekerja.
- Kos pendaftaran syarikat di Cape Verde adalah ECV 10,000.00
- Selepas menjelaskan yuran pendaftaran, anda akan menerima set lengkap dokumentasi termasuklah: Sijil Konstituen atau Pendaftaran Perniagaan, Edaran Kontrak dan Peraturan Kecil, Kerangka Kerja Cukai Pendapatan dan Deklarasi Mula Aktiviti, Kerangka Tenaga Buruh & Kerangka Keselamatan Sosial
Maka selesailah urusan, anda kini boleh memulakan aktiviti perniagaan di Cape Verde. Jika anda masih mempunyai soalan atau keraguan tentang pendaftaran perniagaan di Cape Verde, anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan bantuan ataupun perkhidmatan.