This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Daftar Syarikat Di Algeria Dan Terus Melabur

Daftar Syarikat Di Algeria Terdapat dua jenis syarikat yang boleh didaftarkan di Algeria, sama ada syarikat tempatan ataupun asing. Anda boleh mendaftar sama ada syarikat liabiliti terhad (LLC) atau syarikat awam berhad (PLC). Seorang pemegang saham dan seorang pengarah diperlukan bagi memulakan syarikat liabiliti terhad (LLC) di Algeria. Kerana Undang-Undang Syarikat Algeria tidak membenarkan warga asing memegang majoriti saham (>49%) dalam Syarikat Algeria, ahli perniagaan berpotensi akan memerlukan warga tempatan sebagai rakan kongsi perniagaan tempatan bagi penubuhan perniagaan Algeria. Sekilas pandang, LLC dengan pulangan tahunan melebihi US$120,000 perlu melantik sekurang-kurangnya seorang juruaudit. Kegagalan mematuhi akan menyebabkan denda dikenakan.

Tiga orang pengarah dan tujuh pemegang saham diperlukan bagi penubuhan PLC Algeria. Satu lagi ketetapan ialah sekurang-kurangnya seorang pemegang saham hendaklah warganegara Algeria dan warga tempatan perlu memiliki 51% pegangan dalam modal saham syarikat. Ambil perhatian, ia bukanlah mandatori bagi PLC disenarai dalam tukaran saham.

 

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Pelaburan Di Algeria

Syarikat perlu melantik seorang juruaudit daripada senarai pakar yang diluluskan bagi bertindak sebagai juruaudit berkanun selama tiga tahun. Kerajaan Algeria melarang pemerbadanan cawangan bagi syarikat asing. Bagaimanapun, warga asing masih boleh membuka pejabat perwakilan 100% milik asing, yang hanya boleh melakukan kerja kerja penyelidikan pasaran dan mempromosi perniagaan bagi syarikat induk. Pemerbadanan pejabat perwakilan memerlukan akreditasi daripada pihak berkuasa setiap dua tahun, dengan deposit US$20,000 dan akaun korporat Dinar Algeria yang boleh ditukar dengan deposit minimum selari dengan kos operasi selama 3 bulan.

Kerangka masa yang diperlukan bagi pemerbadanan ialah 12 hingga 16 minggu. Masa yang diambil bagi pembukaan akaun bank korporat ialah 4 ke 5 minggu. Ia bernilai kira-kira US$12,450. Modal minimum US$1,000 juga diperlukan. Beberapa perkara yang perlu ditekankan ialah kadar cukai korporat pada kadar 26%. Di bawah undang-undang Algeria, warga asing tidak boleh memiliki syarikat 100%.

 

Mengapa Mendaftar Syarikat Di Algeria?

Algeria adalah negara yang kaya kerana beberapa sektor yang aktif dan membangun. Terdapat beberapa sebab bagi memulakan perniagaan di Algeria. Salah satunya ialah kos overhead yang rendah. Pemilik perniagaan boleh mengharapkan gas, minyak dan elektrik dengan harga rendah. Selain itu, kos tenaga buruh juga rendah, dengan gaji minimum pada kadar 18,000 Dinar Algeria. Terdapat beberapa pasaran yang berbaloi untuk pelaburan di sini.

 

Minyak dan Gas, Hidrokarbon

Algeria adalah salah satu daripada sepuluh pengeluar minyak dan gas asli di dunia. Pelaburan baru dijangkakan kerana kekurangan infrastruktur sedia ada. Faktor penyumbang adalah pembinaan paip gas bawah laut baru ke Eropah, sehingga menghasilkan pelaburan dalam penerokaan luar pesisir. Rezab gas syal yang ketiga terbesar di dunia yang boleh diperolehi terdapat di Algeria. Untuk menggalakkan pelaburan asing dalam penerokaan dan eksploitasi gas yang tidak konvensional, undang-undang hidrokarbon baru telah dilaksanakan pada tahun 2013. Bagi memenuhi pertumbuhan dalam penggunaan domestik yang semakin meningkat, Algeria merancang untuk melabur US $120 bilion menjelang 2030 dalam tenaga boleh diperbaharui.

 

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Warga Algeria mempunyak kemahiran dalam teknologi tinggi dan berminat dalam teknologi. Kementerian-kementerian Kerajaan berminat dalam pemodenan proses dan digitalisasi penyimpanan rekod. Penggunaan internet bagi perniagaan dianggarkan lebih dari 40% manakala kadar capaian internet di rumah kekal di bawah 10%.

Daftar Syarikat Di Algeria

 

Penjagaan Kesihatan

Walaupun terdapat pengharaman pengimportan produk farmaseutikal yang boleh dihasilkan di dalam negeri, sektor penjagaan kesihatan terus menjadi pasaran yang agak menarik. Permintaan untuk peralatan perubatan dan pelupusan adalah besar dan bergantung kepada barang-barang yang diimport. Taraf hidup penduduk bertambah baik, walaupun secara perlahan-lahan. Terdapat peningkatan dalam laporan mengenai hipertensi, diabetes, penyakit pernafasan dan kardiovaskular, dan alergi.

Proses untuk mendaftarkan syarikat di Algeria agak mudah apabila dipecahkan tetapi ia juga boleh menjadi agak membosankan dan rumit. Sekiranya anda memerlukan bantuan atau perkhidmatan, kami menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan ini untuk memastikan integrasi yang lancar ke dalam ekonomi di Algeria. Hubungi kami segera!