This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Panduan Tentang Dokumentasi Harga Pemindahan Di Malaysia
Harga pindahan secara umumnya merujuk kepada aturan harga antara syarikat berhubung pertukaran barang, perkhidmatan dan bahan tidak ketara di antara perseorangan berkaitan. Secara ideal, harga pindahan tidak berbeza dengan harga pasaran semasa yang akan dicerminkan dalam urus niaga di antara perseorangan yang berkaitan. Bagaimanapun, urusan perniagaan di antara individu berkaitan mungkin tidak sering mencerminkan kuasa pasaran yang dinamik.
Harga pindahan memberi kesan terhadap jumlah cukai korporat yang dibayar oleh perniagaan, sehingga ia menjadi satu bidang tumpuan di peringkat antarabangsa, dan hari ini ia merupakan fokus utama bagi pihak berkuasa cukai di Malaysia. Maka, adalah mustahak bagi menunjukkan bahawa harga transaksi antara kumpulan adalah bebas (at arm’s length) dan tidak digunakan bagi menaikkan kadar perbelanjaan secara palsu.
Pematuhan Pemindahan Harga di Malaysia
LHDN semakin memberi tumpuan kepada transaksi pihak berkaitan yang melibatkan kumpulan multinasional dan domestik. Syarikat mesti memastikan bahawa transaksi tersebut dijalankan berdasarkan prinsip harga pasaran. Semasa audit cukai, jika LHDN mendapati bahawa prinsip ini tidak dipatuhi, pelarasan cukai boleh dikenakan, yang mengakibatkan liabiliti tambahan dan penalti.
Bagi memantau pematuhan, LHDN telah memperkenalkan kotak semak dalam borang cukai syarikat untuk pembayar cukai mengisytiharkan sama ada dokumentasi pemindahan harga secara serentak (CTPD) telah disediakan. Jika sesebuah syarikat tidak menyediakan dokumentasi ini, ia mesti mengisytiharkannya dalam borang cukai, yang meningkatkan kemungkinan dipilih untuk audit pemindahan harga.
Selain itu, kegagalan menyediakan atau mengemukakan dokumentasi dalam tempoh yang ditetapkan boleh membawa kepada penalti besar, termasuk denda dan kemungkinan pendakwaan.
Di bawah Garis Panduan Pemindahan Harga Malaysia 2024, dokumentasi pemindahan harga mesti disiapkan dan bertarikh sebelum tarikh akhir pengemukaan borang cukai bagi tahun taksiran berkaitan.
Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021, kegagalan menyerahkan dokumentasi pemindahan harga secara serentak dalam tempoh 14 hari selepas permintaan—di mana dokumentasi tersebut perlu disiapkan sebelum tarikh akhir pengemukaan borang cukai tahunan—akan dikenakan penalti tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.
Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021, surcaj sehingga 5% juga boleh dikenakan ke atas pelarasan pemindahan harga jika LHDN berpendapat bahawa prinsip harga pasaran tidak dipenuhi walaupun tiada cukai tambahan yang perlu dibayar.
Dokumetasi pindahan harga serentak
Dokumentasi pindahan harga serentak bermaksud dokumentasi pindahan harga yang terhasil daripada keadaan:-
a) apabila seseorang sedang mengusahakan atau melakukan sebarang transaksi terkawal; dan
b) apabila dalam tempoh asas untuk tahun penaksiran, transaksi terkawal disemak dan terdapat perubahan material, dokumentasi tersebut perlu dikemaskini sebelum tarikh akhir bagi tujuan melengkapkan pemulangan bagi tempoh asas tersebut bagi tahun penaksiran tersebut.
Ambang
Untuk mengurangkan beban pematuhan, kategori pembayar cukai berikut tidak diwajibkan menyediakan dokumentasi pemindahan harga secara serentak (CTPD):
a. Individu yang tidak menjalankan perniagaan;
b. Individu yang menjalankan perniagaan (termasuk perkongsian) yang hanya terlibat dalam transaksi terkawal domestik;
c. Individu yang menjalankan transaksi terkawal dengan jumlah keseluruhan tidak melebihi RM1 juta; atau
d. Individu yang hanya menjalankan transaksi terkawal domestik dengan pihak lain di mana kedua-dua pihak:
- Tidak menerima insentif cukai;
- Dikenakan cukai pada kadar cukai utama yang sama; dan
- Tidak mengalami kerugian selama dua tahun berturut-turut sebelum transaksi terkawal dilakukan.
Namun, di bawah Perenggan 1.6 Garis Panduan Pemindahan Harga Malaysia, semua pembayar cukai, termasuk yang dikecualikan, masih perlu mematuhi prinsip harga pasaran dan menyimpan dokumen sokongan yang relevan bagi membuktikan penetapan harga transaksi terkawal. Sekiranya tiada dasar harga yang jelas, pembayar cukai yang dikecualikan juga mungkin dikehendaki menyediakan dokumentasi pemindahan harga bagi menunjukkan pematuhan.
Seseorang wajib menyediakan CTPD penuh jika mereka:
- menjana jumlah pendapatan kasar perniagaan melebihi RM30 juta dan terlibat dalam transaksi terkawal rentas sempadan berjumlah RM10 juta atau lebih setiap tahun; atau
- menerima atau menyediakan bantuan kewangan terkawal melebihi RM50 juta setiap tahun.
Pembayar cukai yang tidak termasuk dalam kriteria pengecualian atau tidak mencapai ambang dokumentasi penuh boleh memilih untuk menyediakan CTPD minimum.
CTPD minimum melibatkan keperluan yang lebih ringkas tetapi masih perlu disiapkan dan bertarikh sebelum tarikh akhir pengemukaan borang cukai. Ia juga perlu menunjukkan pematuhan kepada prinsip harga pasaran menggunakan kaedah yang diterima oleh Ketua Pengarah. Panduan lanjut mengenai CTPD minimum boleh didapati dalam Bab 11 Garis Panduan.
Definisi Transaksi Terkawal
Transaksi terkawal merujuk kepada sesuatu transaksi di antara:
a) perseorangan yang memiliki kawalan ke atas perseorangan yang lain;
b) individual dengan pertalian keluarga antara satu sama lain; atau
c) perseorangan yang mana di bawah kawalan perseorangan yang lain.
Contoh-contoh transaksi terkawal mungkin melibatkan jualan atau pembelian bahan mentah, saham dagangan dan aset ketara yang lain, royalti, yuran lesen, yuran pengurusan, penyelidikan dan pembangunan, sewaan, faedah atau yuran jaminan.
Pembayar cukai yang terlibat dalam transaksi terkawal adalah secara umumnya dikehendaki mengekalkan dokumentasi pindahan harga serentak. Ini merangkumi pembayar cukai yang terlibat dalam transaksi terkawal domestik di mana sekurang-kurangnya satu pihak menikmati insentif cukai atau menanggung kerugian berterusan, atau dikenakan cukai pada kadar berbeza, di mana kesan transaksi tersebut akan menyebabkan penukaran yang mengubah jumlah cukai perlu dibayar.
“Kawalan” merujuk kepada mana-mana perseorangan yang memiliki saham milik perseorangan yang lain, atau pihak perseorangan ketiga yang memiliki saham kedua-duanya, di mana peratusan saham modal yang dipegang adalah sama ada dalam situasi 20% atau lebih dan―
a) operasi perniagaan perseorangan tersebut bergantung kepada pemilikan hak, seperti paten, bukan paten kepada pengetahuan teknologi, tanda perdagangan, atau hakcipta, yang diberikan oleh perseorangan lain atau perseorangan pihak ketiga;
ba) aktiviti-aktiviti perniagaan, seperti pembelian, jualan, penerimaan perkhidmatan, pembekalan perkhidmatan, daripada perseorangan yang ditentukan oleh perseorangan yang lain, dan harga serta lain-lain syarat berkenaan pembekalan yang dipengaruhi oleh perseorangan lain tersebut atau perseorangan pihak ketiga; atau
c) di mana satu atau lebih pengarah atau ahli lembaga pengarah bagi perseorangan yang dilantik oleh perseorangan lain atau perseorangan pihak ketiga.
Pelaporan Mengikut Negara (CbCR)
Dengan pengenalan sistem pelaporan mengikut negara, entiti Pegangan Utama bagi kumpulan syarikat multinasional yang berpengkalan di sini (memiliki jumlah pulangan kumpulan melebihi RM3 bilion) adalah bertanggungjawab bagi menyedia dan memfailkan CbCR kepada LHDN dalam tempoh setahun dari penghujung tahun kewangannya.
Pembayar cukai Malaysia yang merupakan sebahagian dari kumpulan syarikat multinasional yang perlu menyedia BbCR dalam negara lain, perlu memaklumkan LHDB tentang entiti pelaporan mereka dan kediamannya, sebelum penghujung tahun kewangan.
Untuk mengelak risiko yang hadir bersama kegagalan mematuhi Panduan Harga Pindahan di Malaysia, ianya penting bagi mendapatkan perkhidmatan agensi profesional berpengalaman yang mampu membimbing anda di dalam semua keperluan pengawal seliaan secara berkesan.
Untuk sebarang pertanyaan dan butiran selanjutnya, sila emel kami di [email protected]