This page is also available in: enEnglish (English)

Panduan Membuka Hotel di Malaysia

Malaysia merupakan antara destinasi pelancongan yang terkemuka di dunia, maka tidak mengejutkanlah bahawa perniagaan perhotelan bercambah disebabkan situasi ini. Industri hospitaliti di Malaysia mendapat keuntungan hasil dari peningkatan industri pelancongan, dan hotel berkelas dunia tumbuh bagai cendawan di merata tempat dengan pelbagai cawangan ditubuhkan di seluruh dunia.

Walaupun terdapat permintaan khusus untuk perhotelan di Malaysia, seorang usahawan yang merancang membuka sebuah hotel di sini perlu mempertimbangkan beberapa perkara tertentu. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan termasuklah:

  • Kos – Kos memulakan perniagaan adalah salah satu aspek yang perlu dipertimbang para pelabur dengan berhati-hati, terutamanya bagi sesuatu yang besar seperti sebuah hotel. Penilaian dengan angka sebenar, nombor dan data tertentu perlu dibentangkan dan pelabur perlu memastikan terdapat dana yang mencukupi untuk memulakan usaha dan mengekalkannya dalam jangka waktu tertentu.
  • PersainganIndustri pelancongan di Malaysia adalah salah satu bidang perniagaan yang paling kompetitif, dan sebelum memulakan usaha perniagaan, adalah penting untuk memeriksa persaingan. Bagaimana ini dilakukan? Melalui penilaian pasaran. Kenali persaingan anda dengan teliti dan apa yang anda akan lakukan sekiranya anda memilih untuk membuka sebuah hotel di Malaysia.
  • PekerjaApakah salah satu perkara terbaik di dalam usaha membuka sebuah hotel di Malaysia? Anda tidak akan berdepan kekurangan pekerja untuk mengisi jawatan dalam syarikat anda. Tenaga buruh tempatan di negara ini lebih daripada dilengkapi dan berpendidikan tinggi serta cukup mahir untuk menggalas cabaran bekerja dalam industri ini.
  • Undang-UndangMembuka hotel di Malaysia bagi warga asing hadir dengan peraturan yang berbeza dan keperluan pelesenan. Untuk memulakan operasi sebuah hotel, lesen perniagaan Malaysia adalah wajib.

 

Apakah Keperluan yang Dititiberatkan bagi Memulakan Perniagaan Hotel di Malaysia?

Menyimpan nama hotel adalah satu perkara penting. Pembukaan perniagaan hotel di Malaysia memerlukan beberapa aspek dipenuhi dan ia termasuk:

Selain dari itu – terutamanya bagi hotel bertaraf 5 bintang di Malaysia –pelbagai lesen perlu diperoleh sekiranya usahawan mahu meraih pelbagai manfaat hasil dari menjalankan perniagaan perhotelan. Ini merangkumi:

  • Penjualan minuman beralkohol di bar, kedai kopi dan/atau restoran
  • Pengunaan iklan-iklan di hotel
  • Pembukaan kolam renang dan tempat letak kenderaan
  • Pembukaan pusat kecantikan
  • Segala fasiliti dan hiburan dalam bangunan

Mahu memulakan perniagaan hotel di Malaysia? Buat temujanji dengan kami sebagai permulaan, dan anda akan mendapat bantuan terbaik di  mana kami mampu membantu anda memenuhi semua objektif, matlamat perniagaan serta banyak lagi. Hubungi kami hari ini untuk lebih informasi.