This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Tumpuan Pakej Rangsangan Tambahan untuk PKS di Malaysia

Tumpuan Pakej Rangsangan Tambahan untuk PKSPada 6 April 2020, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pakej rangsangan tambahan yang khusus disasarkan untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Pakej PKS ini adalah tambahan kepada rangsangan ekonomi RM250 bilion yang diumumkan pada 27 Mac 2020.

 

Ringkasan Pakej Rangsangan Tambahan

Berikut adalah sorotan pakej rangsangan tambahan:

  • Peruntukan tambahan sebanyak RM7.9 bilion untuk program subsidi gaji 3 bulan yang diperkenalkan dalam pakej rangsangan terdahulu kepada syarikat, berdasarkan jumlah pekerja. Jumlah upah yang layak kekal sama iaitu RM4,000 dan ke bawah. Jumlah subsidi adalah seperti berikut:-
    • RM1,200 untuk syarikat dengan kakitangan kurang daripada 75.
    • RM800 untuk syarikat dengan kakitangan antara 75 hingga 200.
    • RM600 untuk syarikat dengan kakitangan lebih daripada 200.
  • Syarat tambahan ialah syarikat perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan juga berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Syarikat-syarikat perlu mengekalkan pekerja selama 6 bulan.
  • Geran PRIHATIN Khas berjumlah RM2.1 bilion akan diterbitkan untuk perusahaan mikro yang layak. Pemberian RM3,000 akan diberikan kepada setiap syarikat, dengan memberi manfaat kepada hampir 700,000 syarikat mikro. Syarikat mesti berdaftar dengan LHDN. Pihak berkuasa tempatan dan SSM akan menyediakan senarai perusahaan mikro yang layak kepada Kerajaan.
  • Faedah dikurangkan dari 2% kepada 0% ke atas Skim Kredit Mikro RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional. Skim pinjaman mudah (soft loan) untuk syarikat mikro juga diperluaskan kepada TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 pada 0% faedah bagi setiap syarikat. Untuk tujuan ini, sejumlah RM200 juta akan disediakan. Pemohon dibenarkan memilih mana-mana skim ini untuk memberi manfaat kepada lebih banyak usahawan mikro.
  • Potongan cukai lebih lanjut yang berkuatkuasa dari April hingga Jun 2020 akan diberikan kepada pemilik premis perniagaan swasta yang menyediakan pengurangan atau pengecualian sewa kepada PKS. Pengurangan sewa mestilah sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa asal untuk tempoh tersebut.
  • 25% pengurangan bayaran levi pekerja asing untuk semua syarikat dengan permit kerja tamat dari 1 April hingga 31 Disember 2020. Pengurangan ini tidak terpakai kepada pembantu rumah.
  • Kerajaan telah bersetuju untuk menggalakkan rundingan antara majikan dan pekerja atas terma pekerjaan termasuk pilihan pemotongan gaji dan cuti tanpa gaji semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pekerja dan majikan boleh merujuk kepada Jabatan Buruh untuk mendapatkan nasihat mengenai pertikaian yang belum diselesaikan. Semua rundingan mestilah mengikut undang-undang dan peraturan pekerjaan.
  • Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan moratorium 30 hari secara automatik dari tarikh terakhir PKP untuk memudahkan pengemukaan dokumen statutori yang dikehendaki oleh SSM. Di samping itu, tarikh akhir untuk mengemukakan penyata kewangan juga telah dilanjutkan selama 3 bulan dari tarikh terakhir PKP. Pelanjutan ini terpakai kepada syarikat yang berakhir pada 30 September hingga 31 Disember 2019. Walau bagaimanapun, Syarikat perlu memohon pelanjutan daripada SSM, dan tiada caj lewat akan dikenakan ke atas syarikat-syarikat ini.

 

Tumpuan Pakej Rangsangan Tambahan untuk PKS