This page is also available in: enEnglish (English) zh-hans简体中文 (Chinese (Simplified))

Tanggungjawab Sosial Korporat

Di 3E Accounting, kami bertekad dan menumpukan sepenuh perhatian dalam membuat perubahan di dalam cabang tanggungjawab sosial korporat (TSP). Kami memandang serius TSP sebagai cara untuk berbakti kembali kepada masyarakat di setiap tempat yang kami boleh. Sumbangan positif kepada masyarakat menjadi aspirasi buat kami untuk memberikan yang terbaik buat masyarakat melalui kepelbagaian bentuk inisiatif TSP kami.

Kitar semula Pakaian Lama untuk Amal - Disember 2017

Pada Disember 2017, 3E Accounting menyertai program CRC (Community Recycle for Charity) yang tanpa mengira kaum atau agama dengan mendermakan barangan yang digunakan seperti pakaian dan mainan kepada orang yang memerlukan. Ini adalah inisiatif kitar semula yang bermakna untuk 3E Accounting, lebih penting, ini adalah cara terbaik untuk memperbaiki kehidupan orang lain sambil meminimumkan sisa.

UTAR Wushu Club - Oktober 2015

3E Accounting UATR Wushu Club

Pada Oktober 2015, 3E Accounting telah menaja Universiti Tunku Abdul Rahman, sebuah universiti swasta bebas profit, di dalam acara UTAR Wushu Club’s R.O.M.A.N 2015. Sekolah ini ditubuhkan di bawah perbadanan yang dipanggil UTAR Education Foundation, sebuah organisasi bebas.Kami percaya dengan sumbangan ini akan membawa kepada perubahan. Acara Reunion of Martial Art Night telah dilangsungkan di kampus sekolah di mana terdapat pelbagai jenis seni mempertahankan diri seperti Wushu, Wudo, Karate, Muay Thai dan Taekwondo untuk para pelajar dan juga orang ramai.