This page is also available in: enEnglish (English)

Pelepasan Cukai Peribadi di Malaysia

Pelepasan disediakan bagi individu pemastautin bercukai di Malaysia bagi sesuatu Tahun Pentaksiran untuk mengurangkan pendapatan bercukai dan liabiliti cukai. Syarikat tidak layak bagi pelepasan dan rebat.

Syarat kelayakan bagi setiap pelepasan perlu dipenuhi untuk meminimakan liabiliti cukai pendapatan.

Bagi keadaan di mana nilai pelepasan melebihi nilai pendapatan, jumlah melebihi tidak boleh dibawa ke hadapan ke Tahun Pentaksiran seterusnya. Pendapatan bercukai adalah sifar dan tiada cukai pendapatan perlu dibayar bagi Tahun Pentaksiran tersebut.

Pelepasan cukai yang boleh dituntut oleh individu pemastautin di Malaysia (untuk Tahun Pentaksiran 2017 dan 2018).

No. Jenis pelepasan Had
1. Individu RM9,000
2. Individu Kurang Upaya (tambahan) RM6,000
3. Isteri / suami / bayaran alimoni kepada bekas isteri RM4,000
4. Isteri / suami kurang upaya RM3,500
5. Kos peralatan sokongan asas untuk individu kurang upaya (diri, pasangan, anak atau ibu bapa) RM6,000
6. Perbelanjaan perubatan untuk penyakit serius (termasuk pemeriksaan perubatan lengkap hingga RM500 untuk diri sendiri, pasangan atau anak)

  • Kanser
  • Serangan Jantung
  • Hipertensi pulmonari
  • Kegagalan Renal
  • Penyakit Hati Kronik
  • Hepatitis Viral Fulminant
  • Tumor Otak atau Malformasi Vaskular
  • Kebakaran serius
  • Pemindahan Organ Utama
  • Penyakit Parkinson
  • HIV & AIDS
  • Amputasi Anggota Tubuh Utama
  • Trauma Kepala dengan Neurologi
  • Penyakit Kulit Kronik
  • Penyakit Mental
  • Diabetes Mellitus
  • Thalassemia Major
  • Rheumotalogi
  • Leukaemia
RM6,000
7. Yuran Pendidikan (sendiri)

  • Kursus yang layak untuk Sijil / Diploma / Ijazah Sarjana Muda – Undang-undang, Perakaunan, Pembiayaan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Sains atau Teknologi
  • Mana-mana kursus pengajian untuk ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah

 TIDAK LAYAK untuk pemegang biasiswa

 

RM7,000
8. Simpanan bersih di Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk kanak-kanak

·        Jumlah deposit pada tahun 2017 tolak Jumlah pengeluaran pada tahun 2017

RM6,000
9. i)     Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar harian yang dicetak dan lain-lain penerbitan yang sama (tidak termasuk penerbitan yang dilarang)

ii)    Pembelian peralatan sukan (untuk mana-mana aktiviti sukan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997)

·        TIDAK LAYAK untuk pembelian pakaian dan kasut sukan

iii)    Pembelian komputer, telepon pintar atau tablet

iv)    Langganan internet jalur lebar & keahlian Gimnasium

RM2,500

 

10. Faedah pinjaman perumahan

·        Jumlah terhad kepada maksimum RM10,000 untuk setiap tahun asas bagi tempoh tiga tahun berturut-turut

·        Syarat kelayakan:

ü  Individu warganegara dan pemastautin       

ü  Pembelian hartanah kediaman terhad kepada satu unit sahaja dan tidak disewakan

ü  Perjanjian Jual Beli dilaksana daripada 10.03.2009 – 31.12.2010

RM10,000
11. Potongan bagi Kanak-Kanak

·        Di bawah 18 tahun

·        18 tahun ke atas:

ü  Persekolahan

ü  Menuntut di Institusi Pengajian Tinggi

·        Kanak-Kanak kurang upaya

·        Kanak-kanak kurang upaya yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi

 

RM2,000

 

RM2,000

RM8,000

RM6,000

RM14,000

12. KWSP dan Insuran Hayat (sendiri dan pasangan) RM6,000
13. Skim persaraan swasta dan anuiti tertunda yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti RM3,000
14. Premium insurans pendidikan dan perubatan (sendiri, pasangan dan anak) RM3,000
15. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) RM250
16. Rawatan perubatan, keperluan khas dan perbelanjaan penjagaan untuk ibu bapa; atau Potongan untuk ibu bapa:

·        Bapa

·        Ibu

ü  Tertakluk kepada kriteria di bawah seksyen 46 (1) (o) Akta Cukai Pendapatan 1967

ü  Tidak menuntut rawatan perubatan, keperluan khas dan perbelanjaan penjagaan untuk ibu bapa pada tahun pentaksiran yang sama

 

RM5,000

 

RM1,500

RM1,500

17. Kelengkapan penyusuan ibu RM1,000
18. Yuran yang dibayar kepada pusat penjagaan kanak-kanak dan tadika RM1,000