This page is also available in: enEnglish (English)

Print Friendly

Panduan Lengkap bagi Pembukaan Akaun Bank Koperat di Malaysia

Tujuan panduan ini adalah untuk memberi gambaran tentang keperluan untuk pembukaan akaun bank korporat dan membantu anda untuk memilih bank yang sesuai untuk keperluan perbankan syarikat anda di Malaysia. Tumpuan diberikan kepada keperluan perbankan bagi syarikat-syarikat kategori bersaiz kecil dan sederhana. Untuk makluman anda, maklumat yang dihuraikan di sini adalah untuk panduan am sahaja. Sebaik sahaja memutuskan pilihan bank anda, anda perlu mengesahkan ciri-ciri akaun di bank tersebut secara langsung untuk mengetahui dasar-dasar polisi dan tawaran terkini dari bank tersebut.

Sejak kebelakangan ini, kebanyakan Bank di Malaysia telah membataskan proses pembukaan akaun bank bagi sesebuah syarikat. Dalam maklumat kemaskini yang terbaru, seorang warga asing yang ingin bertindak sebagai penandatangan cek yang dibenarkan untuk akaun bank sesebuah syarikat, perlu memiliki dokumen perniagaan/visa pekerjaan/permit yang sah. Kalau gagal dalam kriteria tersebut, maka individu tersebut tidak dibenarkan untuk menjadi penandatangan cek.

Bagaimanapun, berita baik untuk anda bahawa 3E Perakaunan sebagai seorang pakar dalam menubuhkan syarikat di Malaysia dan membantu dalam pembukaan akaun bank, kami mempunyai rekod yang baik dalam membantu banyak pelanggan asing untuk membuka akaun bank syarikat dengan jayanya. Malaysia akan kekal sebagai negara yang mengalu-alukan pelabur asing untuk melabur dan memulakan perniagaan mereka di Malaysia untuk membantu dalam mengembangkan pasaran kerja dan meningkatkan ekonomi negara. Peluang untuk pembukaan akaun bank dengan jayanya adalah tinggi jika syarikat anda mempunyai sokongan kewangan yang kuat dari syarikat induk di luar negara.

Secara umumnya, bank-bank di Malaysia memerlukan anda mempunyai perkara-perkara berikut (selepas syarikat ditubuhkan di Malaysia) untuk membuka akaun bank korporat untuk syarikat anda yang diperbadankan di Malaysia:

– Borang pembukaan akaun yang piawai and ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuatkuasa.

– Salinan dokumen-dokumen berikut yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat:

  • Satu resolusi dari Lembaga Pengarah yang meluluskan pembukaan akaun bank korporat (Sila rujuk dibawah untuk maklumat yang dikehendaki bagi penyediaan resolusi)
  • Borang 24 – Penyata Peruntukan
  • Borang Saham 49 – Senarai Pengarah
  • Borang 44 – Alamat pejabat yang didaftarkan
  • Memorandum dan Artikel Persatuan
  • (M&A) Borang 9 – Sijil Pendaftaran Syarikat

– Salinan pasport (atau Kad Identiti Kebangsaan Singapura) dan bukti alamat kediaman Pengarah, Penandatangan yang diberi kuasa, dan pemilik manfaat yang utama.

– Salinan Sijil Penyandang bagi Syarikat Induk (Bagi pemegang saham korporat sahaja). Sijil Penyandang merupakan dokumen rasmi yang menyenaraikan nama-nama pengarah dan pegawai dalam sesebuah organisasi, dan kedudukan korporat mereka di dalamnya. Sijil penyandang digunakan sebagai pengesahan identiti pihak yang berkuasa tandatangan syarikat dan sebagai bukti bahawa mereka diberi kuasa untuk melaksanakan urus niaga secara sah bagi pihak syarikat.

– Sokongan oleh seorang pengenal jika diminta oleh pihak bank.

Setiap bank mempunyai kehendak yang berbeza bagi pembukaan akaun. Anda dinasihatkan supaya melawat bank pilihan anda untuk mendapatkan pengesahan tentang keperluan pendaftaran. Secara umumnya, anda dikehendaki untuk menyediakan maklumat-maklumat berikut kepada pihak kami untuk menyediakan resolusi dan dokumen yang lain bagi pembukaan akaun bank:

  • Nama Bank, cawangan dan alamat
  • Jenis akaun – contoh. Akaun Semasa, Perbankan Internet, Akaun Matawang Asing dan lain-lain.
  • Contoh/Format bagi pembukaan akaun resolusi sepertimana diperuntukkan oleh pihak bank.
  • Dan bilangan salinan yang dikehendaki oleh bank (contoh. Borang 24, Borang 49, Memorandum dan Artikel Persatuan dan lain-lain)
  • Senarai penandatangan yang berkuasa (Nama seperti dalam kad pengenalan, nombor kad pengenalan, jawatan (selain dari Pengarah Syarikat)).
  • Cara beroperasi (Bersendirian atau bersama atau lain-lain)

 
Kebanyakan bank memerlukan penandatangan akaun dan Pengarah Syarikat menghadirkan diri di Malaysia bagi menandatangani dokumen rasmi semasa pembukaan akaun bank korporat. Segelintir bank akan mengenakan syarat bahawa melawat pejabat di Malaysia sebelum memproses permohonan untuk membuka akaun bank. Tambahan, pihak bank mungkin akan memerlukan dokumen tambahan mengikut keperluan.

Diingatkan bahawa kesemua bank di Malaysia perlu mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Oleh itu, pihak mereka akan mengendalikan pemantauan dan penyiasatan yang bersiri terhadap pelanggan potensi mereka sebelum membuka akaun baru untuk syarikat mereka.

Ini bukan sahaja untuk melindungi mereka dari sebarang kerisikoan, tetapi juga adalah sebahagian dari pematuhan peraturan yang ketat bagi polisi untuk menangani pengubahan wang haram. Sepertimana yang anda tahu, Malaysia sangat serius memerangi pembiayaan keganasan dan sebarang urusniaga yang haram. Oleh itu, syarikat yang terlibat dengan urusan yang tidak mengikuti perlembagaan, akan melalui kesusahan semasa urusan tersebut.

Bergantung dengan jumlah penyiasataan yang dijalankan oleh pihak bank untuk mengesahkan identiti dan kesahihan Pengarah, Setiausaha dan syarikat tersebut, ianya mungkin akan mengambil masa selama beberapa minggu hingga tiga bulan untuk membuka akaun bank baru bagi syarikat. Masa pemprosesan akan memakan masa yang lama bagi pemohon yang gagal menghadirkan diri di Malaysia dan peluang untuk mendapat kelulusan adalah sangat tipis, melainkan Syarikat Induk anda mempunyai hubungan yang rapat dengan Pegawai Bank.

Oleh itu, kami mengesyorkan anda untuk menghadirkan diri di Malaysia semasa permohonan untuk membuka akaun bank korporat bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan kelambatan pemprosesan dan meningkatkan peluang untuk mendapat kelulusan. Pihak bank mempunyai hak untuk meminta pemilik manfaat yang utama supaya menhadirkan diri sekiranya permohonan diluluskan oleh pihak bank.

Jikalau anda memerlukan calon Pengarah/Setiausaha kami untuk menandatangani borang permohonan untuk membuka akaun bank (berdasarkan pengalaman kami berurusan dengan bank, ianya jarang berlaku), suatu Resolusi Pengarah perlu disediakan untuk memberi kuasa kepada Pengarah/Setiausaha syarikat untuk menandatangani sebagai wakil Syarikat dan dokumen bank perlu diisi oleh pihak bank dan ditandatangani di pejabat kami. Yuran sebanyak RM150, bergantung kepada bank, dikenakan sebagai bayaran untuk menyediakan resolusi dan mewakili menandatangani dokumen-dokumen bank.

Untuk proses pembukaan akaun bank,kami hanya boleh menyediakan perkhidmatan pengesahkan dokumen termasuk salinan paspot/NRIC hanya jika pemegang dokumen hadir ke pejabat kami bersama dengan dokumen asal. Bayaran tambahan akan dikenakan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi perunding kami melalui emel info@3ecpa.com.my bila-bila masa supaya kami boleh membantu anda bagi penubuhan syarikat dan pembukaan akaun bank di Malaysia.