This page is also available in: enEnglish (English)

Pendaftaran Syarikat di Barbados

Barbados, sebuah pulau yang terletak di Caribbean, adalah salah satu destinasi pelaburan pilihan ramai kerana faktor politik, kestabilan sosial, tenaga kerja mahir, infrastruktur moden serta iklim pelaburannya yang rancak. 

 

Mengapa Melabur di Barbados?

1. Tinjauan Pasaran Barbados

Sebagai antara negara yang paling membangun serta terkaya di Timur Caribbean, Barbados mencatat salah satu pendapatan per kapita tertinggi di rantau tersebut. Bahkan, tradisi demokratik yang lama serta kebebasan politik dan ekonominya merupakan asas terpenting di sebalik pencapaian ekonomi Barbados yang mapan. Di Barbados, perniagaan borong dan runcit, perusahaan dan lain-lain perkhidmatan, perkhidmatan kerajaan dan pelancongan adalah antara empat tonggak utama yang menyumbang kepada KDNK negara tersebut. Sementara itu, kewangan luar pesisir dan perkhidmatan informasi turut memain peranan utama selaku penjana tukaran asing kerana lokasi strategiknya (di mana Barbados terletak di zon waktu yang sama dengan pusat-pusat kewangan di timur Amerika Syarikat) serta tenaga kerjanya yang mahir. Meski dilanda kegawatan 2008-09, ekonomi Barbados telah mencatat pertumbuhan yang besar kerana peningkatan mendadak kehadiran pelancong, di samping pretasi baik yang ditunjukkan sektor-sektor pembinaan, perkhidmatan kewangan dan ekport.

2. Peluang Pasaran Barbados

Selaku salah satu negara anggota Komuniti Caribbean (“CARICOM”) dengan sistem Pasaran dan Ekonomi Tunggal CARICOM (“CSME”), Barbados menikmati hubungan dagangan dua hala yang baik dengan negara-negara termasuk Amerika Syarikat (dengan hampir 70% bekalan makanan Barbados diimport di mana satu pertiga darinya didatangkan dari Amerika Syarikat) dan China.

3. Kelebihan melakukan urusniaga di Barbados

  • Regim cukai dan kadar cukai rendah yang menarik
    • Cukai Korporat di mana kadar cukai korporat di Barbados adalah 25%. Di bawah Akta Perniagaan Kecil, cukai korporat bagi syarikat tempatan adalah 15% di mana syarikat-syarikat pengilang turut sama membayar cukai pada kadar 15%.
    • Cukai Tambah Nilai atau Value Added Tax (VAT). VAT di Barbados adalah 17.5% di mana sesetengah entiti perniagaan seperti syarikat perniagaan antarabangsa, pertubuhan antarabangsa dengan liabiliti terhad, bank-bank antarabangsa, dan syarikat insuran yang dikecualikan layak mendapat pengecualian cukai.
  • Barangan diimport adalah dikecualikan cukai.
  • Ruang kilang dengan kos rendah dan diberi subsidi
  • Perkhidmatan perundingan nasihat percuma disediakan oleh Perbadanan Pembangunan dan Pelaburan Barbados (BIDC)
  • Tenaga kerja dengan kemahiran tinggi dan berpendidikan

 

Mendaftar Perniagaan di Barbados

Seperti juga lain-lain jurisdiksi, Barbados memiliki syarat-syarat penubuhan dan prosedur yang tertentu. Begitupun, prosedur pemerbadanannya adalah lebih mudah dan ringkas. Kesemua syarikat di Barbados perlu terlebih dahulu mendaftar dengan Pejabat Hal-Ehwal Korporat dan Harta Intelektual.

1. Entiti Perniagaan di Barbados:

  • Syarikat Biasa di Barbados (Regular Barbados Companies RBCs) Syarikat jenis ini diperbadankan di bawah Akta Syarikat di Barbados dan ia boleh menjalankan perniagaan antarabangsa dengan persetujuan Bank Pusat Barbados.
  • Pertubuhan dengan Liabiliti Terhad (Societies with Restricted Liability SRLs) Syarikat jenis ini ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan dengan Liabiliti Terhad. Tidak seperti RBC, SRL boleh dianggap entiti yang diketepikan daripada cadangan cukai Amerika Syarikat (tetapi dengan syarat tertentu).
  • Syarikat Perniagaan Antarabangsa (International Business Companies IBCs) Secara amnya didaftarkan di bawah Akta Syarikat Barbados, IBC hanya menjalankan perniagaan antarabangsa. IBC juga dimandatkan agar memiliki Lesen Perniagaan Antarabangsa yang dikeluarkan oleh Menteri berwajib bagi Perniagaan Antarabangsa.
  • Pertubuhan Antarabangsa dengan Liabiliti Terhad (International Societies with Restricted Liability ISRLs) Didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan dengan Liabiliti Terhad (Akta SRL) di Barbados, ISRL diwajibkan memohon Lesen Perniagaan Antarabangsa daripada Menteri berkaitan Perniagaan Antarabangsa. Selain memiliki tanah bagi perniagaan (yang dipegang secara perjanjian pajakan atau sewaan atau urusniaga dengan mana-mana pemastautin Barbados), ISRL tidak boleh membeli atau memiliki tanah di Barbados. Seperti juga SRL, ISRL boleh dianggap dikecualikan daripada urusan cukai AS.
  • Syarikat Insuran Dikecualikan (Exempt Insurance Companies EICs) Diperbadankan di bawah Akta Syarikat di Barbados, EIC dimandatkan agar memohon lesen di bawah Akta Insuran Dikecualikan (Akta EIC). Ambil perhatian bahawa objektif dan aktiviti syarikat adalah salah satu syarat bagi kelayakan mendapatkan lesen EIC. Definisi Insuran Dikecualikan: dibawah Akta EIC, EIC bertindak selaku perniagaan yang menanggung risiko yang terletak di luar Barbados dari segi di mana premium dikeluarkan di luar Barbados.
  • Syarikat Insuran Berkelayakan (Qualifying Insurance Companies QICs) Diperbadankan di bawah Akta Syarikat Barbados, QIC didaftar sebagai pemberi insuran di bawah Akta Insuran dan perlu memohon sijil untuk layak sebagai sebuah QIC. Salah satu keperluan untuk mendapatkan kelayakan sebagai QIC ialah syarikat perlulah menjadi pemberi insuran berdaftar dengan syarat-syarat:
    • Sekurang-kurangnya 90% pulangan kasar daripada premium insuran terhasil dari luar CARICOM
    • Sekurang-kurangnya 90% dari segala risiko yang ditanggung adalah dari luar
  • Bank Antarabangsa (International Banks IBs) Diperbadankan di bawah Akta Syarikat, IB dimandatkan memohon lesen untuk layak beroperasi sebagai bank antarabangsa di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa.

2. Bagaimana mendaftar syarikat di Barbados:

Langkah-langkah berikut wajib dilakukan bagi melengkapkan pendaftaran sesebuah syarikat:

  • Nama syarikat adalah diperlukan
  • Alamat rasmi perniagaan di Barbados adalah diperlukan (alamat menunjukkan di mana saham didaftar, buku-buku minit dan maklumat berkanun yang lain tersimpan)
  • Pelantikan para pengarah syarikat – sesebuah syarikat memerlukan sekurang-kurangnya seorang pengarah
  • Nama penuh dan alamat kediaman setiap pengarah syarikat yang dicadangkan perlu diberikan
  • Nama penuh dan alamat kediaman setiap pemegang saham syarikat perlu diberikan
  • Butiran perniagaan seperti jenis aktiviti perniagaan yang akan dijalankan perlu diterangkan
  • Kelas-kelas saham juga perlu dijelaskan (dalam kes di mana terdapat lebih daripada satu) yang mana syarikat berhak mengeluarkannya.

3. Pendaftaran Syarikat Perniagaan Antarabangsa atau International Business Company (IBC)

  • IBC perlu didaftarkan di bawah Akta Syarikat
  • Permohonan diperlukan bagi lesen IBC daripada Menteri Perniagaan Antarabangsa sebaik sahaja syarikat diperbadankan.
  • Penjelasan ringkas berkenaan aktiviti perniagaan yang dirancang, nama dan alamat para pemegang saham serta peratusan pegangan saham perlu disertakan di dalam permohonan.
  • Yuran permohonan sebanyak US$125 di mana ia perlu dijelaskan kepada Unit Perniagaan Antarabangsa (IBU), Kementerian Industri, Perniagaan Antarabangsa, Perdagangan dan Pembangunan Perusahaan Kecil.
  • Syarat Tahunan:
    • Bayaran lesen tahunan: US$500
    • Bayaran lesen IBC perlu dijelaskan setiap tahun pada atau sebelum 31 Disember
    • Keperluan audit merupakan salah satu syarat mandatori sekiranya aset dan pulangan kasar syarikat melebihi ambang statutori pada paras US$2.0M
    • Pulangan tahunan perlu difailkan sebelum 31 Januari
    • Penyata kewangan perlu difailkan dengan pihak berwajib yang mengawal selia

Eloklah sekiranya kami permudahkan: iklim perniagaan di Barbados menawarkan pelbagai bentuk peluang dan sokongan bagi pelabur tempatan dan antarabangsa. Sekiranya anda meninjau peluang melabur di kepulauan Caribbean, Barbados merupakan destinasi pelaburan yang menarik untuk diterokai.
 
Bagi mendapatkan sebut harga dan maklumat lanjut bagaimana Mendaftar Syarikat di Barbados, sila hantarkan emel kepada kami di info@3ecpa.com.my dan kami pasti akan membalasnya dengan segera dalam tempoh 24 jam.