This page is also available in: enEnglish (English)

Mendaftar Syarikat di Singapura

Sekiranya ada sesuatu perkara yang menyebabkan Singapura terkenal, maka tentulah perkara itu berkaitan persekitaran mesra-perniagaannya yang menyebabkan para pelabur terus tertarik ke sini. Walaupun bersaiz kecil, pulau itu telah membuktikan kebolehannya menarik ramai pelabur asing dan kini republik yang ditadbir lancar kerana ekonominya itu terus berkembang pesat.

 

Mengapa pelabur memilih mendaftarkan syarikat di Singapura?

Kerana ia hanya memerlukan 1-2 hari untuk menubuhkan dan mendaftarkan syarikat di Singapura. Bagi pelabur yang melihat untuk memulakan perniagaan serta merta, jumlah ini amat disenangi. Singapura merupakan tempat mudah mendaftarkan syarikat, terutamanya dengan dasar imigresen yang fleksibel yang ditawarnya.

Kerajaan Singapura telah menjangkakan keperluan pelabur dan membuat peruntukan sewajarnya agar proses pendaftaran perniagaan memberikan lebih banyak kemudahan. Dasar imigresen di negara itu yang menyelesakan telah dirangka bagi memenuhi keperluan pelabur asing, dan menjadikan status Pemastautin Tetap (PR) mudah didapati sekiranya keadaan memerlukan.

Singapura amat meluas dengan sistem percukaian baik yang telah ditetapkan dan memiliki persekitaran selamat bagi pelabur melakukan urus niaga mereka. Negara tersebut tenang dengan gaya hidup yang stabil lantas menawarkan keseimbangan kerjaya kehidupan yang baik. Singapura juga bebas dari bencana alam dan mempunyai kerajaan memerintah yang cekap dan menyakinkan menjadi sebab lain mengapa perniagaan berkembang pesat di sini.

Singapura adalah sebuah komuniti perniagaan yang canggih dan telah diiktiraf nombor satu di dunia untuk kemudahan menjalankan perniagaan oleh Bank Dunia. Ini telah meningkatkan lagi keinginannya menggapai lebih tinggi. Bagi pelabur yang ingin mendaftarkan sebuah syarikat di Singapura, tidak ada tempat yang lebih baik untuk melakukannya berbanding di negara yang telah diberi kedudukan terbaik di dunia.

Singapura juga telah meraih nombor satu di dunia dengan tenaga buruh yang terbaik, dan tidak hairanlah kerana kerajaan banyak melabur untuk rakyatnya. Kerajaan Singapura sentiasa komited untuk memperbaiki masyarakatnya, terutama melalui pendidikan dalam melengkapkan mereka sepenuhnya untuk memenuhi tuntutan dunia perniagaan yang mencabar.

 

Bagaimana Mendaftar Syarikat di Singapura

Syarikat-syarikat sendirian berhad adalah pilihan yang paling biasa dan fleksibel bagi pelabur yang ingin mendaftar sebuah syarikat di Singapura. Mendaftar sebuah syarikat di Singapura memerlukan sekurang-kurangnya seorang pemegang saham dan seorang pengarah pemastautin.

Sebuah syarikat berdaftar di Singapura juga memerlukan satu setiausaha syarikat dan alamat fizikal di Singapura. Dokumentasi yang diperlukan untuk mendaftarkan sebuah syarikat di Singapura termasuk:

  • Dokumentasi nama syarikat
  • Penerangan aktiviti perniagaan yang dijalankan
  • Corak pemegangan syarikat
  • Perjanjian pemegang saham syarikat
  • Butiran pemegang saham dan pengarah
  • Di mana alamat berdaftar terletak
  • Butir-butir setiausaha syarikat
  • Memorandum dan artikel persatuan
  • Profil perniagaan syarikat
  • Sijil pemerbadanan
  • Sijil saham
  • Resolusi lembaga yang pertama
  • Resolusi pembukaan akaun bank.

Perniagaan yang didaftarkan di Singapura juga perlu melantik juruaudit dalam tempoh tiga bulan dari pembentukan syarikat. Ini terpakai kepada semua syarikat melainkan jika syarikat tersebut dikecualikan daripada keperluan audit.

Untuk memohon sebut harga dan maklumat lanjut tentang Pendaftaran Syarikat di Singapura, sila emel kami di info@3ecpa.com.my dan kami akan membalas dengan segera dalam tempoh 24 jam.