This page is also available in: enEnglish (English)

Mendaftar Syarikat di Finland

Sebagai salah satu ahli Kesatuan Eropah (EU), Finland menduduki tempat sembilan di kalangan negara paling mudah bagi menjalankan perniagaan dalam Laporan Bank Dunia pada tahun 2014. Lokasi Finland membolehkannya mengakses pasaran yang lebih luas.
Bahasa Inggeris digunakan secara meluas di Finland sebagai bahasa perniagaan, menjadikannya mudah bagi perniagaan antarabangsa untuk mendirikan pangkalan dan mendaftarkan syarikat di Finland. Negara ini juga bernasib baik kerana mempunyai persekitaran politik dan ekonomi yang stabil, yang jika anda seorang pelabur yang ingin memulakan perniagaan, ianya berita baik kerana tentunya didambakan setiap perniagaan bagi merancang penubuhannya.
Finland juga merupakan peneraju global dalam pasaran aplikasi teknologi telekomunikasi dan inovasi. Bagi pelabur yang perniagaannya terlibat dalam sektor tersebut, negara ini tentu lokasi terbaik. Kerajaan Finland menumpukan kepada peningkatan pasaran global dan membuka halangan perdagangan untuk menjadikan transaksi perniagaan lebih mudah. Persekitaran perniagaan terbuka negara ini dengan tahap korupsi yang rendah, menjadikan Finland lebih menarik bagi pelabur mengintai peluang.

 

Jenis-Jenis Perniagaan di Finland

Bagi pelabur asing yang berminat untuk menubuhkan perniagaan di Finland, pilihan yang tersedia untuk menubuhkan perniagaan termasuk syarikat liabiliti terhad swasta atau awam atau melalui pejabat cawangan Finland.

Terdapat juga pilihan untuk menjalankan perniagaan melalui perkongsian umum atau terhad atau melalui koperasi. Para pelabur juga boleh memilih, jika mereka mahu, untuk menubuhkan sebuah cawangan perniagaan sedia ada di Finland.

Jenis entiti perniagaan yang paling popular yang biasanya menarik pelabur adalah syarikat liabiliti terhad swasta atau awam.

 

Mendaftar Syarikat di in Finland

Para pelabur yang ingin mendaftar sebuah syarikat di Finland perlu melalui proses berikut:

  • Pilih nama syarikat dan daftarkan nama tersebut dengan Daftar Perdagangan untuk mengekalkan hak eksklusif bagi nama tersebut. Daftar Perdagangan diselia oleh Pejabat Paten dan Pendaftaran Finland (PRH).
  • Buka akaun bank untuk syarikat dengan sekurang-kurangnya satu salinan memorandum persatuan.
  • Depositkan modal saham berbayar ke dalam bank dan bayar yuran pendaftaran untuk memperoleh resit. Akta Syarikat memerlukan modal saham berbayar dibayar sepenuhnya ke akaun bank syarikat.
  • Hantar borang pemberitahuan permulaan tunggal kepada Lembaga Paten dan Pendaftaran Negara, yang juga dikenali sebagai NBPR. Perisytiharan asas kepada Daftar Perdagangan mestilah difailkan dalam Bahasa Finland atau Sweden.
  • Hantar borang pemberitahuan permulaan tunggal kepada Pentadbiran Cukai.
  • Failkan di syarikat insurans swasta untuk insurans pencen, insurans kemalangan dan insurans perubatan pekerja. Di bawah skim insurans pencen berkanun, majikan dikehendaki melanggan skim insurans pencen untuk pekerja mereka dengan pemberi pencen.

Untuk maklumat lanjut tentang langkah Mendaftar Syarikat di Finland, sila emel kepada kami di info@3ecpa.com.my dan kami akan menghubungi dengan panel berpengalaman dan berpengetahuan untuk bantuan.