This page is also available in: enEnglish (English)

Print Friendly, PDF & Email

Perkhidmatan Penilaian di Malaysia

Profesional bagi Perkhidmatan Penilaian di 3E Perakaunan dipilih dari pelbagai latar belakang dan berupaya untuk mengharungi halangan dari masa, bahasa, mata wang dan budaya untuk berkhidmat pada pelanggan kami.

Tujuan penilaian adalah untuk memberikan panduan kepada nilai sesebuah syarikat di mana anda berada samada sebagai penjual atau pembeli.

Kaedah Penilaian
Bagi mencapai nilai taksiran kami, kami akan pertimbangkan tiga kaedah pendekatan yang diterima umum, iaitu:

  • Pendekatan Pasaran
  • Pendekatan Kos
  • Pendekatan Pendapatan

 
Pendekatan Pasaran mempertimbangkan harga bayaran bagi harta yang sama, dengan pelarasan yang dibuat bagi pasaran harga untuk menunjukkan perbandingan keadaan dan utiliti aset-aset yang dinilai berbanding dengan pasaran. Harta yang mempunyai pasaran sekunder yang mantap boleh dinilai melalui pendekatan ini.

Pendekatan Kos mempertimbangkan kos untuk menghasilkan semula atau menggantikan harta dinilai kepada keadaan baru mengikut harga pasaran semasa bagi harta yang sama, dengan peruntukan nilai susut terakru atau luput, sama ada berpunca daripada sebab-sebab fizikal, fungsi atau ekonomi. Pendekatan kos secara amnya, menyediakan penunjuk penilaian yang paling dipercayai bagi harta tanpa pasaran sekunder yang dikenali.

Pendekatan Pendapatan adalah penukaran pemilikan faedah berkala menjadi petunjuk nilai. Ianya adalah berdasarkan prinsip bahawa pembeli yang bijak tidak akan membayar nilai yang lebih untuk sebuah projek semasa yang dijangka mempunyai nilai manfaat (pendapatan) masa depan daripada projek yang sama atau yang mempunyai profil risiko yang sama.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hantarkan email anda pada kami di info@3ecpa.com.my