This page is also available in: enEnglish (English)

Print Friendly, PDF & Email

Pilihan-Pilihan Persediaan Memulakan Syarikat Asing di Malaysia

Syarikat Subsidiari vs Pejabat Cawangan vs Pejabat Perwakilan

Carta berikut memberi perbandingan sebelah-menyebelah bagi tiga pilihan persediaan biasa syarikat asing / warga asing yang berhasrat memulakan perniagaan di Malaysia. Perbezaan cukai dan pematuhan kepada keperluan pengawalseliaan bergantung kepada jenis entiti yang anda pilih untuk persediaan.

Ketika syarikat menumpukan kepada kepakaran pekerja, kami bertujuan membantu pemilik-pemilik syarikat membuat pilihan terbaik dalam usaha mereka membuka perniagaan di Malaysia. Sila hubungi kami melalui emel di info@3ecpa.com.my atau telefon kami di +603 26037328 untuk berbincang dengan pakar-pakar di syarikat kami tentang persediaan memulakan perniagaan.

Jenis Struktur Syarikat-Syarikat Asing Persediaan Syarikat Subsidiari Pejabat Cawangan Pejabat Perwakilan
Nama Entiti Tidak perlu sama dengan syarikat induk Perlu sama dengan syarikat induk Perlu sama dengan syarikat induk
Aktiviti yang dibenarkan Boleh melakukan semua urusan perniagaan* Perlu sama dengan syarikat induk Hanya boleh melakukan penyelidikan pasaran dan penyelarasan aktiviti
Sesuai bagi Syarikat tempatan atau asing yang berhasrat meluaskan operasi di Malaysia Syarikat asing yang hendak meluaskan operasi di Malaysia bagi tempoh jangka pendek Syarikat asing yang hendak melakukan urusan sementara di Malaysia dengan melakukan penyelidikan dan sebagai pejabat perhubungan (liaison office) atau lain-lain aktiviti yang tidak menjurus kepada urusan komersil secara langsung.
Pemilikan Boleh dimiliki 100% warga asing* atau warga tempatan 100% dimiliki ibu pejabat induk Tiada pemilikan
Entiti undang-undang berasingan Ya Tidak Tidak
Had Bilangan Ahli Ya, maksima 50 Tidak berkenaan Tidak berkenaan
Keperluan Persediaan Minima –  Minima seorang pemegang saham atau boleh dimiliki badan korporat (samada 100% tempatan atau 100% milik asing*)

–  Seorang pengarah pemastautin diperlukan, tidak semestinya warga Malaysia tetapi memiliki permit pekerjaan sah dengan alamat kediaman utama di Malaysia.

–  Syarikat yang mengamalkan urusniaga / setiausaha berkelayakan atau peguam yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membantu dokumen pemerbadanan dan lain-lain keperluan.

Perlu sekurang-kurangnya seorang pemastautin Malaysia sebagai agen menubuhkan Cawangan –  Cadangan perbelanjaan operasi bagi Pejabat Perwakilan perlu sekurang-kurangnya RM300,000 setahun.

–  Pejabat Perwakilan perlu dibiayai dana dari sumber di luar Malaysia

Liabiliti Terhad Ya Tiada, liabiliti dilanjutkan kepada syarikat induk Tiada, liabiliti dilanjutkan kepada syarikat induk
Keperluan Pengauditan Akaun Ya Ya Tidak
Memfailkan Akaun dengan SSM dan LHDN Ya Ya Tidak
Fail Tahunan Perlu memfailkan laporan audit bagi subsidiari Perlu memfailkan laporan audit bagi pejabat cawangan serta syarikat induk Tidak berkenaan
Cukai – Dikenakan cukai seperti entiti pemastautin Malaysia, faedah cukai tempatan boleh didapati
– Dikenakan cukai 25% berdasarkan hasil pendapatan di Malaysia (keuntungan, diselaras bagi tujuan cukai). Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh dikenakan cukai pada kadar 20% bagi RM500,000 pertama yang boleh dikenakan cukai pendapatan
– Insentif-insentif cukai boleh didapati bergantung jenis-jenis aktiviti perniagaan dan sekiranya syarat keperluan dipenuhi.
– Dikira sebagai entiti bukan pemastautin, manfaat cukai tempatan tidak tersedia
– Cukai pada 25% ke atas keuntungan yang boleh diagihkan kepada cawangan (tertakluk kepada pelarasan cukai).
– Cukai pegangan sebanyak 10% + 3% dikenakan terhadap pembayaran yang dibuat kepada cawangan untuk perkhidmatan yang dilakukan di Malaysia (kerana cawangan adalah bukan pemastautin untuk tujuan cukai)
– Secara amnya insentif cukai tidak tersedia untuk cawangan.
Tidak berkenaan
Perlantikan Pegawai-Pegawai Sekurang-kurangnya dua orang pengarah warga tempatan bagi menubuhkan Syarikat subsidiari Perlu melantik sekurang-kurangnya seorang pemastautin Malaysia sebagai agen menubuhkan Cawangan Tidak berkenaan
Perlantikan Kakitangan Tiada kekangan bagi melantik kakitangan tempatan atau asing Tiada kekangan bagi melantik kakitangan tempatan atau asing Pejabat Perwakilan/Pejabat Serantau akan diberi jawatan expatriate dan jumlah yang dibenarkan bergantung kepada fungsi dan aktitiviti Pejabat Perwakilan/Pejabat Serantau. Para expatriate dianggap dalam kumpulan Pengurusan dan Teknikal.

Expatriate yang dicadangkan perlu berada di dalam perkhidmatan bersama syarikat pemohon atau anak syarikat atau kumpulan.

Rujukan Guidelines For Incorporation of A Local Company Guidelines For Registration of A Foreign Company In Malaysia Guidelines For Setting Up A Representative Office / Regional Office

* Dengan liberalisasi bagi dasar ekuiti Malaysia, pelabur asing secara umumnya boleh memegang 100% ekuiti dalam kebanyakan industri kecuali sektor-sektor kepentingan strategik negara seperti air, telekomunikasi, pelabuhan, tenaga dan sebagainya. Bagi setiap industri, terdapat peraturan sektor tertentu yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan. Ini termasuk peraturan yang boleh mengenakan sekatan ke atas pemilikan ekuiti syarikat asing, memerlukan keperluan modal berbayar yang tinggi dan kelulusan pengawalseliaan terlebih dahulu sebelum operasi perniagaan dimulakan (contohnya kelulusan khusus, lesen operasi, permit atau pendaftaran)

Pejabat Cawangan Malaysia dianggap sebagai syarikat bukan pemastautin untuk tujuan cukai. Syarikat bukan pemastautin tidak layak mendapat insentif cukai bagi syarikat permulaan atau pemastautin baru. Selain itu, cukai pegangan sebanyak 10% + 3% boleh dikenakan ke atas pembayaran yang dibuat kepada cawangan untuk perkhidmatan yang dilakukan di Malaysia (kerana cawangan adalah bukan pemastautin untuk tujuan cukai). Oleh itu, kebanyakan syarikat asing memilih untuk menubuhkan Syarikat Subsidiari dan bukannya Pejabat Cawangan.

Sebaliknya, Pejabat Perwakilan sesuai untuk syarikat asing yang ingin mengumpulkan maklumat yang relevan mengenai peluang-peluang pelaburan di Malaysia terutama dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, meningkatkan hubungan dagangan dua hala, mempromosi eksport barangan dan perkhidmatan dari Malaysia dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pejabat Perwakilan dilarang menjalankan sebarang kegiatan komersil dan hanya mewakili ibu pejabat / prinsipalnya untuk menjalankan fungsi yang ditetapkan.

Pautan lain