This page is also available in: enEnglish (English)

Print Friendly, PDF & Email

Menubuhkan Syarikat Milik Asing di Malaysia

Sebagai salah satu negara yang pesat di Asia Tenggara, Malaysia menawarkan banyak kelebihan sebagai sebuah destinasi pelaburan. Ini telah disahkan oleh pertumbuhan kukuh dalam pelaburan swasta di negara ini, yang telah berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan berkompaun 13.9%, pada permulaan ETP pada tahun 2010 kepada RM146.1 bilion (US$39,89 bilion) pada 2014.

Dari pembuatan untuk pengedaran atau kepakaran teknikal dalam sektor perkhidmatan, negara ini menawarkan peluang dan keupayaan yang bernilai merentasi rantaian. Sama ada pelabur mahu menggunakan Malaysia sebagai pasaran sasaran atau sebagai pintu masuk serantau, organisasi dan pekerja-pekerjanya akan mendapatkan pelbagai peluang di sini. (untuk bacaan lanjut, sila lihat Mengapa Malaysia?)

Mengetahui Pertimbangan Utama Sebelum Warga Asing Memulakan Perniagaan di Malaysia.

 

Syarat Asas untuk menubuhkan sebuah syarikat di Malaysia di bawah Akta Syarikat

Syarikat Sendirian Berhad (dikenalpasti dengan perkataan ‘Sendirian Berhad’ atau ‘Sdn. Bhd.’) merupakan bentuk perniagaan yang paling lazim di Malaysia. (Dapatkan maklumat lanjut di Pilihan Penubuhan Syarikat Warga Asing di Malaysia).

Syarat asas untuk menubuhkan Syarikat Tempatan Yang Diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 1965 adalah sama untuk rakyat Malaysia dan warga asing: –

(i) Sekurang-kurangnya satu langganan dalam syer syarikat (Seksyen 14 CA);
(ii) Mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengarah bermastautin (Seksyen 122); dan
(iii) Seorang setiausaha syarikat yang boleh menjadi sama ada:

  • Seorang individu yang merupakan ahli badan profesional yang ditetapkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; atau
  • Seorang individu yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

(iv) Membayar modal minima sebanyak RM1

Kedua-dua pengarah dan setiausaha syarikat boleh mempunyai tempat tinggal utama ataupun satu-satunya tempat tinggal di Malaysia.

 

Dasar Ekuiti

Akta Syarikat, 1965 tidak menetapkan sebarang syarat ekuiti ke atas syarikat-syarikat yang diperbadankan di Malaysia. Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan penyertaan rakyat tempatan dalam bidang perniagaan, kerajaan menggalakkan usaha sama antara pelabur Malaysia dan warga asing. Untuk ini, syarat ekuiti tertentu boleh dikenakan untuk kelulusan khusus, lesen untuk beroperasi, permit atau pendaftaran oleh kementerian / agensi, bergantung kepada aktiviti yang dijalankan.

Dengan meliberalisasi dasar ekuiti, pelabur asing secara amnya boleh memegang 100% ekuiti dalam kebanyakan industri kecuali sektor strategik yang mempunyai kepentingan negara seperti air, telekomunikasi, pelabuhan, tenaga dan sebagainya. Walau bagaimanapun, warga asing dinasihatkan supaya mengesahkan sama ada perniagaan yang dicadangkan adalah dibenarkan dan syarat penubuhan syarikat warga asing di Malaysia dipenuhi.

Bagi sektor Pembuatan, sila rujuk Dasar Ekuiti dalam Sektor Pembuatan

Bagi sektor Perkhidmatan, sila rujuk Meliberalisasikan Sektor Perkhidmatan di Malaysia

 
Lesen Perniagaan
Sila ambil perhatian bahawa terdapat set-set peraturan yang tertentu yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk industri-industri yang berbeza. Ini termasuk peraturan-peraturan yang boleh mengenakan sekatan ke atas ekuiti syarikat pemilikan warga asing, mengenakan pembayaran modal yang lebih tinggi dan juga mendapatkan kelulusan terlebih dahulu sebelum memulakan operasi perniagaan (contohnya: kelulusan tertentu, lesen perniagaan, permit atau pendaftaran).

Lesen perniagaan boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan yang berbeza, iaitu:

(Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Lesen Perniagaan di Malaysia)

  • Lesen am
  • Lesen Khusus sektor Industri
  • Lesen Khusus aktiviti

 

Lesen Perdagangan Borong & Runcit (Wholesale, Retail Trade – WRT)

Lesen yang paling biasa diperlukan untuk syarikat pemilikan asing adalah lesen WRT.

Lesen WRT boleh digunkan oleh mana-mana Penyertaan Asing (mempunyai ekuiti asing sebanyak 51% dan ke atas) dalam Perkhidmatan Pengedaran Dagangan Malaysia yang termasuk pemborong, peruncit, pengamal francais, penjual langsung, pembekal, yang menyalurkan barangan mereka di pasaran domestik, dan ejen komisen atau wakil-wakil lain yang termasuk syarikat perdagangan antarabangsa.

Lesen WRT diperlukan oleh semua sektor perniagaan yang dinyatakan sebelum kebenaran diberikan untuk memohon permit pekerjaan profesional. Untuk WRT, pembayaran minimum yang perlu dibayar sebagai modal adalah RM 1 juta, dengan penyediaan penuh premis perniagaan yang disokong dengan perjanjian penyewaan sah, talian telefon dan lain-lain sebagainya.

 

Visa / Pas Untuk Tinggal Di Malaysia

Penebuhan sebuah syarikat di Malaysia tidak menjamin pelabur asing / pengarah boleh menetap di Malaysia untuk jangka masa yang panjang. Pelabur-pelabur asing / pengarah masih perlu melalui proses mendapatkan permit pekerja untuk menetap di sini untuk jangka masa panjang.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada rencana-rencana dibawah: –

Keperluan visa di Malaysia
Keperluan pas di Malaysia
Pengambilan ekspatriat di Malaysia
Ringkasan proses Imigresen
Keperluan modal berbayar syarikat bagi pengambilan ekspatriat
Keperluan untuk memohon pas pengambilan ekspatriat
Kelulusan yang diperlukan dari agensi / badan pengawalseliaan bagi permohonan pas pengambilan
Senarai jawatan yang tidak berkenaan untuk ekspatriat