This page is also available in: enEnglish (English)

Print Friendly, PDF & Email

Meliberalisasikan Sektor Perkhidmatan di Malaysia

Pada 22 April, 2009 kerajaan telah meliberalisasikan sektor perkhidmatan bagi menarik lebih banyak pelaburan asing, membawa lebih ramai profesional dan teknologi, serta memperkukuhkan daya saing antara sektor.

Liberalisation of the services sector

Dengan menyedari potensi dalam sektor perkhidmatan, kerajaan telah memutuskan untuk meliberalisasikan 27 subsektor, tanpa mangenakan sebarang syarat ekuiti. Subsektor tersebut terdiri daripada bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan komputer dan bidang lain yang berkaitan.

Bagi mempermudahkan pelaburan dalam sektor perkhidmatan, sebuah Jawatankuasa Kebangsaan khas bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan telah ditubuhkan di bawah MIDA. Jawatankuasa ini bertindak sebagai pusat yang menerima dan memproses permohonan pelaburan dalam sektor perkhidmatan, tidak termasuk pelaburan dalam perkhidmatan kewangan, pengangkutan udara, utiliti, Koridor Pembangunan Ekonomi, Multimedia Super Corridor (MSC), syarikat berstatus Bionexus dan perdagangan pengedaran.

Kerajaan juga telah meliberalisasikan 7 sektor perkhidmatan yang luas, yang terdiri daripada 18 subsektor pada tahun 2011 yang membolehkan penyertaan 100% ekuiti asing secara berperingkat. Subsektor ini terdiri daripada:

 

Telekomunikasi

  • Perkhidmatan telekomunikasi (penyedia perkhidmatan rangkaian dan kemudahan rangkaian lesen)
  • Perkhidmatan telekomunikasi (lesen penyedia perkhidmatan permohonan)

 

Kesihatan

  • Perkhidmatan hospital swasta
  • Perkhidmatan pakar perubatan
  • Perkhidmatan pakar pergigian

 

Perkhidmatan Profesional

  • Perakaunan dan percukaian
  • Perkhidmatan senibina
  • Perkhidmatan kejuruteraan
  • Perkhidmatan perundangan
  • Perkhidmatan ukur bahan

 

Perkhidmatan Alam Sekitar

  • Perkhidmatan pembakaran

 

Perdagangan Pengedaran

  • Kedai-kedai dan kedai khusus

 

Perkhidmatan Pendidikan

  • Pendidikan tinggi swasta yang bertaraf universiti
  • Sekolah antarabangsa
  • Perkhidmatan pendidikan menengah teknik dan vokasional
  • Perkhidmatan pendidikan menengah teknik dan vokasional untuk pelajar berkeperluan khas
  • Pusat latihan kemahiran

 

Perkhidmatan Kurier

Dalam melengkapkan pertumbuhan dan pembangunan dalam sektor perkilangan, kerajaan telah meningkatkan usaha untuk mempromosi dan membangunkan sektor perkhidmatan. Kerajaan akan mengambil langkah-langkah untuk meliberalisasikan sub-sektor lain yang dibawah perkhidmatan secara berterusan.

(source: Malaysian Investment Development Authority)